Pengecualian Visa Ke Myanmar!



Pengecualian Visa Ke Myanmar! Yahooo... bebas Visa!

Bermula 1 Oktober 2025, kerajaan Myanmar telah mengecualikan visa bagi pemegang passport Malaysia.

Dengan peraturan baharu ini, pengembara Malaysia boleh melawat Myanmar tanpa visa sehingga 14 hari. Pengembara boleh masuk dan keluar melalui pintu antarabangsa yang ditetapkan.

Sekian berita gembira hati ini 😊😊😊. Jimat USD50.

... ... ... ... ...

Ni Ihsan Zainal dah pesan kat fb aku copy je lah.

Walau kerajaan telah umumkan pengecualian visa ke Myanmar, masih ada pesanan yang aku nak share jika berkunjung ke sana:

1. Sana masih ditadbir oleh tentera
2. Elak bergerak berseorangan
3. Pastikan tour guide berlesen pandu kita
4. Bawa power bank kerana bekalan elektrik bercatu
5. Tukar currency di open market berbanding bank/airport. Nilai jauh berbeza.
6. Travel food pack kerana makanan halal yang terhad (aku dulu jadi vegetarian seminggu 😂)
7. Simpan hp/camera di setiap check point tentera
8. Standby wang kecil untuk check point yang perlu
9. Dokumen penting sentiasa disisi
10. Enjoy rasa pengalaman yang sukar dijumpai dimana mana negara didunia ni


Myanmar cantik tapi lokasinya jauh jauh. Nak tahu jemput baca dalam blog ni.

Visa exemption to enter Myanmar for Malaysian passport holder.


Post a Comment

0 Comments

Ruggedmom Ruggedmom