Larangan menghisap vape di Singapura | Bersempena dengan cuti sekolah bermula Jumaat ini, sayugia diingatkan kepada semua mengenai larangan terbaharu ini yang bermula 1 September 2025.
Kita peringat awal sebab tak mo hang pergi berjalan kaki balik bergari naik lori polis.

Seperti yang ramai dah tahu, negara yang dahulunya bernama Temasek ini mengamalkan sistem undang-undang yang tegas takde kaotim. Semua tahu kan, makan chewing gum pun boleh dipenjarakan. Merokok pun ada tempatnya.
Bulan lalu kerajaan Singapura telah mengumumkan undang-undang yang lebih keras kepada penghisap vape demi mengekang penularan penggunaan vape yang dicampur dadah. Dadah adalah musuh nombor satu negara. Semakin ramai penduduk yang dirosakkan dadah lumpuhlah bangsa dan negara.
Hukuman yang bakal dikenakan termasuklah denda lebih berat, tempoh penjara lebih panjang dan ROTAN. Wuhuuu...pecah kulit punggung. Warga asing macam kita ni boleh dinyah keluar.
Sebenarnya larangan menghisap vape sudah diperkenalkan Singapura sejak 2018 lagi tapi masih ada lagi yang hisap tetapi bila banyak dijumpai vape yang dicampur dengan dadah estetik etomidate, Kpods, mereka semakin bertegas. Kpods merujuk kepada "ketamine pods" yang mana etomidate menghasilkan kesan yang sama kepada pemakan ketamin. Kesan penyalahgunaan Ketamin boleh menyebabkan berkhayal, mengubah deria pendengaran, sentuhan, bau, rasa dan penglihatan sehingga kurang sedar tentang masa dan identiti. Ia juga akan menyebabkan penglihatan terhad dan kehilangan kawalan diri serta boleh menyebabkan pengguna menjadi ganas dan agresif.
Dalam 100 sampel vapes yang dirampas dalam bulan Julai satu pertiga daripadanya mengandungi etomidate. Vape jadi pemudahcara untuk mengedar dadah.
Hukuman Menghisap Vape
Sesiapa yang ditangkap menghisap atau memiliki vape walaupun jenis biasa akan didenda bermula dengan SGD500 (RM1635) dan pemulihan. Yang tertanggap bawa vape bercampur etomidate lagilah keras dendanya. Tu belum kira kos peguam dan lain-lain.
Pembekal vape pula boleh dikenakan 20 tahun penjara dan 15 sebatan. Aku sokong hukuman ni!
Rakyat asing yang bekerja di sana lagilah kena beringat sebab hukumannya sama seperti rakyat Singapura dan berisiko permit kerja serta kediaman ditarik balik selain akan dihantar pulang dan diharamkan masuk semula. Nangis kalau pasangan orang sana, kena patah balik kerja Malaysia dengan gaji Malaysia 😞. Undang-undang ini juga terpakai kepada pelancong ya.
Jaga-jaga naa...
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.