Recents in Beach

header ads

Exco Negeri Sembilan & Warga Emas Bakal Tawan Everest!

Bersempena dengan program pendakian YB Bakri Sawir yang telah dilaporkan baru-baru ini, satu majlis penyerahan bendera-bendera serta kelengkapan pendakian telah dianjurkan oleh Malaysia Autism Foundation bertempat di Nilai, Negeri Sembilan. Majlis turut dihadiri oleh Exco Pembangunan Luar Bandar YB Haji Ismail Ahmad. 


Dato' Dr Sukarmo Wagiman menyerahkan bendera Malaysia Autism Association kepada YB Bakri Sawir.

En Khairil Zaibuddin dari MORU menyerahkan kelengkapan pendakian.

Dari kiri: Dato' Dr Sukarmo Wagiman, Ir. Noor Azam Md Saad dari JA Wellness Sdn Bhd, YB Bakri Sawir, YB Haji Ismail Ahmad dan Tn Haji Che Kamaruddin Mamat.

Penyerahan bendera-bendera adalah dari Malaysia Autism Foundation, JA Wellness Sdn Bhd serta MORU Sdn Bhd. Pendakian YB Bakri (60 tahun) akan turut disertai oleh rakan karib beliau Tn Haji Che Kamaruddin Mamat yang berusia 67 tahun. Mereka berdua akan mendaki Everest Base Camp (EBC) dan seterusnya ke Labouche Peak.

Menurut Dato' Dr Sukarmo Wagiman, Malaysia Autism Foundation berhasrat untuk menaja salah seorang pengidap Autism untuk mendaki ke Everest Base Camp ini. Namun, rancangan ini terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu untuk membolehkan persediaan yang lebih rapi dibuat. Pendakian ke Banjaran Himalaya ini akan menjadi satu simbol mengenai kejayaan yang boleh dicapai oleh pengidap Autism sekiranya mereka mendapat bimbingan serta sokongan yang sebaiknya sepertimana berjayanya Wayne Roonie, Lionel Messi dan tidak ketinggalan juga pelakon terkenal Tom Cruise.

Bendera JA Wellness telah disampaikan oleh Pengarah Urusan JA Wellness, En. Mahalil Aisha. JA Wellness adalah sebuah pusat pemulihan penyakit-penyakit kronik yang mengamalkan teknik penyembuhan tanpa ubat-ubatan kimia, sebaliknya mengesyorkan kaedah penyembuhan alternatif berasaskan herbal serta terapi bukit (Hills Therapy).

Dalam majlis yang sama, Malaysia Outdoor Recreation United (MORU) yang di wakili oleh Ketua Pengarah Operasinya En Khairil Zaibuddin turut menyerahkan kelengkapan-kelengkapan pendakian yang berupa Jaket Kalis Cuasa (Down Jacket), Seluar Kalis Cuaca Goretex serta T-Shirt yang akan digunakan oleh YB Bakri pada pendakian kelak. Menurut En Khairil, Jaket serta seluar kalis cuaca (weather proof) ini mampu bertahan pada suhu rendah yang ekstrim, iaitu sehingga 5 darjah Celcius di bawah paras beku (-5 degree Celcius).

Dalam majlis ini, YB Bakri turut menyentuh mengenai tohmahan yang tersebar di media-media sosial yang kononnya perjalanan pendakian beliau ini mengandungi unsur-unsur penyalahgunaan wang rakyat. 

Menurut YB Bakri, program pendakian ini sebenarnya telah lama beliau rancangkan atas inisiatif serta perbelanjaan peribadi beliau sejak sebelum Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) lagi, iaitu sebelum beliau bergelar ADUN serta Exco Kerajaan Negeri. Jadual asal pendakian beliau adalah pada sekitar bulan September/Oktober 2018 dan kemudiannya telah ditangguhkan ke tahun 2019 atas sebab-sebab peribadi. Oleh itu, beliau menyeru kepada para penyebar fitnah ini supaya memuhasabah diri serta mendapatkan fakta dari sumber-sumber yang tepat sebelum menyebarkannya. 

(Yes, aku baca komen-komen tu dan aku malu dengan Melayu Islam tersebut. Toxic people shouldn't be on our friend list. Banyaknya masa mencaci orang... get a life peeps!)

For more info kindly check JA Wellness Sdn Bhd facebook.


Post a Comment

1 Comments

  1. Jue tak perasan pulak pasal tomahan tu kak.. tp salute la umur mcm tu kuat lagi daki gunung. jue yang muda pun tak kuat kak. stamina out.. heheheh

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.