Kedah | Wajah terbaharu Ulu Legong Hot Spring



Wajah terbaharu Ulu Legong Hot Spring | Halluuu.... dah banyak tahu tentang Baling kan? Hat ni last lah kot, tempat mandi-manda 23km dari pekan Baling.

Image may contain: sky, outdoor and nature
Gambar-gambar dari facebook ULHS.

Image may contain: cloud, sky, outdoor, nature and water
Kolam pertama yang dipagar. Gambar-gambar dari facebook ULHS.


Bilik pool view.

Pemandangan dari bilik pool view.

Ulu Legong Hot Spring dibuka 24 jam. Tiket masuk murah je RM24 untuk dewasa yang ada Mykad. Kalau tak silap kira di sini ada tujuh kolam air panas termasuk satu untuk muslimah. Aku takdelah mandi di situ sebab kecil dan tertutup, lagipun tetengah minggu pengunjung tak ramai, boleh mandi di mana suka. 


Air panas ini berpunca daripada batuan panas di perut bumi. Ia tidak berbau sulfur jadi ia tak mengganggu pernafasan. Suhunya dikawal dengan maksima kepanasan sehingga 60 selsius. Kolam yang pertama airnya sangat panas jadi ia dipagar untuk keselamatan pengunjung. Kalau nak try rebus telur boleh buat di situ.

Setakat ini pengunjung masih dibenarkan membawa makanan dari luar, suka hati hanglah nak makan apa pun. Yang penting dah makan sisa makanan dan sampah pi buang ke tempat sepatutnya. Muka comei perangai pun mau helok naa... toksah dok tinggai sampah merata. Walau bagaimanapun ada kafe di situ tapi tak pastilah dibuka setiap hari ke tidak sebab kami sampai petang Rabu tak buka.

Sekarang ni bilik penginapan semakin cantik dan selesa setaraf hotel dua bintang. Kolam air panas ni sentiasa ramai orang di hujung minggu jadi kalau nak stay sini sila book awal. Bilik paling besar ialah bilik VIP dengan 2 queen bed, tak payah bergaduh semua dapat tidur atas tilam tapi ada sebuah je jenis ni. Bagi yang datang dengan geng bas sekolah, dormitori mungkin sesuai. Dorm sini disewakan satu dorm terus dan bukannya dikira per head.

Kalau nak tidur dalam khemah sendiri pun boleh, bayar sewa tapak RM5 satu khemah. Ikut hanglah nak pacak tang mana... tandas disediakan. Lepas Subuh teruslah nikmati keindahan alam yang hijau berkabus tu.

Kemudahan lain yang disediakan:
- Taman permainan kanak-kanak
- Batu refleksologi
- Dewan seminar
- Outdoor gymnasium
- Surau
- Bilik persalinan
- Tapak perkhemahan
- Tapak bbq

Waktu mendaftar masuk: 3 petang
Waktu mendaftar keluar: 12 tengahari


Paling sesuai ke sini di waktu malam. Bila suhu rendah baru syok rendam badan dalam air panas. Sila ambil maklum bahawa sekolah dan pejabat kerajaan di negeri Kedah bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu jadi memang selalu ramailah time tu. Ada je ruang mandi walaupun ramai cuma yang susahnya nak dapat tempat bentang tikar time peak season tu. Alah.. pergi je lah, masalah kecil je tu.
I love Baling gitchuuu...

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong
09100 Baling
Kedah

Tel : 04-4731024
Whatsapp : 019-5711024
http://www.mdbalingtourism.gov.my





Post a Comment

2 Comments

  1. rasa macam takde perubahan pun kecuali I love baling tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh dah sampai ye... Masa last datang dulu bilik-bilik yang sebelah kanan tu belum ada/siap lagi dan belum ada extra pool tu yang nampak lain sikit.

      Delete

Feel free to leave your comment below. Thank you.