Recents in Beach

header ads

3 Resipi Masakan Tradisi Thai dari Chef Korn

3 Resipi Masakan Tradisi Thai dari Chef Korn | So again, I got this chance of learning Thai culinary from top chef in Kuala Lumpur at Royal Thai Embassy.


Selain menjadi destinasi popular pelanconagan, Thailand juga terkenal dengan makanan enak. Jadi untuk memperkenalkan warisan makanan Thai kepada dunia, Royal Thai Embassy, Tourism Authority of Thailand dan ASEAN Ladies Circle (ALC), yang diketuai oleh ALC Thailand, berkolaborasi menganjurkan kelas memasak bertemakan "Thai cooking with your heart".

Sudah terang lagi bersuluh ofkoslah tujuannya nak promosikan makanan Thai kepada warga Malaysia. Tiga menu yang diajarkan semuanya dengan bahan yang mudah didapati dan biasa ada di rumah kita. Ala lembutnya lahaiii suara Chef Korn dari La Moon Restaurant... sampai aku tak jelas dengan arahan dia maklumlah meja kami di belakang bukan main meriah lagi.

Ai kongsikan di sini resipi yang kami belajar. Sebenarnya resipi yang diedarkan dengan praktikal agak berbeza tu yang chef kata lain aku buat lain sikit hahahah.... tapi Chef Korn kata masakan aku sedap okeh. Aku ada share video komen chef kat WA stories hari tu. Penting tu nak bagi tau orang. Kah!

Okay, jom masak! Resipi ini untuk dua orang ye.

Resipi Pertama: Yum Thuo Phu (Four Angle Bean Salad)



1/2 cawan kacang botol yang dipotong menyerong dalam 1 cm
4 biji telur rebus yang dibelah empat
50g carikan dada ayam rebus
1/4 cawan bawang goreng
1 sudu teh hirisan cili padi
1/2 sudu teh gula enau yang dihancurkan
3-4 sudu makan perahan lemon
2 sudu makan pes cili
1-2 sudu teh sos ikan
2 sudu makam santan pekat
sedikit kacang goreng (optional)
sedikit kepala parut yang disangai (optional)

Cara penyediaan:
1. Mengikut resipi sebenar, kacang botol perlu dicelur dengan air panas tapi bila buat sendiri aku derhaka, aku tak celur pun sebab dah biasa jadikan ulam. Lagipun yang segar warnanya lebih menarik.

2. Satukan pes cili, gula enau, sos ikan, santan pekat, perahan lemon dan cili padi. Gaul bagi sebati.

3. Masukkan kacang botol, carikan daging ayam, kelapa parut kering dan kacang goreng. Gaul rata.

4. Hidangkan di dalam piring dengan telur rebus di atasnya. (aku punya presentation buruk giler 😃).


Resipi Kedua: Gang Kua Gung Bai Chaplu (Prawn Curry with Betel Leaves)

Bahan untuk pes kari:
Walaupun nampak banyak tapi sebenarnya semua bahan yang sedia ada di dapur je.

50g cili kering- rendam dan hiris halus
10g kulit limau purut yang disagat
25g cili padi
25g bawang kecil
50g bawang putih
25g lengkuas
25g kunyit hidup
25g serai yang dihiris kasar
5g lada hitam
5g belacan
sedikit garam

*agak-agak je lah timbangan gram ni sebab resipi untuk dua orang makan je kan...

Cara penyediaan ps kari selatan Thai:
Tumbuk lada hitam diikuti dengan cili kering dan garam. Masukkan cili padi, serai, lengkuas, limau purut, bawang dan kunyit. Tumbuk halus kesemuanya kemudian masukkan belacan. Ketepikan.

Resipi ini hanya menggunakan satu sudu makan pes ini dan yang selebihnya boleh dimpan dalam peti ais.

Bahan untuk kari/gulai:
12 ekor udang harimau
250ml santan kelapa
1-2 sudu makan sos ikan
1/2 sudu teh gula enau
1 sudu makan Sothern style red curry paste (kreung gaeng ped dai (เครื่องแกงเผ็ดใต้)
20-30 helai daun kaduk
3 helai daun limau purut

Cara memasak:
1. Panaskan santan pekat dengan api sederhana sehingga naik minyak. Kacau selalu supaya cantik kejadiannya. Part ni aku TERmasukkan terus kesemua santan.

2. Masukkan pes kari yang kita buat tadi, kacau sehingga naik baunya dan timbul minyak di permukaan.

3. Masukkan udang, perisakan dengan sos ikan dan gula enau.

4. Masukkan daun kaduk yang dibelah dua melintang dan daun limau purut. Agak-agak daun dan masak padamkan api. Siap!



Resipi Ketiga: Look Choup (Mung Beans Paste Snack)
150g kacang dhal (yang kecil, sama jenis yang ditabur pada mangga pulut)
90g gula
125g santan
Pewarna makanan
Berus lukisan
Lidi sate/pencungkil gigi
Daun atau batang melati
Gunting
Styrofoam board

Bahan untuk mengilatkan:
20g serbuk agar-agar
50g gula
300g air

Cara penyediaan:
1. Rendam kacang dhal semalaman. Jika nak cepat rendam dalam air panas selama tiga jam.
2. Toskan dan kukus kacang dhal sehingga lembut selama 45 minit kemudian biarkan sejuk.
3. Kisar kacang dhal tersebut dengan bersama santan dan gula.
4. Masakkan bahan kisar tadi di atas api sederhana sehingga pekat, padam api dan biarkan sejuk.
* Boleh disediakan sehari awal supaya senang untuk dibentukkan pagi keesokannya.

5. Ambil sedikit pes kacang dhal dalam 10g dan bentukkan menjadi buah-buahan seperti mangga, oren, stroberi, betik, durian, epal dan sebagainya.
6. Cucukkan bahagian bawah dengan lidi sate. Warnakan dengan pewarna makanan.
7. Tegakkan di styrofoam board seketika sehingga pewarna kering.
8. Untuk mengilatkan, rebus serbuk agar-agar bersama gula dan air sehingga agar-agar larut.
9. Biarkan ia sejuk sedikit tetapi bukan sehingga beku.
10. Celupkan 'buah-buahan' tadi tu dalam larutan agar-agar dan biarkan kering di styrofoam. Kita boleh buat dua tiga kali.
11. Bersihkan lebihan agar-agar pada buah dan hias bersama daun (atau ikut daya kretif sendiri).






Inilah kejadiannya







*Aku rasa cerewetnya nak buat look Choup ni 😂, aku lebih suka masak lauk je... lagi senang


















Post a Comment

0 Comments