Isi All Indonesia Dahulu Sebelum Ke Indonesia - Applikasi Wajib Untuk Penumpang



Isi All Indonesia Dahulu Sebelum Ke Indonesia - Applikasi Wajib Untuk Penumpang | Bermula 1 September 2025 semua penumpang antarabangsa ke Indonesia tak kira warganegara atau bukan wajib mengisi deklarasi kedatangan di applikasi All Indonesia.

Lapangan terbang (bandar udara) antarabangsa yang terlibat buat masa ini ialah Bandara Soekarno-Hatta Tangerang, Bandara Juanda Surabaya, dan Bandara I Gusti Ngurah Rai Bali selain Pelabuhan Internasional Batam. Penggunaan applikasi ini akan diperluaskan ke lapangan terbang yang lain. Kiranya pilot project lah ni.

Pengisian maklumat di applikasi All Indonesia adalah usaha pemerintah Indonesia untuk melancarkan urusan ketibaan biar lebih mudah dan cepat. Di applikasi ini penumpang akan mengisi maklumat kedatangan (arrival card), bea cukai, kesihatan dan kuarantin dalam satu sistem digital. Proses ini percuma sahaja dan boleh mula diisi tiga hari sebelum keberangkatan atau setelah mendarat. 

Dengan diperkenalkan sistem All Indonesia ini, penumpang antarabangsa tidak lagi perlu mengisi electronic customs declaration (e-CD). Pengintegrasian dalam satu sistem juga lebih memudahkan untuk mengesan tahap kesihatan dan mencegah penularan penyakit. 

Kengkawan yang nak ke Indonesia tu jangan lupa isi All Indonesia. Aku akan isi di website https://allindonesia.imigrasi.go.id/arrival-card-submission/personal-information je lah kot sebab handphone aku dah nak penuh, tak boleh download apa-apa lagi.

Isi awai tak kalut.






Post a Comment

0 Comments

Ruggedmom Ruggedmom