Recents in Beach

header ads

Sambutan Chap Goh Mei 2020 Bersama IJM Land

Sambutan Chap Goh Mei 2020 Bersama IJM Land | Buat kesekian kalinya peneraju utama pemaju perumahan IJM Land akan merayakan 'squeky' Chinese Valentine bersama penduduk dan pengunjung di Seremban 2. 


Sambutan kali ketujuh secara berturut-turut itu bertemakan "Reunion in S2 with joys anew" akan berlansung pada 8 Februari 2020 di Seremban 2 City Park. 

Masyarakat Cina percaya Tahun Tikus akan memberi kesihatan dan limpahan kekayaan. Disebabkan itulah IJM Land mahu menyambut kedatangan tahun baru ini bersama komuniti agar dapat merakamkan kenangan indah bersama. Anda yang belum menjadi warga Seremban 2 pun boleh tengok dulu susunatur pembangunan di sana. Serba lengkap dengan sekolah, taman, pusat membeli-belah, hospital swasta dan pejabat kerajaan. 

Senior General Manager IJLM Land Dato' Ho Kim See sewaktu mengumumkan sambutan Chap Goh Mei yang bakal berlansung pada 8 Februari 2020 di Seremban 2 City Park.

Barisan artis dan selebriti Astro yang akan memeriahkan acara.

2020 bersamaan Tahun Tikus di kalendar lunar.

Sambutan ini akan dimulakan dengan tarian kebudayaan pada jam 8.45 malam, diikuti persembahan 24 Seasons Drum oleh para pelajar SM(J)K Chan Wa. Ni mesti best! Aku suka sangat bunyi dram ni (boleh tengok memana kumpulan di youtube). Bila dah dijemput membuat persembahan oleh syarikat besar semestinya anak-anak ini sangat berbakat. Mereka inilah yang bakal meneruskan warisan budaya Cina di negara kita. We'll be stronger together, don't we?

Selain daripada itu akan ada juga games of Chinese riddles dan aktiviti lain yang menggembirakan. Live band pula akan beraksi bermula jam lapan malam. Seperti lazimnya sambutan Chap Goh Mei kali ini juga akan berkolaborasi bersama artis dan selebriti Cina Astro seperti Jentzen, Phei Yong, Kien Ying, Yih Ching, Hua Hee Avengers seperti Hock Chye, Hsio Ling dan ramai lagi dalam konsert bertemakan "Say cheese, fortune is yours".

Sudah pastinya yang paling ditunggu-tunggu adalah persembahan akrobatik LED high pole lion dance. Bukan selau dapat tengok ni... Tarian singa ni sesuatu yang amazing lah pada aku... macamanalah dia boleh melompat atas tiang tinggi tu. Aku nak terjun dua meter ke Sungai Sedim hari tu pun kecut perut heheheh....

Datang awal, boleh bergambar di taman yang dihias indah semestinya dengan warna merah di beberapa zon seperti Lover's Bridge, 3 Brother's Tower dan beberapa lagi yang pastinya menarik. Meet and greet dengan Mickey and Minnie Mouse juga uols... 800 pengunjung pertama akan mendapat hadiah percuma di redemption counter bermula pukul tujuh malam. 

Hah apalagi? Pi lah awai... solat Maghrib kat Masjid Hussain sebelah tu.


Tips:
Kalau nak bergambar dengan deko taman yang cantik tu, datang awal.

Ai cadangkan awak melawat Muzium Negeri berdekatan tol Seremban kemudian melawat Street Art di Seremban. Lepas tu makan tengahari lauk-pauk sedap dan eksotik di restoran-restoran terkenal di Rahang. Pergi lewat sikit pun takpe...penuh weh lunch hour.

Dah kenyang, teruslah ke Masjid Sri Sendayan untuk solat dan menikmati keindahannya. Kemudian ke Seremban 2 pula, boleh lepak tengok wayang/window shopping/makan di Aeon/Tesco/Mydin. Kemuncaknya ke Seremban 2 City Park. Solat Maghrib di Masjid Hussain yang indah dan tenang tu.









Post a Comment

0 Comments