Sambutan Chap Goh Mei IJM Land di Seremban 2



Sambutan Chap Goh Mei IJM Land di Seremban 2 | Pemaju perumahan terkenal IJM Land akan mengadakan sambutan perayaan Chap Goh Mei kali keenam di Seremban 2 tidak lama lagi.


"Reunion in S2 with Joys Anew" menjadi tema sambutan yang bakal diadakan pada Sabtu 16 Februari 2019 yang bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim diantara penduduk dan bakal pembeli projek perumahan tersusun tidak jauh dari tol Seremban. Ia juga untuk mengekalkan tradisi dan kebudayaan Cina untuk generasi akan datang.


Pemuzik jemputan menunjukkan kebolehan bermain guzheng. 

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pelbagai acara menarik telah disusun untuk menarik pengunjung. Diantaranya:

1. Pertandingan kaligrafi Cina 
2. Lion dance by Persatuan Kesenian Gui Ying (tazabarrr nak tengok)
3. Chinese Orchestra 5-piece band by Efficient Music
4. Percussions performance by SMK Chan Wa's 24 Seasons Drum
5. Persembahan kebudayaan oleh SMK Bukit Mewah

Selain itu ada giveaway dan cash booth machines tau! Kalau ada luck boleh bawa balik ang pow. And off course port selfie "Harvest Farm" dengan 178 "Ichiban Dodos" yang menggambar kekayaan dan kemakmuran will be the centre of attractions. Kreatif betul students dari Art Corridor tu... baru lima tahu dah boleh melukis mewarna dengan baik.

And you, yang ke City Park Seremban 2 jangan lepaskan peluang bergambar di Lover's Bridge yang akan dihias dengan tanglung (lantern). Aku pun tak sabar nak tengok, adakah lebih cantik dari tahun sebelum ini? Maybe ada yang masih ingat aku bergambar pakai kebaya di situ... cousin aku komen kurusnyaaa padahal adjust angle je 😀 Belum mampu nak kurus heheh...

Owh jangan lupa tengok Chap Goh Mei Consert eh. Dengan tema "Symphony of Love" Astro bawakan artis seperti Jiang Han, Geraldine, Danny, Apple, Amy, Juztin dan ramai lagi. Masa PC tu mereka buat promo sikit... best lagu cina tu, catchy. Seriously sedap lagunya walaupun tak faham sepatah haram 😂, jangan kau ingat macam orang tetua menyanyi kat pentas sebelah CIMB Seremban tu hahah... 


Dato' Hoo Kim See Senior General Manager (Central Region) IJM Land Berhad bersama barisan artis dan wakil yang akan membuat persembahan.

Jangan lupa okeh, "Reunion in S2 with Joys Anew" pada 16 Februari 2019 di Seremban 2 City Park! Ajak mak ayah adik-beradik sekali. Dah habis konsert terus balik rumah, jangan kau pergi merendek pulak.






Post a Comment

0 Comments