Recents in Beach

header ads

IJM Land Half Marathon kembali untuk kali ke-8!

Sebagai pemaju perumahan yang unggul di Malaysia IJM Land Berhad sekali lagi akan meneruskan usaha mempopularkan gaya hidup sihat melalui acara tahunannya, IJM Land Half Marathon 2019.


Acara larian edisi terbaharu yang akan berlansung pada 4 Ogos 2019 di Dataran Centrio Seremban 2 ini mensasarkan seramai 10,000 peserta, naik 1,000 berbanding tahun lalu. Menurut Dato’ Hoo Kim See, Senior General Manager (Central Region) IJM Land Berhad, tahun lalu pendaftaran telah ditutup selepas hanya sebulan dilancarkan. Wow....pantas!

Image result for ijm land half marathon 2019

Seperti sebelumnya penyertaan adalah terbuka kepada semua warganegara. Acara sebegini menggalakkan kita mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif selain mengeluarkan kita dari zon selesa, menguji kemampuan diri sendiri. Tak cuba tak tahu, tak bergerak walau setapak takkan sampai ke garisan penamat.

Untuk tahun keempat berturut-turut, RM5 daripada wang pendaftaran akan disalurkan kepada dua badan kebajikan iaitu Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan (Hospice) dan Malaysia Lysosomal Diseases Association (MLDA). Berlari membuatkan badan jadi sihat dan cergas, hati pun gembira dapat membantu golongan yang memerlukan. IJM Land percaya tiada sesiapa pun patut tertinggal di belakang dalam menikmati hidup ini. Bertambah bagus lagi hang lari kat kawasan perumahan tersusun di Seremban 2 tu. Seronoknya kalau menetap di situ.

Allianz Malaysia yang menjadi Platinum Sponsor pula buat pertama kalinya berkolaborasi dengan IJM Land dalam acara larian di luar Kuala Lumpur. Hasrat Allianz Malaysia pun selari dengan IJM Land sebab tu mereka ada Allianz Pacer Running Community. Orang sihat kurang buat claim, khenn...? šŸ˜ƒ

Bagi peminat Owen Yap 8TV presenter tu, dia pun ada tau! So if you nak lari dedekat dia start training dari sekarang. Dia pun duduk kat Seremban tapi kerja di Bandar Utama sana. Apadehal?? Public transport system pun bagus antara Seremban-Kuala Lumpur. Bak kata Tok Mat dulu, kojolah kek KL tapi duduk Somban.  

Ada beberapa kategori akan dipertandingkan iaitu:
21km (Half Marathon) - lelaki & wanita berumur 18 tahun keatas
12km - lelaki & wanita berumur 18 tahun keatas, remaja 13 tahun keatas
5km Fun Run - lelaki & wanita berumur 18 tahun keatas
(yang sejenis mengah macam aku daftar yang ni je lah šŸ˜ƒšŸ˜ƒ)

Nak tahu maklumat lanjut sila ke www.ijmlandrun.com .  Nak dapat harga early bird pun buka website tu juga. Daftar di pejabat IJM Land Seremban 2 pun boleh. 

Owh... to those who completed the race will be receiving a finisher medal along with goodie bag. Runner who complete the 21km race will be entitled for Ultron Full Sublimation Finisher Tee. Ada lucky draw bernilai RM30,000 lagi... hah pi daftar lekaih kat  www.ijmlandrun.com ! Kalau dah dapat 10,000 orang mendaftar pihak IJM Land takkan tambah lagi. Tunggulah tahun depan pula.

Sharing session of IJM Land Half Marathon 2019 between Dato’ Hoo Kim See, Senior General Manager (Central Region) of IJM Land Berhad; Mr Sean Wang, Chief Operations Officer of Allianz Malaysia Berhad and Mr. Eugene Chan, Group Managing Director of EC Pixels.

(second from right) Dato’ Hoo Kim See, Senior General Manager (Central Region) of IJM Land Berhad presented a customised running tee to (second from left) Mr. Owen Yap, TV Host and Special Guest of IJM Land Half Marathon 2019 at the press conference. Looking on are (from right) Mr Sean Wang, Chief Operations Officer of Allianz Malaysia Berhad and Platinum Sponsor of IJM Land Half Marathon 2019 and (left) Mr. Eugene Chan, Group Managing Director of EC Pixels.

Sponsors, partners and beneficiaries of IJM Land Half Marathon 2019 at the press conference of the prominent race. 

The IJM Land Half Marathon 2019 juga ditaja oleh Gold Sponsor TDK, Silver Sponsor Multicare, kenderaan rasmi BMW Millennium Welt Seremban, minuman rasmi 100 Plus dan Ice Mountain, pakaian rasmi Apparel Ultron, Media rasmi Sin Chew Daily dan The China Press, Medical Partner Colombia Asia Hospital Seremban, Event and Technical Partner EC Pixels and Partners Mydin, McDonald’s, Spoon Health, Nestle Milo, Nestle Fitnesse, Gatsby and Eprotape. Befrienders Seremban juga akan membuka reruai sebagai program kesedaran dan di hari perlumbaan.


RUN TOGETHER, BOND STRONGER

Post a Comment

0 Comments