Kemegahan Qatar Airways... Dah cuba?



Kemegahan Qatar Airways... Dah cuba? | Jika benua Eropah menjadi pilihan destinasi untuk melancong, aku yakin pemilihan agensi penerbangan menjadi satu topik penting yang perlu difikirkan. Ini kerana penerbangan dari Malaysia ke benua Eropah mengambil masa yang panjang dan lama. Jadi kita mesti nakkan rehat yang secukupnya sebelum tiba di destinasi. Bagi hang yang overweight (seperti aku heheh..) tempat duduk selesa sangatlah penting, maklumlah nak menunduk pakai kasut pun siksa 😅


Kalau uols google kat laman internet, pasti akan jumpa banyak agensi penerbangan yang menawarkan perkhidmatan penerbangan ke benua Eropah dengan pelbagai tawaran harga yang berbeza. Tetapi persoalannya, adakah ia boleh menjamin keselesaan kita sepanjang penerbangan ke destinasi yang ingin di tuju?

Jadi hari ni aku akan berkongsi sedikit satu syarikat penerbangan yang mungkin akan membuatkan hang terfikir untuk memilihnya sebagai tiket untuk sampai ke benua Eropah iaitu Qatar Airways. Qatar Airways ni bagaikan 'penerbangan rasmi' kawan aku... masa anak dia dekat nak SPM dua tahun lepas dua minggu sekali dia balik Malaysia untuk bagi moral support. Gigih betul mak yang sorang ni. Berulang-alik bagaikan KL-Kuala Pilah je.



Bagi yang tak pernah dengar, Qatar Airways merupakan salah satu daripada lima syarikat penerbangan yang bertaraf 5 bintang dan terkemuka di dunia. Doha merupakan pangkalan utama bagi agensi penerbangan ini dan rangkaian perjalanannya yang luas membuatkan ia lebih mudah untuk dipilih sebagai agensi penerbangan semasa melancong. Kalau berminat, boleh terus klik Qatar Airways online booking, directly by website Traveloka. Simple. Trusted.  Kalau teringin nak ke London, boleh juga check flights to London ticket booking. Dari Traveloka juga.

By the way, selain daripada terlibat dengan sektor pelancongan, Qatar Airways ni juga merupakan salah satu penaja besar bagi kebanyakkan sukan-sukan bertaraf dunia contohnya bola sepak. Biasa kan kita nampak negara atau kelab yang pakai jersey ada tulisan Qatar tu kan, haa.. tu penaja dia la tu.

Sekarang ai nak explain one by one mengenai Qatar Airways ni. 


Destinasi penerbangan yang meluas
Kalau setakat nak pergi Eropah tu tak perlu risau. Boleh dikatakan hampir ke semua tempat Qatar Airways ni boleh sampai. Tapi selain Eropah, mana lagi yang ada? Haa.. antaranya ialah Malaysia, Singapura, Korea, Tokyo, Switzerland, Sepanyol, Japan, USA, UK, Maldives, Itali, Australia dan banyak lagi. Jangan minta nak pergi Terengganu dah la. Belum ada lagi... haha... tapi dari Pulau Pinang ke Doha, ada.


Ala Fine-Dining dalam Flight
Kerlasss gituh!

Makan. Makan. Makan. Majoriti kita ni kalau bab makan, mesti nak kena dengan tekak masakan Melayu. Lain sikit rasa, terus hilang selera. Manja betul haih. Tapi untuk flight dari Qatar ni, uols jangan risau. Banyak menu yang boleh dipilih. Sedap-sedap belaka. Apa yang lebih syoknya, kita akan makan macam kat restoran. Selesa sungguh, makanan pun sedap. Tak rasa macam dalam flight. Naik Qatar pun dah kira pergi bercuti. Gitu.


Seat yang luas dan selesa
Sakit dan lenguh-lenguh badan dah jadi kebiasaan kalau lama sangat duduk dalam flight. Mana tak nya, kerusi tegak. Ruang agak sempit. But a BIG NO untuk Qatar Airways ni. Ingat tak tadi dia berapa bintang? 5 bintang kot. Takkan seat sempit kan? Jangan risau. Ruang duduk yang disediakan bagi setiap passenger Qatar adalah lebih luas dan selesa jadi kita boleh rehat, tidur dengan secukupnya. Cabin staff pun sangat peramah. Perut dah kenyang, tidur la apa lagi. Destinasi masih jauh.


Mempunyai siaran TV Satelit
Makan dah. Tidur dah. So nak buat apa lagi? Netflix dah taktau nak tengok apa, iFlix pun bosan. Tak perlu risau. Qatar Airways sentiasa menjaga kualiti penerbangannya. Layar video yang disambungkan dengan tv satelit akan datang menghiburkan anda. Boleh la layan movie sepanjang penerbangan. Mana yang bawa anak tu jangan minta Didi and Friends dah la. 


Memegang Anugerah berprestij
Banyak usaha yang dah dilakukan oleh Qatar Airways ni bagi mencapai tahap penerbangan 5 bintang. Bermula dari menjaga cabin staff dan kualiti servis dalam penerbangan, kat sini aku senaraikan anugerah-anugerah yang Qatar Airways dah capai sepanjang tempoh kewujudannya.

Tahun 2006, Skytrax telah memberi anugerah Penerbangan Terbaik di Timur Tengah bagi prestasi kru kabinnya yang cemerlang dan pada tahun 2007 ia telah mendapat Penerbangan Terbaik di Timur Tengah. Pengiktirafan lain:

World’s Best Business Class Lounge 2011
Best Business Class 2013
Best Airline Staff in Middle East pada 2013 
Tempat pertama dalam The World’s Top 100 Airlines pada tahun 2017.


Tu dia... kemain banyak anugerah yang dia dapat. Dah kata agak complete juga.

Itulah dia serba sedikit yang dapat dikongsikan mengenai Qatar Airways ni. Kalau nak buktikan sendiri kehebatan dan keunikan airline ni, boleh try. Belum cuba belum tahu. Silap hari bulan, cuti luar negara je nak naik Qatar. Ehehe. Pada yang memang first time bercuti ke luar negara, aku sarankan untuk memilih Qatar Airways ni. Confirm puas hati. Setakat ni dulu dari aku, jumpa lagi nanti. Bye!

Post a Comment

0 Comments