Recents in Beach

header ads

Panduan bersedekah dan membayar "tips" ketika melancong

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” -Surah al-Baqarah, ayat 261


Sedekah boleh dibuat secara terang-terangan atau sembunyi dan pastilah yang tidak diketahui orang itu lebih mulia. Namun jangan pula kita mencaci orang yang menghebahkan sedekahnya, anggap sahajalah he/she wants to inspire others. Dia memberi idea kepada orang lain supaya melakukan perkara baik juga. There will be chain reactions. Positive vibes. Kalau nak hidup tenang selalulah bersangka baik.

Bersedekah pula haruslah menepati beberapa syarat:

1) Barang yang hendak disedekahkan itu mestilah berkeadaan baik dan elok.
2) Hendaklah sesuatu yang halal, bukan haram atau syubhah
3) Sunat bersedekah sesuatu yang kita sayangi seperti firman Allah dalam Surah Ali 'Imran ayat 92:

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya".


Panduan bersedekah ketika bermusafir
Untuk bersedekah perlukan keikhlasan hati hanya kerana Allah Subhanahu Wataala. Ada kalanya bukan senang ya untuk melawan perasaan sendiri.. nak bagi ke tak? nak bagi ke tak? hmm... tapi yakinlah dengan firman Allah dalam surah Saba’, ayat 34:

“Katakanlah! Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki dan menyekatnya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-Nya; Dan apa sahaja yang kamu berikan, Allah akan menggantinya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik.” 

Aku tahu ramai orang yang baik-baik, yang suka bersedekah terutama bila ke negara yang rakyatnya nampak susah. Sebaiknya kita mulakan bersedekah lalu berdoa ketika bermulanya perjalanan kerana antara waktu yang afdhal berdoa ialah ketika bermusafir dengan tujuan baik.

Di mana/siapa/apa yang kita boleh bersedekah?

1) Masjid/surau
2) Tukang cuci tandas termasuk yang sapu sampah di jalanan. Bagi je RM2 buat minum pagi.
3) Pakcik beca yang ketandusan pelanggan akibat persaingan sengit dengan Grab bike dan Gojek
4) Anak- anak kecil yang terpaksa berniaga membantu keluarga
5) Bila menginap di hotel bajet pastinya gaji pekerja level bajet juga. Belanjalah staf tu jajan ke...
6) Makcik tua yang bersusah-payah berniaga. Aku pernah nampak orang tua yang sudah uzur masih membasuh pinggan di kaki lima kedai di Ho Chi Minh jam 11 malam. Allahu kesiannya.
7) Bagi pensel warna dan buku kepada anak-anak yang menemankan ibu bapa mereka berniaga di jalanan
8) Bayarkan tiub basikal yang bocor
9)
10)

Kita takkan mampu membantu semua. Bila kita dah bagi sesuatu atau peruntukan sedekah sudah habis, tak perlulah lagi kita susah hati. Biar sedikit asalkan konsisten. Sedekah yang paling mudah ialah SENYUMAN.

Bersedekah itu satu amalan yang mulia kerana kita sanggup melepaskan hak kita sendiri. Sebaik-baik sedekah pula hendaklah diberikan prioriti kepada keluarga sendiri. Jangan pula balik kerja bawa makanan burung tapi bila anak isteri nak pisang goreng kau suruh beli guna duit sendiri. Itu bengong namanya. Lemaskan dalam Sungai Kim Kim je lelaki camni.

**Aku akan buat bodoh je jika ada yang masuk dalam angkot nyanyi nyanyi sikit pastu minta duit. Selalu teringat satu billboard di Bali yang mahu menghapuskan peminta sedekah bertulis begini, Kami bukan tidak mahu memberi tetapi kami tidak mahu kamu berterusan di jalanan**


Panduan memberi "tips"
This one I got from my reading on travel forum. Kita bagi tips ni biasanya bila kita berpuas hati dengan servis yang diberikan tetapi ada juga tips yang considered wajib.

So how much should we pay? Demi kepentingan semua, kita disarankan memberi 10-20% daripada nilai servis. Ye tahu ramai je yang boleh bagi lebih tapi tahu tak the consequences? Bila pelanggan lain bagi 10% dia kutuk sebagai kedekut. Orang bagi lebih pun komplen yiihhhh..!


*Grab bike terakhir aku naik di Jakarta tu... dahlah driver tu sopan, motor helmet jeket semua bersih dan yang standard mengikut spesifikasi Grab, sebelum naik adik tu siap tanya nak pakai mask tak? Haruslah aku bagi dia duit lebih, kan? 


Post a Comment

0 Comments