Cara Buat Daging Pekasam Dan Resipi Mudah Pembangkit Selera | Tak habis lagi cerita daging korban 😁. Oleh kerana daging banyak maka kita pelbagaikan cara memasak supaya tak bosan. Daging pekasam ni tinggi kandungan garam jadi dinasihatkan untuk tidak selalu dimakan.
Dedulu masa zaman peti sejuk belum ada tok nenek kita terpaksa jadi kreatif supaya makanan basah tak cepat rosak jadi mereka cari cara untuk simpan daging agar tahan lama. Begitu juga ikan, mereka keringkan supaya tahan lama. Mereka jemur atau salai supaya makanan tidak rosak dan dibuang begitu sahaja. Kita yang hidup lengkap dengan peti sejuk ni tak payah berpantang bersalin dengan daging/ikan masin/kering sahaja, tak cukup zat macam mana badan nak sihat.
Daging pekasam bukan makanan sihat tapi sedap yakmat. Makanlah sekadarnya untuk menikmati hidup.
Tanpa beras.
Cara buat daging pekasam sangat mudah. Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah:
Daging lembu/kerbau
1-2 biji limau nipis (perah airnya)
Garam kasar secukupnya
1 cawan beras (tak letak)
Cara Aku Buat Daging Pekasam:1. Basuh daging dan hiris nipis melawan ira. Toskan airnya.
2. Gaulkan daging tadi dengan perahan jus limau nipis dan garam kasar secukupnya. Letak dalam bekas berpenutup dan simpan dalam peti sejuk semalaman.
3. Esoknya keluarkan daging, toskan air yang terhasil. Ketepikan.
4. Sangai beras (goreng tanpa minyak) sehingga garing dan keperangan. Gunakan api perlahan supaya tak hangit.
5. Bila siap digoreng, tumbuk kasar beras tadi.
6. Gaul beras tumbuk bersama daging hingga rata dan bersalut sempurna.
7. Masukkan kembali daging ke dalam bekas. Tutup rapat dan peram dalam peti sejuk selama 2-3 hari.
Cara Penyediaan daging Pekasam Goreng:
Bila nak makan, panaskan sedikit minyak dan goreng daging dengan api kecil/sederhana hingga garing dan keperangan. Masukkan hirisan bawang besar dan cili padi. Hidangan daging pekasam goreng ini sangat enak dimakan bersama nasi panas. Sedak dooh!
*Kalau api kuat sangat nanti beras tu hangus dulu.
2 Comments
baca pun dah sedap..lama juga tak makan yang jenis2 pekasam nie...
ReplyDeleteBuatlah, senang je. Balik keje malas masak goreng je daging ni
DeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.