Recents in Beach

header ads

Kedah | Pengalaman baru makan dalam sungai di Dusun Tok Wak Desa Sentosa, Ulu Legong

Pengalaman Baru makan dalam sungai di Dusun Tok Wak Desa Sentosa, Ulu Legong | Program South Kedah Eco Exploration anjuran Tourism Malaysia membawa kami hingga ke Sungai Petani menggunakan keretapi. Tiada lagi dah koc yang boleh buka tingkap tu, kini semuanya ETS kecuali laluan JB ke Dabong je yang masih menggunakannya. Itu pun will find its final day soon. Very soon. Bila teringin juga nak naik keretapi lama tu nanti terpaksalah kita pergi ke Sabah, naik dari Tanjung Aru di Kota Kinabalu ke Tenom.


Dari Sungai Petani kami dibawa ke Baling menaiki bas melalui pekan lama. Sajalah nak lalu situ. Sungai Petani ada beberapa bangunan lama yang bersejarah seperti Jam Besar, bangunan bank HSBC dan balai polis. Bank HSBC tu ada kubah seperti bangunan KTMB di Kuala Lumpur. AB Hubback jugalah kot arkiteknya.

Nak terus ke Baling dari Kuala Lumpur pilihan yang ada hanya kenderaan sendiri atau bas awam. Lapangan terbang nun jauh di Alor Setar dua setengah jam perjalanan. Tunggulah Betong Airport siap tahun depan 40 minit je dah sampai pekan Baling. Poyo je rasa, nak ke Baling kena pergi oversea dulu heheh..

Dalam perjalanan ke Baling kita akan melalui sebuah tempat bernama Yarra Park. Memula aku ingatkan something similar to Nirvana tapi rupanya new township šŸ˜. Kawasan ini sebelum dimajukan adalah Scarborough Estate, kawasan perladangan getah dan kelapa sawit. Kiranya YP ni extended Sungai Petani di lencongan barat.

Berjalan terus kita akan memasuki Kuala Ketil melintasi IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Dah lalu sawah padi yang luas menghijau dengan berlatar belakangkan gunung barulah sampai ke pekan Baling.

Pemandu pelancong kami En.Faizy atau AG yang juga Timbalan Presiden Persatuan Pemandu Pemandu Pelancong Mutiara ( PPPM ) sentiasa memberikan maklumat yang berkaitan sepanjang perjalanan dari Sungai Petani ke Baling. Beliau memiliki tiga lesen; Tour Guide, Nature Guide, UNESCO Guide. I always listen to information given by TG dalam memana visits dan kadangkala bertanya beberapa soalan and see their response. Ye lah, sebelum pergi kita pun buat research juga terutama jika solo trip. Kadang kita boleh tahu mereka bagi fakta yang betul atau sekadar sembang kari (selalunya unlicensed TG).


BALING DENGAN SERIBU CERITANYA


Pekan Baling ni berada di lembah gunung.

Baling berkeluasan 1,529 km² dengan anggaran populasi seramai 135 ribu penduduk. Kalau hangpa peka, nama Baling telah disebut sejak 1970an lagi oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya sewaktu belajar di Universiti Malaya lagi atas isu kemiskinan petani. Aku rasa tahun ni pun disebut lagi isu tu tetapi betul ke orang Baling miskin eh?

Entahlah. Di Baling ada bank-bank utama. KFC, Pizza Hut, Secret Recipe malah Al Ikhsan pun ado. Tu yang ai confuse.

Sewaktu harga getah tinggi dulu, bila kelik kampung ja depa dok ceghita pasai emas. "Seghonok dhi... sembang pasai maih ni", kata Kak Mah Kupang. Aku yang nak masuk level miskin bandar ni mampu dengar aje le hahah... Time kenduri lagilah kau akan confuse bila tengok emas berkilau di tangan, jari dan leher šŸ˜šŸ˜. Anak aku pernah kena dua kali, "anak sapalah ni kosong ja.." (tak pakai barang kemas).

Jangan lupa kisah Rundingan Damai Baling 1955. Abah aku dulu pernah buat operasi mengawal ancaman komunis di Baling ni. Abah kata dia pernah naik ke Gunung Baling tu tahun 1970/80an dulu.

42km dari Baling iaitu di Sik, ada pihak yang mengusahakan penanaman padi organik. Another interesting place to be visited.


MAKAN TENGAHARI DI DUSUN TOK WAK DESA SENTOSA
Melepasi kehijauan pekan Kupang dan Baling, kami dibawa makan tengahari di Dusun Tok Wak. Menariknya kami makan dalam sungai! Seronoknya lahaiii...

Terletak di Ulu Legong, Dusun Tok Wak Desa Sentosa ni telah mula menerima tetamu melalui tempahan sejak tahun 2012 dan menjadi kegemaran mereka yang cintakan alam semulajadi. Menu yang dihidangkan adalah makanan kampung yang semuanya sedap belaka terutamanya gulai daging umbut pisang, yang sememangnya speciality Baling. Susah nak jumpa kat tempat lain.

Pengusaha perniagaan ini adalah Encik Mohd Akhir bin Ismail yang lebih mesra dipanggil Paklong. Paklong kalau sembang... bulan pun dia boleh jual. Umur 62 tapi nampak muda daripada husband aku šŸ˜€

Paklong menyediakan tiga pakej, yang kami makan ni Pakej B berharga RM35 seorang. Tiada walk-in ya... kena pre-book. Paklong siap bagi rakit bagi setiap kumpulan untuk hangpa bermain.

Dusun Paklong ni 1.9km je dari Kolam Air Panas Ulu Legong tu.




PAKEJ-PAKEJ YANG DITAWARKAN
Selain pakej makan Paklong juga menyediakan pakej lengkap 2 hari 1 malam berharga RM220 seorang dengan minima 15 peserta yang meliputi penginapan, makan dan aktiviti riadah. Kalau nak buat perkhemahan dan team building memang sesuai sangatlah di sini. Kawasannya luas, ada sungai, bekalan air bersih dan pokok buah-buahan. 

Kalau datang di musim buah lagi syok, hanya perlu bayar RM25 seorang untuk makan durian siap dengan pulut durian Paklong bagi. Buah-buahan lain boleh makan free ja. Aku rasa ini pakej termurah aku pernah jumpa.

Dengan Paklong ni hang sembang ja nak pakej macam mana dia boleh custom made. Nak datang makan saja pun boleh, nak bermalam dalam dusun Paklong caj RM70 seorang.


AKTIVITI KAMI DI DUSUN TOK WAK
Sepatutnya kami terlibat dalam tiga jenis permainan iaitu Musang berjanggut, mencari udang di sebalik batu dan tarik tali dalam sungai. Disebabkan hujan lebat di hulu sungai maka atas faktor keselamatan aktiviti dalam sungai dibatalkan kerana air menjadi keruh dan deras. Aktiviti tersebut digantikan dengan sukaneka. Berbakat besar rupanya memasing šŸ˜‰

Peserta sedang mengasingkan empat jenis bijirin. Aku jadi jurugambar je sebab salah satu lutut sakit so tak larat nak mencangkung lelama.

Permainan musang berjanggut ini diinspirasikan dari filem P. Ramlee. Kalau zaman now ada lagi lelaki datang ke rumah begini, aku akan cakap "takpelah mak, next!" hahahh... tak kuasa aku. 

Boling padang dengan buah kelapa.

Menganyam daun kelapa. Kena habiskan daun tu dan siapa paling banyak cipta objek kumpulan dia menang.

Selepas selesai semua ni kami ke Rumai Ndoi pula 220 meter dari sini... milik Paklong juga.

Yang sebelah kiri itulah Paklong. Sebelum hujan, air Sungai Legong masih cetek lagi.

Paklong ni boleh dijadikan inspirasi kepada kita semua. Menetap di kampung bukan bermakna kita akan ketinggalan dalam pelbagai aspek, yang penting bagaimana kita memanfaatkan sumber yang ada untuk menambah rezeki dan secara tidak lansung membantu ekonomi setempat. Adakah kita berani mencuba atau mahu kekal selesa dengan apa yang ada? Paklong ni pun berbahagi rezeki dengan makcik dan adik-beradik dia, semua ada peranan memasing dalam perniagaan ini. Kalau rajin duduk di kampung pun boleh pakai gelang emas sampai ke siku. #tetibe


Nah, ni nombor Paklong:

Mohd Akhir bin Ismail
Ladang Lebah Kelulut
Ulu Legong
09100 Baling
Kedah

Tel: 019 5088258
Emel: akhirimail58@gmail.com
Facebook: Mohd Akhir Ismail
Instagram: imohdakhir

























Post a Comment

0 Comments