Cara mudah membeli tiket KidZania Kuala Lumpur

Tags

Setiap kali cuti sekolah atau cuti panjang seperti minggu depan, mesti kita mak pak ni jenuh berfikir macam mana nak isi waktu lapang anak-anak yang tengah bercuti tu. Mati kutu jugalah kekadang. Tak kan nak biar bebudak tu melangut di rumah je kan? Kesian... Tambahan lagi kalau mak pun kerja, masa yang ada adalah limited. Nak pergi bercuti mana-mana pun mestilah akan ambil masa sekurang-kurang pun 2 ke 3 hari... tu belum kira traffic jam nya lagi. Jadi macam mana eh? Satu alternatif yang we, as parents boleh consider adalah untuk ke KidZania Kuala Lumpur!


KidZania? Apa tu? 

Image result for kidzania kuala lumpur

Bagi uols yang pertama kali dengar pasal KidZania ni, ia adalah sebuah pusat edutainment keluarga yang tertutup dan menawarkan pembelajaran dan pengalaman secara interaktif untuk kanak-kanak serta mendidik mereka melalui aktiviti dan permainana yang sangat interaktif dan menyeronokkan. KidZania Kuala Lumpur ini diperkenalkan untuk menggalakkan pembelajaran melalui aktiviti permainan. Terdapat lebih daripada 90 profession kerjaya dalam dunia sebenar. So anak-anak kita boleh merasai pengalaman dan memainkan peranan serta trick of the trade sesuatu kerjaya yang diceburi. Menarik bukan? Melalui semua aktiviti ini, anak-anak akan dipupuk tentang apa cita-cita mereka dari sejak kecil lagi. Kiranya bagi idea kat anak-anaklah ni.

Image result for kidzania kuala lumpur

Image result for kidzania kuala lumpur

Jadi jika anak-anak ingin tahu macam mana ahli bomba, juruterbang bahkan doktor bekerja KidZania Kuala Lumpur nilah tempat di mana mereka boleh belajar dan tahu lebih banyak lagi! Selain itu mereka juga akan mengalami pengalaman hidup sebenar dalam persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi, mereka akan belajar untuk menjadi bebas, mengetahui nilai kerja berpasukan, mengembangkan kemahiran dan bahkan mengurus kewangan! 

KidZania Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar bersaiz kanak-kanan berkeluasan 80,000 kaki persegi, taman tema seumpanya yang ke 3 dibuka di Asia Tenggara dan ke-11 di dunia. KidZania juga terdapat di negara jiran seperti di Singapura dan juga di Indonesia. 


Ok first sekali bagaimana nak dapatkan tiket KidZania Kuala Lumpur ni? 
Korang tak perlu nak susah payah beratur di kaunter tiket dah, tak payah angkat punggung pun... gerakkan jari je sebab dengan Traveloka, korang boleh beli tiket KidZania Kuala Lumpur booking online. Senang je! Please take note yang kadang-kadang terdapat 2 sesi untuk kemasukan ke KidZania, iaitu untuk sesi pagi dan petang, masing-masing adalah selama 5 jam. Manakala kebiasaannya pada cuti sekolah terdapat satu sesi yang bermula daripada pukul 10 pagi hingga 9 malam. Jadi sila aware dengan admission time untuk tarikh yang anda pilih. Harga tiket adalah di antara RM 29.70 hingga RM 80.00, ingat mak bapak yang jadi bodyguard anak-anak pun kena bayar ok!

Ok next untuk skip segala kesesakan, apa kata gunakan public transport je untuk ke KidZania ni. Kalau menggunakan bas, boleh naik bas dari Pasar Seni, Kota Damansara dan juga LRT Kelana Jaya. Naik bas Rapid KL bernombor BET1, U88 atau U89 kemudian turun di IKEA, Persiaran Surian dan berjalan sikit untuk ke KidZania yang terletak di The Curve NX. Ok kalau nak menggunakan train dan free shuttle bus, ambil LRT dan turun di stesen Kelana Jaya. Cross jambatan pejalan kaki dan ambil bas penghantar percuma ke Pusat Beli Belah IPC. Semestinya penjimatan berganda!

Sebagai alternatif, boleh juga menaiki bas Rapid KL U89 di tingkat bawah stesen Kelana Jaya ataupun ambil MRT dan turun di stesen Mutiara Damansara. Kidzania Kuala Lumpur hanya berjarak 5 minit berjalan kaki dari stesen tersebut. Selain itu, jika menggunakan LRT, anda boleh menggunakan bas Rapid KL U89 di tingkat bawah stesen Kelana Jaya untuk ke KidZania Kuala Lumpur.

Since kita dah beli tiket (print out sesiap)... setibanya ke KidZania Kuala Lumpur, skip line panjang tu dan terus ke laluan yang dikhaskan untuk pengunjung yang dah beli tiket online. Di pintu masuk nanti kita akan diberikan gelang tangan untuk dipakai sebagai pas masuk. Kemudian bagi peluang si kecil untuk nikmati pelbagai jenis aktiviti dan permainan yang menarik di KidZania Kuala Lumpur!

Untuk dapatkan maklumat yang lebih terperinci, check out website Traveloka Malaysia di https://www.traveloka.com/en-my/activities. Wait no more! 

Jom Bergembira di KidZania Kuala Lumpur!


KidZania Kuala Lumpur
Curve NX
18, Jalan PJU 7/5
Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor


I appreciate your comment so let s say something
EmoticonEmoticon

Artikel Terbaru

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free