Johor | Wau Bulan Di Muzium Layang-Layang Pasir Gudang



Wau Bulan Di Muzium Layang-Layang Pasir Gudang | Bulan lepas ada urusan pendaftaran anak di Johor.  Masa nak apply sambung belajar dia tanya nak minta mana, aku jawab, "ko apply je memana universiti/kolej sepanjang PLUS highway" hahhahaha.... kengkawan kata tak pernah jumpa lagi mak macam aku 😂😂😂 Kami dah tahu di mana kursus yang dia nak ditawarkan (IPTA) jadi sebelum dia minta di Dungun baik aku bagi tau sesiap. Sis tak reti ke pantai timur sendirian. Manalah tahu ada kecemasan kannnn... Mak fikir 50 tahun ke depan.

Aku seperti biasalah akan menyelam sambil minum air, mesti nak melawat memana tempat menarik. Bila google terjumpa satu tempat yang menarik perhatian.

Oleh sebab urusan secepat selesai, kami pun terus ke Muzium Layang-Layang. Lalu kali pertama, terlepas simpang. Aku biasalah, guna map pun sesat hahahahha... teringat sindiran "woman cannot read map" 😄. Hari tu masa pergi M Hotel di Damansara pun dua kali u-turn huhuu... village people sungguh. Semasa nak kembali ke jalan yang benar tu ternampak papan tanda ke beberapa tempat lain tapi disebabkan bawa emak kami tak ke sana. Karang pengsan pula mak aku turun naik kereta.

Sewaktu ketibaan hari masih pagi dan kami jadi pengunjung yang pertama. Murah je tiket masuknya hanya RM2 bagi dewasa dan percuma untuk warga emas.


Wau Bulan Lambang Malaysia
Wau Bulan yang paling popular di Kelantan kini menjadi wau Malaysia. Oleh kerana Wau Bulan sangat terkenal bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa, Majlis Pelayang Malaysia telah mengiktiraf Wau Bulan sebagai salah satu daripada wau tradisional Malaysia selain Wau Kucing dan Wau Jala Budi. Negeri Kelantan kini lebih terkenal dengan Wau Puyuh.

Wau Bulan mendapat namanya disebabkan bentuknya menyerupai bulan sabit pada bahagian hadapan dan separa bulatan pada bahagian ekornya. Bentuk wau bulan ini menjadi lambang syarikat kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sehingga kini.

Wau Bulan dikatakan telah mula digunakan oleh seorang putera bernama Dewa Muda pada zaman kerajaan Srivijaya. Mengikut legenda, corak bunga dan daun pada wau dikatakan merupakan peta daerah yang telah dikuasainya. 

Wau biasanya dimainkan selepas musim menuai padi sebagai riadah kaum petani. Sekarang ni semua orang main wau asalkan ada tanah lapang.

Dahulu dokumentari pendek tentang pembuatan wau bulan pernah disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai selingan. Sejak tu lah terbuka minda bagaimana wau bulan dihasilkan. Bagus rancangan macam tu, sama bagusnya dengan animasi arnab dengan kura-kura dan monyet makan cili. Ringkas tapi maksudnya sampai.

Saiznya juga lebih besar berbanding wau lain. Bidang biasa adalah sepanjang 2.5 meter dengan tinggi 3.5 meter membuatkan corak yang terdapat pada wau tersebut kelihatan jelas dan menyerlah lebih-lebih lagi penggunaan warna terang dan corak yang menarik. Kalau tak silap aku dalam dokumentari RTM tu corak dibuat atas kertas lain kemudian ditampal pada badan wau. Yang di muzium ini kelihatannya seperti dilukis. Halus je lukisannnya. Cantik!

Semakin bagus skill fotografi apaknya dan dia rajin buat video sejak join geng pencen kat taman kami  😄 . Pesan aku, pastikan kurus! hahahah

Di hadapan Muzium Layang-Layang

Sebenarnya sebelum dijadikan muzium bangunan ini adalah kincir air yang menyalurkan tenaga elektrik ke kawasan sekitar. Festival Layang-layang Sedunia (World Kite Festival) diadakan setiap tahun di kawasan belakang bangunan muzium ini. Aku pernah dua kali dapat jemputan media untuk menghadiri festival tersebut tapi tak join, yang bertama sebab clash dengan program lain dan yang kedua rasanya sebab baru balik dari trip lain. Sewaktu festival 2024 menyaksikan penglibatan seramai 130 peserta antarabangsa dari 39 buah negara dan lebih 400 orang peserta tempatan dari seluruh negeri.

Bangunan Rekreasi Kincir yang dirasmikan oleh Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim pada 31 Januari 2001, sebelum dinaiktaraf menjadi muzium.

Cantik cantik wau yang dipamirkan. 

Ini wau paling mahal dan berat kerana diperbuat daripada kain tenun.

Halus buatannya.


Wau Merak.


Wau bulan.

Peralatan untuk membuat wau.

Ukuran kena tepat supaya boleh terbang.


Wau dalam pelbagai bahasa.

Terdapat juga aktiviti mencanting batik. Ini kena berbincang dengan staf muzium.

Berhadapan dengan Muzium Layang-Layang ini ada Laman Diraja. Seronok berjalan di sini waktu pagi ketika kebanyakan orang di tempat kerja. Tenang je. Tempat exercise pun ada.




Tahun depan, festival layang-layang bakal diadakan selelas hari raya Eidul Fitri untuk memberi laluan kepada bulan Ramadan. Selalunya kita jalankan dahulu sebelum Thailand tapi jenuhlah nak berjemur dalam bulan puasa. 

Aku cadangkan marilah kita beramai-ramai menghadiri festival ini terutama penduduk tempatan. Pasti ada sesuai yang boleh kita pelajari.

Untuk maklumat lanjut, silakan bertanya dengan pihak berkaitan.

Muzium Layang-layang
Taman Bandar
Bukit Layang-layang
81700 Pasir Gudang
Johor
 07-256 1559
 muziumlayang@gmail.com










Post a Comment

0 Comments

Ruggedmom Ruggedmom