Recents in Beach

header ads

Kedah | Tapak perkhemahan lengkap di ladang kelulut Rumah Ndoi, Ulu Legong

Tapak perkhemahan lengkap di ladang kelulut Rumah Ndoi, Ulu Legong | Halluuu.... nak sambung cerita tentang apa yang ada di Baling khususnya bisnes yang diusahakan Paklong. Kalau dah baca previous post tahulah siapa Paklong tu.


Bersemangat kami ke Rumah Ndoi nak bersarapan makan pek-nga.

Pek-nga siapa punya ntah ni siap cicah madu dan susu. Aku makan gitu je... dah secukup rasa.

Pagi keesokannya kami ke rumah Paklong, Rumah Ndoi, untuk bersarapan. Menu utama? Pek-nga.

Pek-nga ialah singkatan kepada tempek di belanga- lempeng tepung bercampur kelapa parut. Sedap, lemak. Disebabkan aku memang suka makanan berasaskan tepung, pek-nga memang ngam ditekak digandingkan pula dengan kopi panas pekat memikat. Fuhh...sedap baq hang! Tak sentuh pun nasi lemak dan biskut manis. Makan pula di open space atas bukit... seronok betul.

Paklong juga penternak lebah kelulut secara besar-besaran di Rumah Ndoi, 220m dari Dusun Tok Wak tempat kami makan dalam sungai tu. Dalam perjalanan hendak ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong kita akan nampak Rumah Ndoi di sebelah kiri. Kenderaan hanya boleh diparkir di bawah sahaja melainkan motor.

Rumah Ndoi ini melengkapkan pakej makan dalam sungai dan riadah yang dijalankan Paklong. Kalau tak silap nak berkhemah di Dusun Tok Wak pun boleh tapi yang di Rumah Ndoi ni dah siap khemah a-la glamping yang boleh memuatkan dua orang dewasa. Nak tidur dalam hammock pun boleh, siap kelambu Paklong bagi. Nyaman sungguh camping di sini.

Yang bagusnya, tempat hammock digantung tu ada 12 plug point, dia maklum sangat yang hangpa ni nak update status terkini 😁. Yang di khemah pun ada juga. Setakat nak charge handphone memasing tak perlu bawa extension cable lagi dah.



Paklong sedang menerangkan tentang hasil keluaran ladangnya.

Terdapat 271 sarang kelulut di sekeliling rumah Paklong. Menurutnya, satu camca madu kelulut dikatakan bersamaan empat camca madu lebah tualang. Lebah pekerja adalah lebah betina dan ia boleh terbang sejauh 3km radius (tapi ada yang kata 200m radius je). Lebah jantan buat apa? Biasalah sembang politik kat kedai kopi eh bagi benih jerrr... sungguh, mengawan je kerjanya.

Lebah kelulut yang nama saintifiknya Trigona Spp ada tiga jenis iaitu Itama Mega, Toracica dan Apicalis. Yang kami tengok dan sedut jenis Itama Mega. Kelulut tidak menyengat dan akan menghasilkan madu yang khasiatnya amat baik untuk kesihatan. Kelulut sentiasa bertelur dan menetas. Proses pembiakannya cepat tetapi seekor kelulut mempunyai jangka hayat 80 hari sahaja.

Persekitaran yang sesuai untuk pembiakan kelulut ialah kawasan yang agak redup dan persekitaran ditumbuhi pokok bunga kerana tanaman berkenaan banyak nektar. Rasa madu kelulut atau tualang sangat bergantung kepada tumbuhan/nektar yang disedut. Kalau banyak buah belimbing atau mangga rasa madu akan masam.


KHASIAT MADU KELULUT & BEE POLLEN

Menyedut madu terus dari sarang kelulut.

Bee pollen.

Madu kelulut telah diiktiraf sebagai Superfood Malaysia oleh MARDI dan Kementerian Pertanian Malaysia. 

Ia tinggi bahan antioksidan ringkas ( asid fenolik) berbanding madu tualang dan bahan ini mudah serap badan (0.5 jam hingga 1 jam), jika betul teknik pengambilannya seperti tidak memakan protein dan lemak bersama-sama madu kelulut. Antara bahan antioksidan dalam madu tualang pula adalah flavonoid. Tetapi, struktur kimianya agak besar berbanding asid fenolik dalam madu kelulut tetapi tetap akan diserap dalam badan.

Paklong juga menjual bee pollen. Bagaimana bee pollen terhasil?

Sewaktu lebah menghisap nektar dari bunga, serbuk sari bersama nektar dan air liur lebah terkumpul kemudian disimpan pada kantung pollen yang terdapat pada kakinya. Bee Pollen adalah unsur reproduksi jantan pada tumbuhan yang berbentuk debu halus yang berwarna kuning keemasan.

Bee pollen dipercayai mengandungi zat penting seperti asam amino, vitamin, mineral, enzim, protein, karbohidrat dan lemak. Ia kerap dicadang sebagai makanan tambahan untuk menjaga dan meningkatkan stamina, mengatasi gangguan pada perut, asma, alergi serta mengurangi efek samping kemoterapi. 

Nasihat saya, walaupun hasilan lebah dikatakan makanan sunah, adalah lebih baik mendapatkan nasihat doktor sebelum memakan bee pollen. Makanan sunah ke... herba ke... ubat perlu ditentukan dosnya sebelum dimakan, sama seperti ubat yang didapati dari klinik. Wanita hamil serta menyusukan anak dan orang yang alergik terhadap madu, elakkan memakan bee pollen kerana berisiko membahayakan nyawa. Begitu juga pesakit yang memakan ubat pencair darah warfarin, kemungkinan bee pollen dapat meningkatkan risiko perdarahan. Apa apa hal pun sila rujuk kepada doktor dulu ya. Jangan kita salahkan bee pollen pula nanti sedangkan kita yang tak makan mengikut aturan. Prevention is always better than cure.

Bee polen dijual RM800 sekilogram di ladang ini sedangkan harga pasarannya ialah RM2000- 3000. Murahhhh...

Madu kelulut pula dijual RM150 sekilogram di ladang. Bila dah bawa ke pameran di Kuala Lumpur ofkos jadi mahal. Jauh tau Baling-KL, kos logistik kena ambil kira.

Produk jualan Paklong: kopi kampung (sedap baq hang!), kopi madu, madu kelulut dan kosmetik.


Ermm...pakcik kayo Paklong ni.


(Paklong) Mohd Akhir bin Ismail
Ladang Lebah Kelulut
Ulu Legong
09100 Baling
Kedah

Tel: 019 5088258
Emel: akhirismail58@gmail.com
Facebook: Mohd Akhir Ismail


Next, kolam air panas Ulu Legong. 
Next lagi, ronda-ronda Kuala Lumpur.
Next punya next, 4x4 trip di Perak.

InsyaAllah.

















Post a Comment

4 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.