Recents in Beach

header ads

Kg Jkin Extreme Park | Lokasi Sukan Ekstrim Dengan Harga MURAH!

Kg Jkin Extreme Park | Lokasi Sukan Ekstrim Dengan Harga MURAH! | Bermula dua tahun lalu, sebahagian daripada tanah berkeluasan seluas 10 ekar di Jalan Bukut Putus Lama, Seremban, telah dimajukan dengan projek sukan ekstrim dan resort.


Idea memulakan projek ini tercetus sewaktu pemiliknya kembara ke luar negara. Beliau melihat betapa masyarakat negara jiran begitu kreatif dalam memanfaatkan "apa yang mereka ada". Dengan kos yang tidak terlalu tinggi mereka menawarkan sesuatu yang menarik dan menjadi tarikan pelancong.

Kg Jkin belum dimajukan sepenuhnya tetapi apa yang disediakan sekarang ini pun aku rasa menarik sangat dah tapi perlukan sedikit improvement. Menurut pemiliknya, mereka pernah teringin untuk membuat acara terjun dari jambatan kedua tertinggi di Malaysia tu (di jalan Bukit Putus baharu) tetapi bekas Menteri Besar - Tok Mat tidak menggalakkan. Aku pun tak setuju. Tak payahlah.... yang sekarang ni pun dah lotih kaki tekan clutch tekan brake menghadap jam.

Tak banyak tempat sukan ektrim yang murah harganya berhampiran Kuala Lumpur. Kalau ikut Lekas, selepas bayar tol terus je sampai jumpa simpang yang ada gambar Starfresh tu. 






Siapa di sebalik Kg Jkin Resort?
Jkin adalah gabungan nama Jefri, Juliana dan Syikin. Mereka bergabung dengan kepakaran berbeza. 

Apa aktiviti yang boleh dilakukan di Kg Jkin Extreme Park?
Kg Jkin ini sesuai untuk mereka yang sukakan adrenalin rush. Di sini ada:

1) Flying fox / zipline
2) Buaian ekstrim   
3) ATV Funride   
4) Rock Climbing
5) Hiking     
6) Hiking Bukit Putus + makan tengahari   
7) Aktiviti air
8) Bergambar (boleh tengok di instagram juga)

Aku paling suka flying fox dan ATV. Memana aku pergi kalau ada bajet memang aku akan cuba flying fox. Setakat ini yang paling best sewaktu di Phuket sebab panjang dan banyak stesen. Yang di Kg Jkin ni hanyalah 120m... 22 saat dah selesai. 

Sebenarnya inilah kali pertama aku naik ATV. Dah banyak kali nak naik tapi ada je halangan. Pernah sebelum ni nak cuba naik tapi giliran lambat sangat jadi aku tarik diri. Maklumlah hotel/resort bukan buat bisnes ATV jadi mereka tak simpan banyak jentera. Lagipun sebuah ATV beribu harganya.

Kali pertama naik ATV dah dibawa extereme ride. Ingatkan terer lah sebab kita dah lama reti bawa motor tapi....baru je gerak dah terbabas ke bonggol hahahah... kami dibawa ke laluan ekstrim merentasi laluan becak, sempit, tanah tak rata, berbatu, mendaki dan menuruni bukit sejauh 2.8km. Ya Allah best sangat! Jadi lepas ni kalau dibawa jalan mendatar mesti akan rasa tak mencabar lansung 😁, insulting my capabilities haa gituh. Syok weh! Nanti tengok video di bawah.

Semasa kami di sana selama 2 hari 1 malam semua aktiviti di atas kami buat termasuk night walk. Encik Jefri dan pembantunya mengajar kami mengenali pokok, memberi tips melihat tapak kaki haiwan, bagaimana untuk memilih air yang selamat untuk diminum dan beberapa lagi.

Kalau ambil pakej 1 2 3 4 tu HANYA RM110 seorang je... siap sarapan pagi dan makan tengahari. Sangat berbaloi! Dahlah makan sodap. Bagus buat team building di sini.

**Pakej mereka bermuala daripada RM30 seorang. Ada pakej sehari/ 2H 1M/ 3H 2M


Ada penginapan tak?
Ada... ada tujuh jenis bilik disediakan. Campsite pula boleh menempatkan seramai 120 orang dalam satu masa. 

Mereka kata hanya penginaan asas tapi kipas, jug kettle, air mineral, milo peket kecil pun ada. Tandas moden jenis jenis duduk, I like. 

Dalam hutan mana terasa panas. Di luar bilik ada pula bangku untuk lepak bersembang. Bawa je lah jajan untuk berjaga hingga ke pagi. Dingin je duduk dalam hutan tepi jalan. Anehnya tak kena gigit nyamuk pun.


Di mana letaknya Kg Jkin Resort @ Kg Jkin Extreme Park?
Di Jalan Bukit Putus lama. 

Haa... orang Negeri Sembilan dan sebahagian Pahang serta Terengganu mesti tahu. Jalan bengkang-bengkok inilah yang menjadi penghubung untuk ke Kuala Pilah, Temerloh hingga ke Kuala Terengganu. Masa bujang dahulu selalu berulang-alik dengan bas melalui jalan ini. Walaupun kenderaan banyak termasuk lori balak, perjalanan tidak terus terhenti, hanya perlahan. Orang Kuala Pilah terer oih overtake lori kat selekoh hahahah... rasa hebat giler masa tu hahah...

Jika anda dari Seremban, sebelum naik ke jambatan kedua tertinggi di Malaysia tu (jalan baru), anda masuk simpang kanan. Di simpang tu ada iklan Starfresh yang besar. Terus ke depan. Kg Jkin Extreme Park di sebelah kanan. Jalan ini jugalah yang digunakan jika mahu ke lokasi permulaan memanjat Gunung Angsi.


Waktu operasi kafe Perempuan Cantik:
Hari bekerja : 12 tengahari - 11 malam
Hujung minggu: 8 pagi - 11 malam

Masakannya sedap yakmat dengan rasa asli masakan Negeri Sembilan. Memula aku rasa nasi tu banyak tapi makan sambil borak habis jugak. Tersandar.


Hubungi je nombor di bawah untuk pertanyaan lanjut. Bia ponek dio menjawab.

Kg Jkin Extreme Park
Kg Jkin Resort
Jalan Lama Bukit Putus
70400 Seremban
Negeri Sembilan

Hotline: 06-6716684 / 011 20893883 / 017 8833674
Emel: kg.jkin@gmail.com
Facebook: ATV Kg Jkin | Kg Jkin Resort
Instagram: atvkgjkin | kgjkin.resort


Mari lihat video di Kg Jkin:

ATV di Kg Jkin

Zipline / Flying Fox di Kg Jkin





Post a Comment

1 Comments

  1. Assalamualaikum sis Rugged Mom, Selamat hari jumaat. Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900.

    Sangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI

    Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.