How To Read Pilot Stripes | Pada Khamis 12/6/2025 berlaku kemalangan tragis apabila pesawat Air India Boeing 787-8 Dreamliner terhempas sejurus selepas berlepas dari Ahmedabad Airport menyebabkan 241 daripada 242 penumpang dan kru meninggal dunia. Tragedi ini dikatakan kemalangan udara terburuk di dunia dekad ini.
Pesawat dari Ahmedabad, India, itu dalam perjalanan ke Gatwick Airport, selatan London. Menurut cerita Ramesh Viswashkumar, satu-satunya penumpang yang terselamat, 30 saat selepas berlepas dia mendengar bunyi kuat lepas tu meletup dan terhempas. Bila dia bangun dia nampak mayat bertaburan di sekelilingnya lalu dia berlari keluar. Tempat duduk Ramesh adalah 11A di pintu kecemasan. Sekarang ni Ramesh sedang dirawat di hospital tetapi sedihnya abang dia turut meninggal dunia.
Pesawat tersebut diterbangkan oleh Kapten Summet Sabharwal yang sangat perpengalaman dan telah pun mencatatkan 8200 jam penerbangan di udara. Beliau dibantu oleh First Officer Cliff Kunder. Pesawat itu hanya berjaya mencapai ketinggian 625 kaki sahaja sebelum kehilangan kuasa dan terhempas.
Sejurus selepas berlepas, dikhabarkan kapten sempat menghubungi menara kawalan melalui radio:
“Mayday..Mayday Mayday ... No thrust, losing power, unable to lift”.
Pesawat malang tersebut ‘mendarat’ di asrama pelajar perubatan Ahmedabad Civil Hospital di luar kawasan lapangan terbang sewaktu makan tengahari. Dalam gambar yang bertebaran di alam maya nampak pinggan stainless steel berisi capati atas meja. Ada pelajar yang cedera sebab terjun dari tingkat dua asrama. Mesti dia trauma. Setakat 1 petang 13/6/2026 265 disahkan meninggal dunia yang turut memangsakan penduduk di kawasan berkepadatan tinggi tu.
Ini merupakan kejadian pertama melibatkan kemalangan maut bagi pesawat Boeing 787 Dreamliner. Kena tunggu data dari "Black Box" untuk kita tahu info yang sebenarnya. Naik kapal terbang ni gitulah, bak kata Chef Wan, selagi kaki tak jejak tanah tak senang hati.
Panjang intro aku hari ni. Sebenarnya nak berkongsi fasal jalur di baju juruterbang je... aku dah letak gambar ni dalam draf alih alih ada kemalangan pula.
Bagaimana Nak Tahu Pangkat Juruterbang Melalui jalur Di Bajunya?
Aku tulis yang omputehlah ye...maleh pula nak translate.
1 Stripe
A Third Officer or a trainee pilot.
2 Stripe
Second Officer on long haul flight. Second Officer are often third in command.
3 Stripe
First Officer (FO) is the second in command of the captain.
4 Stripe
Captain, pilot in command (PIC).
Kapten bergaji besar sepadan dengan tanggungjawab dan risiko yang digalas.
Kapten pesawat malang tersebut.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.