5H 4M Jakarta-Bandung - Day 3 Ke Kawah Rengganis | Hari kedua kami sarapan di hotel kerana food court belakang hotel tak meriah, dua kiosk je buka. Oleh kerana kami bukan tetamu kenalah bayar IDR150 ribu seorang. Di hari ketiga supir bawa ke Rijsttafel Resto di Jl Pasir Kaliki tak jauh dari Tiga Rasa semalam.
Hari ini supir kami ialah Dicky yang menggantikan Hendra yang terpaksa ke Jakarta. Borak punya borak Dicky kata dia pernah ke Malaysia mengikut band ST12. Dia kata perempuan yang jadi pemandu sewaktu di negara kita dulu tu bawa laju lalu aku pun bilang, kalau saya yang bawa mobil ini kamu pasti gak bisa tidur 😂 . Kawan aku kat belakang lagilah bawa macam Fast & Furious hahahha... senget ke pintu badan kitorang bila dia membelok. Pompuan jaman now 😄
Supir yang kami upah ni harganya termasuk sewa kereta, petrol dan parkir. Aku survey tiga orang hanya dia kira termasuk parkir. Yang belum pernah ke Indonesia tu mesti terkejut nak masuk parkir bayar, keluar bayar, keluar simpang bayar, buat u-turn tengah jalan bayar hmm... mudah betul cari duit. Ini semua tak rasmi ya (yang di KR ni rasmi ada tiket). Sebagai pemegang lesen memandu professional - lesen rempit - kita boleh je buat sendiri lagipun pemandu dan penunggang motorsikal di Bandung ni toleransinya tinggi, bila ada yang nak keluar mereka akan perlahankan kenderaan tak hon hon pun sampaikan bas panjang boleh u-turn tengah jalan. Sabar je diorang tak pernah lagi dengar menjerit memaki. 

Kami terus ke Kawah Rengganis di Ciwidey selatan Bandung. Jauhnya 50 km je tapi jalannya kecil. Kawan kata macam pergi Cameron Highland. Entah, kite tak tahu.
Sebelum naik ke gunung kita akan melalui kawasan sawah padi di Soreang. Di sepanjang jalan naik ke gunung sebahagian besar jalan adalah elok berturap. Semakin ke atas suhu semakin sejuk berdasarkan pakaian penduduk setempat. Pertanian sumber ekonomi utama dengan ladang teh seluas-luasnya. Ada juga yang menanam kopi, kobis, bawang selain buah stroberi. Rumah pun agak rapat. Bagus rumah dedekat camni.
Di pertengahan jalan ada budak sekolah dasar (SD) berada di luar membeli makanan. Comel je semua. Di Malaysia mana boleh keluar sekolah sewaktu rehat kerana isu keselamatan. Di sini peraturannya lebih relaks kerana masih selamat malah ramai bebudak sekolah berjalan kaki pergi dan balik sekolah.
Jalannya terus menaik sehingga ke tempat tujuan di atas gunung nun melepasi Kawah Putih. Jalan ni kalau turun dengan basikal menggeletar kaki aku.
Jambatan Gantung Terpanjang Di Asia TenggaraTiket masuk ke Kawah Rengganis IDR100 ribu seorang, parkir kereta IDR5,000 .  Kawah Rengganis ialah kawah gunung berapi aktif dengan mata air panas sulfur & mandian lumpur di tengah-tengah hutan & berhampiran ladang teh. 
Tujuan aku ke sini memang nak naik chairlift "Keranjang Sultan". Kemain gembira lagi orang yang pernah naik. Aku membayangkan ada dua jalan ke Kawah Rengganis iaitu kawah gunung berapi, dengan chairlift dan jambatan gantung.  Kengkawan dah bagitau awai akan naik jambatan gantung saja kalau takde pilihan lain tetapi rupanya kita semua kena lalui jambatan gantung pergi dan balik. Kawan berdua terpaksalah ikut.
Selepas selamat menyeberangi jambatan gantung terpanjang di Asia Tenggara sejauh 370m dia kata,
menggigil kaki saya kak! 😂😂
Nasib kaulah hahahahha..
Bila sampai hujung kita boleh pilih untuk ke Kawah Rengganis yang menakung air panas di bawah sana atau beratur untuk naik Keranjang Sultan. Kami ke KR dulu tapi kena trekking sikit. Sikit jer.... itu pun member kata dia rasa kena scam dengan aku.
Lepas ambil gambar kengkawan naik balik tapi aku pusing satu tempat tu. Ada dua kolam mandi ada juga tempat berendam dalam lumpur sulfur. Ada yang komen air dalam kolam mandi tu suam je aku pun terlupa lansung nak masukkan tangan dalam air tu. Ada tempat bersalin pakaian bagi yang mandi-manda jadi jangan risau sangat bab tu. Takdelah kuat bau sulfur di sini berbanding Kawah Putih.
Indonesia bertuah ada beberapa tempat macam ni dengan akses mudah yang mana kita tak ada tetapi pada pendapat aku boleh diperindahkan lagi tanpa merubah banyak keasliannya. Pengunjung pun tolonglah jangan buang sampah merata. Menyakitkan hati betul bila nampak plastik dan bekas minuman di laluan.
Nampak yang tergantung berbuai tu? Gambar ni dari atas jambatan.
Geng makan tengahari. Mak dia call pula masa ni... orang kena trekking pulak ni haa.. mana tau macam ni... hahahhahhah
 Air tu menggelegak.
Ada satu keluarga sedang mandi-manda. Jalan terus ke depan sebenarnya boleh ke stesen Keranjang Sultan yang satu lagi. Kalau tau aku terus naik dari sini je sehala.

Lepas ambil gambar semua aku naik ke stesen Keranjang Sultan. Beratur panjang ye... Dalam elok beratur dari tempat panas ke bawah khemah ada lah sekumpulan manusia ni berusaha keras memotong barisan. Eii geram je aku perangai tak bertamadun ni. Belakang aku asalnya perempuan lepas tu lelaki dan bukan main rapat lagi dia. Bila dua kali kena langgar aku sound setepek, bapak jangan langgar saya ya! 
Apa lah salahnya beratur elok elok? Bila dah sampai depan ketua geng pompuan tudung sedondom nak potong sampai enam orang. Kirim salam je lah, memang tak dapat. Bila staf panggil enam orang, satu couple naik cecepat aku pun ikut sekali. Baki seat diorang tak naklah sebab tak cukup untuk geng diorang. Babai! Eh panas pulak hati aku.
Beratur lama tapi naik chairlift tu sekejap je sebab jarak ke stesen lagi satu dalam 250 meter dengan ketinggian 70 meter. Safety wise tidaklah safe sangat sebab tali pinggang keledar macam dalam kereta je bukan harness pasang di pinggang. Masa aku naik rope car di Western Hill Kunming dulu lagilah pasang palang gitu je macam buaian besi lama kat kampung tu. Tengok 
sini nak lebih faham.
Sayuppp...
Ni aku screenshot daripada video.
Seronok juga naik Keranjang Sultan ni 😍 tapi sekejap sangat. Kena cuba Keranjang Sultan Langit di wisata Lembah Purba Situgunung, Kabupaten Sukabumi pula nanti. Yang itu 523 meter dengan ketinggian 160 meter.
Sampai hujung sana kena turun dulu dan beratur balik untuk naik lagi sekali. Buang masa gini.  Aku malas dah sebab kawan sedang menunggu di Kinara resto nak lokasi lain pula. Aku pun bayar gojek 15k rupiah untuk hantar aku ke tempat berkumpul. Puas hati aku dah sampai sini.
Kalau anda naik KS dahulu sebelum ke kawah tu, bila dah sampai stesen hujung tu turun je berjalan kaki ke kawah lepas tu naik jambatan gantung semula.
Amaran:
Kalau kau ada slip disc, dilarang naik gojek ni ya sebab dia ikut jalan berbatu dalam 300 meter, bergegar dan mendebarkan. Jahanam motor kalau hari-hari ikut laluan ni. Di dalam gambar di bawah ni dah nak sampai ke parkir jalannya agak rata dah.
Seterusnya kami ke Glamping Lakeside Rancabali sekadar untuk berfoto di Pinisi Resto. Aku rasa kalau kami datang sehari sebelumnya mesti ramai orang.
Pinisi Resto

Kredit wisatainfo.com
Kami skip Kawah Putih di kaki Gunung Patuha sebab kawan tak nak ke sini. Aku rasa macam rugi je diorang tak pergi. Oleh kerana aku pernah ke sini dulu aku pun tak kisah walaupun daripada gambar terkini nampak ada sedikit perubahan. Nak ke Kawah Putih kita kena naik ontang-anting (IDR29k) dari parkir bawah tu. Kereta boleh naik sampai atas tapi kena bayar 162 ribu rupiah. Tiket pelancong asing pula 81 ribu rupiah.
Turun dari GLR kami singgah di kedai emas. Ya, kedai emas! hahahhah... Dicky kata kat situ barangannya tak cantik dan kualiti kurang bagus. Dia suruh tengok di kota. Ehh... kami nak tengok juga. Kami jawab di kota sewa tokonya mahal jual pun mahal (pandai menjawab memasing 😄). Memang betul kata supir kedai tu menjual emas 16 karat je tapi aku tak kisah pun, kalau ada yang berkenan beli je lah buat kenangan. Sayangnya tak berkenan 😊 alhamdulillah...
Kami makan tengahari di Saung Andir. Hendra dan Dicky dok promote ayam brengsek kami pun order yang ternyata hanyalah ayam kampung goreng dengan sambal ijo. Kami tambah juga ikan dan sotong. Erm... bolehlah. Restoran ni besar tepi jalan nyaman dengan udara pergunungan. Musolla juga ada.
Member nak beli kain lagi jadi supir bawa ke Rumah Sulam H. Ahmad. 
Di sini tak penat berjalan kak, belanja saja- perli supir pada si kakak berdua hahahahah...
Aku ada lah tanya harga kebaya tapi tak beli lepas tu duduk menunggu luar tak nak terjebak lagi.
Mengakhiri aktiviti hari tersebut supir bawa ke Atrium Karaoke. Serentak kami bertanya siapa yang nak karaoke?
Bukan kak, akak naik atas ikut kiri untuk pijat. Owhh... 😂😂
Terkejutlah juga kan sebab dia kata nak bawa ke Everyday Spa tapi ES penuh. Bila kami mula diurut masuk lagi segerombolan warga Malaysia memenuhkan kantung Atrium Spa. Puas hati dengan servis tukang urut sini. Kecil kecil je orangnya tapi jari kuat dan professional. Urut tradisional 90 minit  300k rupiah.
Sebelum balik bilik kami singgah di Indo Maret dulu beli makanan lagi padahal bukannya lapar sangat pun, saja gatai membeli. Lepas tu tak keluar dah sebab sibuk packing esoknya nak ke Jakarta pula.
 
 
8 Comments
belum sampai ke Pulau Jawa cuma pernah ke Sumatera Barat pd 1993 yg lampau..
ReplyDeleteDah lama sangat tu ;)) . Cuti sekolah pergilan jalan-jalan dengan isteri/anak ke sana. Saya dah buat trans-java tapi bukan terus-menerus. Saya pergi dua bandar sekaligus macam Jakarta-Bandung, Yogyakarta-Solo, Surabaya-Semarang... dulu Air Asia turun di semua airport tu.
DeleteGayatnya nak naik atas jambatan tu.
ReplyDeleteKena lawan perasaan takut. Jambatan besi tak bergoyang pun.
DeleteSeingat saya jembatan suspension terpanjang itu yg di lembah purba Sukabumi. Yg di kawah Rengganis ini hanya 370m kak. Mereka sebut yg ini yg terpanjang? Saya rasa salah 😅. Yg di lembah purba Sukabumi itu 543 m panjangnya.
ReplyDeleteKawah Rengganis ini saya justru belum pernah DTG. Cuma kawah putih saja dulu. Tertarik pula jadinya kan 😍😍
Tempat pijat dan spa ini, suami saya langsung semangat. Dia memang suka dipijat. Kalo saya tak kuat 🤣. Geliii
Kebanyakan info yang saya baca tulis terpanjang. Kawah Rengganis atas lagi dari Kawah Putih. Untuk kami foreigner ni harga tiket tinggi berganda daripada warga lokal.
DeleteBest betul semua aktiviti tu.. tpi part yg tinggi tu mmg gayat la kalau saya hahaha..
ReplyDeleteAduh kenapa namanya ayam brengsek hahaha..
Kalau gayat jalan terus jangan pandang bawah.
ReplyDeleteAyam brengsek la ayam jerebu la... semua marketing je tu.
Feel free to leave your comment below. Thank you.