Sarawak | Teraba-raba di Wind Cave Nature Reserve @ Gua Angin



Sarawak | Teraba-raba di Wind Cave @ Gua Angin | Sebelum ke Fairy Cave kami ke Wind Cave dahulu. Tak jauh, 10 minit sahaja jaraknya.

Kenapa ke gua?
1. Melawat shopping mall is too mainstream.
2. Untuk memperkenalkan anak-anak apa yang mereka pelajari secara teori di sekolah.
3. Untuk menerapkan rasa sayang kepada alam semulajadi.
4. Untuk membuang kepercayaan karut-marut yang sebati dengan masyarakat Melayu.
5. Supaya tiada rasa terkilan andai kata suatu hari nanti khazanah alam ini pupus demi 'kemajuan'.


Okay, kami ke gua yang salah at first hahah... Terfikir juga aku, eh kenapa sikit je ruangnya? Di gua di bawah ini ada patung dan colok. Ingatkan yang ini Wind Cave/Gua Angin jadi kami cari Fairy Cave pula tapi jumpa Gua Angin yang sebenar.

This is NOT Wind Cave @ Gua Angin.

Wind Cave atau Gua Angin telah digazetkan sebagai "nature reserve" oleh kerajaan negeri Sarawak bukan semata-mata untuk memelihara keaslian gua dan hidupan di dalamnya tetapi juga hidupan yang berada di sekeliling gua batu kapur tersebut. Diantaranya pokok bersaiz kecil dan sederhana termasuk Arenga pinnata (atau Inyok dalam bahasa Bidayuh), Arenga Undulatifolia (atau Opip) dan yang besar Calamus Ornatus (atau Wi jelayan).

Trail guide for Wind Cave Nature Reserve, Bau, Sarawak.


Permulaan. Millenial ni aku suruh tengok gua dia sibuk dengan handphone juga.

Gua yang wujud sejak 60 juta tahun dahulu ini dikatakan mendapat namanya daripada angin sejuk yang masuk melaluinya. Memang sejuk nyaman je. Yang banyak hidup di dalam gua ini ialah kelawar (bat) dan swiftlets dengan sarangnya. Ada tempat dimana fosil melekat di atas batu. 

Laluan kayu (plank) sepanjang 1000 meter disediakan untuk kemudahan pengunjung bergerak di dalamnya. Pilihlah laluan mana yang kita nak ikut atau habiskan kesemuanya. Sesekali kan... Tiada sebarang lampu disediakan. Gelap seh... Jadi WAJIBlah bawa lampu suluh yang super power cahayanya, jika tiada boleh disewa dari kat ticket office tu. Mungkin pihak berwajib mahu mengekalkannya sebagai habitat kelawar sebab itu dibiarkan gelap. Ada tempat yang basah jadi berhati-hati ketika berjalan. Elakkan memegang handrail sebab kekadang ada najis kelawar bertempek.

Di penghujung gua, laluan pejalan kaki (plankwalk) membawa ke kawasan berbukit. Sungai kecil yang melalui gua ini bersambung dengan Sungai Sarawak Kanan di hujung utara. Ada kawasan berpasir di sepanjang sungai yang sejuk airnya menjadikannya sesuai untuk berkelah. Di sungai inilah ramai yang akan mandi-manda selepas meneroka keseluruhan gua.  Bilik untuk menukar pakaian juga disediakan. Jadi kalau datang sini bawalah persalinan ya, rugi tak mandi.

Ada kawasan yang agak dalam di dalam gua ini yang berkemungkinan digali oleh pencari emas di tahun 1930an dulu. Tak mustahil kerana di Bau sendiri ada lombong emas iaitu Tasik Biru.

Jom kita tengok gambar-gambar Wind Cave!









Gua ini tidak ekstrim jadi ia sesuai untuk lawatan santai melihat alam bersama teman dan keluarga. To me gua ini biasa sajalah, tak secantik Fairy Cave. Dari Wind Cave ke Fairy Cave tak sampai 10 minit pun naik kereta. Kalau berjalan kaki 35 minit.


Tips ke Wind Cave @ Gua Angin
1. Pakailah pakaian yang bersesuaian, berbaju lengan panjang yang strechable dan mudah kering lebih baik.

2. Jangan pakai kasut yang sudah haus tapaknya, you might slipped.

3. Jika ada topi, pakai. Bukan apa, bimbang kelawar atau burung cretttt... atas kepala hang. Nasib nasiblah kan.

4. Bawa lampu suluh yang boleh tembus ke jantung hati. Gitew.

5. Lebih baik kita pergi dengan tour guide kerana dia boleh memberikan penerangan lebih jelas mengenai gua tersebut.








Post a Comment

0 Comments