Tips Keselamatan Bila Terjumpa Penunggang Basikal Di Jalanraya



Tips Keselamatan Bila Terjumpa Penunggang Basikal Di Jalanraya | Pada 6 September lalu berlaku kemalangan antara seorang pelumba basikal Langkawi Legendary Ride (LLR) 2025 dengan sebuah kereta di Langkawi yang menyebabkan pelumba tersebut mati di tempat kejadian.

Dalam video dashcam yang dikongsikan, mangsa sedang mengayuh basikal bersama sekumpulan pelumba lain dalam acara 68 kilometer sebelum kemalangan itu berlaku.  Apabila tiba di lokasi kemalangan, mangsa cuba mengelak pelumba basikal lain menyebabkan beliau menyimpang ke lorong bertentangan dan berlanggar dengan kereta yang datang dari arah bertentangan.

Daripada komen-komen yang aku baca ada pelanggaran SOP  dalam perlumbaan ini. Aku tak pandai bab ni tapi selalu nampak ada motor/kereta marshal yang akan ikut kot. Takziah kepada keluarga mendiang.

Itu di Langkawi yang tak sibuk, di kota lain kita akan jumpa kumpulan yang menunggang basikal di lebuhraya. Sebenarnya lebuhraya tidak sesuai untuk aktiviti menunggang basikal kerana pemandu kenderaan berenjin bagaikan mengejar syurga. Untuk bersantai, jalan negeri lebih sesuai tapi ada tempat yang jalannya teruk. Oleh itu aku kongsikan tips mengelak kemalangan dengan penunggang basikal untuk manfaat kita bersama.


Tips Bila Terjumpa Penunggang Basikal Di Jalanraya:
1. Perlahan kenderaan anda bila berselisih. Laju-laju karang melayang dia.

2. Pastikan jarak sekurang-kurangnya satu meter ketika memotong penunggang basikal.

3. Memotong hanya jika keadaan selamat.

4. Sentiasa berjaga-jaga, mereka mungkin mengubah haluan untuk mengelakkan lubang/halangan/jalan berlekuk di jalanraya maklumlah kontraktor asal turap je takde orang pantau berkualiti ke tak kerjanya. 

5. Pastikan lampu isyarat dihidupkan jika mahu mahu masuk simpang atau menukar haluan. Takde siapa tahu apa dalam hati kau, jangan pakai niat je nak membelok.

6. Bila malam lagilah kena berhati-hati. Perhatikan lampu dan reflector di basikal. Jangan kau langgar pula sebab ingat hantu. 

7. Jangan sesuka hati hon. Kita bukan di India atau Indonesia.

8. Selepas memotong kenderaan lain, jangan masuk rapat sangat di lorong kiri. Pastikan ada jarak yang selamat dengan penunggang basikal.


Untuk penunggang basikal pula...

Awak tu ringan, kena hembus pun jatuh jadi kena lebih berhati-hati. Awak gesel orang, jatuh. Orang gesel awak pun jatuh. Bagai durian dengan mentimun kau takkan menang.

Janganlah menunggang beriringan di jalanraya, panas gak hati kalau jumpa.

Jangan probok probok okeh?


Bersama patuhi peraturan jalanraya. Bertimbangrasa sesama kita. Nyawa satu je.


Di bawah ini infografik yang disediakan oleh Stargraphics sebagai panduan apabila kita sejalan dengan penunggang basikal. 

Foto The Stargraphics


Post a Comment

2 Comments

  1. itulah, risau kalau jumpa orang naik basikal mahupun motor...yang bawa kereta nie memnag kena xtra hati2

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.

Ruggedmom Ruggedmom