Cara Melembutkan Daging Dengan Cepat



Cara Melembutkan Daging Dengan Cepat | Bersempena Eidul Adha yang sinonim dengan ibadah korban haiwan ternakan, sebahagian daripada kita ada menerima daging korban yang disedekahkan peserta. Daging lembu/kerbau/kambing biasanya liat dan mengambil masa yang agak lama untuk empuk. Daging-daging ini tak sama seperti daging wagyu yang hanya memerlukan beberapa minit sahaja proses memanggang sudah boleh dimakan.

Yang warna putih tu kena buang.

Mungkin ada diantara kita yang tidak tahu cara untuk melembutkan daging dengan cepat. Di sini aku tunjukkan cara (sebahagiannya dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Saadan) yang boleh membantu melembutkan daging. 

1. Buang fascia- selaput putih pada daging sebab benda ni liat. Herot mulut kau nak gigit daging tu nanti.

2. Potong daging lawan ira (betul ke perkataan ni eh? macam kain pulak). Pada daging tu ada garisan memanjang jadi kau potong lawan garisan tu. Serat akan mudah lerai dan senang nak kunyah nanti.

3. Ketuk daging dengan pisau berat atau batu lesung.

4. Potong daging nipis-nipis.


Melembutkan Daging Dengan Kaedah Termal (Suhu Panas)
1. Rebus menggunakan periuk tekanan (pressure cooker). Aku beli jenis letak atas dapur gas sebab guna setahun dua tiga kali je, tak berbaloi nak beli jenama N. 20-30 minit empuklah. Adik aku tak suka yang lembut sangat.

2. Mereneh atau slow cook. Guna suhu rendah tapi lama. Lambert.

3. Salai. Guna suhu rendah tapi lama (dry slow cook). Sedap lain machiam dibuat gulai masak lomak cili padi campur bacang.

4. Sous vide. Suhu rendah, masa lama (vacuum slow cook). Ai tak sabar.


Bahan Untuk Melembutkan Daging
Kaedah kimia yang selamat lagi cepat (20 minit) yang biasa digunakan dalam penyediaan masakan Cina.

1. Air soda. Bikarbonat melemahkan ikatan protein.

2. Baking soda. Fungsinya sama dengan air soda tapi lepas perap sila basuh daging sampai bersih dan toskan. Kalu tak nanti daging tu rasa kek yang terlebih baking soda.

3. Guna betik. Enzim papain boleh menguraikan ikatan protein.

4. Nanas. Enzim bromelain juga boleh menguraikan ikatan protein.


TEKNIK MASAKAN 5:30:7
Ada teknik masakan atas dapur gas yang dikongsikan oleh Cham Osman di facebook. Teknik ini khusus untuk pengguna dapur gas yang tiada periuk tekanan. Gunakan teknik 5:30:7 ini untuk menjimatkan masa dan gas.

Cara:
1. Masak air dalam periuk sampai mendidih.
2. Masukkan bahan yang hendak direbus ke dalam air mendidih. Biarkan ia mendidih selama 5 minit (perhatikan masa, kira dari mula mendidih selepas masuk bahan).
3. Selepas 5 minit, tutup api dan tutup periuk dengan penutup (himpit dengan pemberat). Biarkan selama 30 minit. JANGAN SESEKALI BUKA PENUTUP PERIUK.
4. Selepas 30 minit, hidupkan semula api dan biarkan mendidih selama 7 minit (kira masa dari mula mendidih).
5. Selepas 7 minit, padam api. Siap. In Shaa Allah menjadi.


Tips:
1. Teknik ini boleh digunakan untuk merebus daging, ayam pencen, kaki ayam, kentang, keledek, kacang kuda, kacang dhal.
2.Untuk daging, masukkan sedikit garam dan minyak masak sebelum merebus.
3.Tutup periuk sepanjang merebus.

Semoga memberi manfaat. In Shaa Allah.






Post a Comment

0 Comments

Ruggedmom Ruggedmom