Recents in Beach

header ads

Indonesia | Masjid Raya Padang dijadikan ikon tahan gempa

Masjid Raya Padang dijadikan ikon tahan gempa | Melewati masjid yang satu ini, hati terus teruja untuk melihatnya lebih dekat. Seperti juga dalam pengembaraan solo, aku akan sedaya upaya mencari peluang untuk solat di masjid sesebuah tempat walaupun sekali sahaja.


Masjid Raya Padang dikenali juga sebagai Masjid Mahligai Minang, memiliki rekabentuk masjid bukan tipikal. Kuat dengan ciri Minangkabau yang menjadi trade mark Sumatera Barat, tiada kubah di bangunan utama tetapi beratap khas Minangkabau desain atap rumah gadang dengan empat sudut runcing. Bumbung masjid berbentuk persegi yang runcing di empat penjurunya ini menggambarkan bentuk bentangan kain ketika empat kabilah suku Quraisy di Mekkah bersama-sama memindahkan mindahkan batu Hajarul Aswad. Kisahnya.... selepas renovate Kaabah empat kabilah Quraisy berebut hendak mengangkat batu Hajarul Aswad untuk dipindahkan ke tempatnya semula. So to be fair to everyone Rasulullah letakkan batu tersebut di atas sehelai kain dan keempat-empat wakil kabilah dapatlah mengangkatnya bersama. Nabi Muhammad s.a.w. memang bijak, kan?

Image result for masjid raya padang
Sumber tribunnews





Masjid Raya Padang yang direka bentuk oleh Rizal Muslimin merupakan masjid terbesar dan termegah di Sumatera Barat. Desainnya moden tetapi mengekalkan keaslian ciri tradisional yang sebati dengan masyarakat Minang.

Dinding-dinding masjid Raya Sumbar dihiasi dengan ukiran-ukiran tempat Al-quran dengan 4 sudut yang mengandung falsafah dalam budaya Minangkabau iaitu “tau di nan ampek”, beriman kepada kitab yang empat- Al-Quran, Injil, Taurat dan Zabur. Ia juga bermaksud “adat nan ampek”, iaitu adat nan sabana adat, adat nan diadatkan, adat nan taradat dan adat istiadat. Mihrabnya menyerupai bentuk Hajar Aswad dengan ukiran Asmaul Husna berwarna emas di atasnya. Permadaninya pula dihadiahkan oleh pemerintah Turki. Bagian luar masjid dipenuhi ukiran kaligrafi dan motif kain songket khas Sumatera Barat. 

Mimbar yang berbentuk batu Hajarul Aswad.



Intai jodoh kat sini, dik.

Masjid yang dimulakan perletakan batu asasnya pada 21 Desember 2007 oleh Gabernor Sumatera Barat ketika itu, Gamawan Fauzi, dibina tiga tingkat dengan keluasan mencapai 40.343 meter persegi. Ruang utamanya di tingkat dua mampu menampung 15000 jemaah dalam satu satu masa.

Masjid Raya Padang juga direka cipta agar mampu menahan gempa dengan kekuatan hingga 10 skala Richter supaya ia boleh digunakan sebagai tempat berlindung jika terjadi bencana tsunami.


Masjid Raya Padang
Jalan Khatib Sulaiman
Alai Parak Kopi, Padang Utara
Sumatera Barat
Indonesia


**Kalau ada rezeki lain kali nak datang sebelum Maghrib pula.






Post a Comment

0 Comments