8D 7N in Marvelous Myanmar | Yangon - Mount Popa - Bagan

8D 7N in Marvelous Myanmar | Yangon - Mount Popa - Bagan | Mingalabar! Hello! Assalamualaikum. Harapnya semua dah baca coretan sebelum ini supaya mendapat serba sedikit pengetahuan mengenai Myanmar. 

Sebelum menulis mengenai lawatan di sana secara individu, as usual iols nak bagi tau dulu keseluruhan cerita, baca dulu sinopsisnya yang panjang berjela ni. Seriously, kesemua tempat yang aku pergi ni sangat menarik dan unik dan suhunya nyaman tetapi kalau pergi between March to May panasssss...

Okay, let's start! 

Hari Pertama
Kami naik Malindo Air dari KLIA. Selepas 2 jam 50 minit sampai di Yangon International Airport lalu terus ke Chatrium Hotel Royal Lake.

Lepas check-in kami cari makan tengahari. Hari cuti umum tu banyak restoran tutup tapi adalah satu restoran dekat tasik ni beroperasi. Dapatlah makan fried rice with seafood sepinggan 7000 Kyat (RM21 😭). Nasib baik share berdua. Stem untuk commercial tax siap tampal di resit, pertama kali jumpa ni.

Malamnya kami menghadiri Welcoming Dinner di hotel yang sama. Kami diberikan beg selempang, sepasang pakaian tradisional dan sepasang kasut yang cantik untuk dipakai keesokannya. Allah, susah hati aku mengenangkan baju tu hahahha.... nasib baik bawa inner dan legging. 

Persembahan tarian di Welcoming Dinner.

Hari Kedua
Owh breakfast di hotel Chatrium sangat banyak pilihan terutama bagi mereka yang sukakan continental breakfast. Sementara menunggu sorang sorang turun aku sempat lagi makan. Makan sampai kenyang pulak tu. 

Kami semua yang cantik dan segak dengan longyi (bunyinya longji), dipakaikan pula thanaka di pipi. Thanaka ni seakan-akan bedak sejuk tetapi dibuat dari batang pokok yang disagat ke batu dan dicampurkan sedikit air. Bila dipakai tu rasa berangin dan cekang muka. Terus rasa lawa macam Miss World 😁. Eh Miss World Myanmar 2017 pun turut serta sepanjang trip ni. Licinnya kulit muka dia... siang malam pakai thanaka kot.

Cantik ke idok? Bergambar dengan Miss World Myanmar 2017 membuat aku rasa rendah diri. Dahlah rendah, jiwa pun menjadi rendah bila bergambar dengan orang cantik. Kasut ditaja oleh Nay San Co Ltd, pembekal kasut dan souvenir. I loikeee...

Tempat tujuan pertama pagi itu ke sebuah restoran biasa tetapi terkenal dengan kesedapan "mohinga" sejenis masakan Burma, sup yang diperbuat daripada rice noodle dan sup ikan. Ia dianggap makanan nasional Myanmar. Pertama kali hirup kuah owh peliknya rasa dia. Bila dah dimasukkan daun sup, bawang goreng dan cili baru rasa macam sup yang biasa dimakan. 

Myaung Mya Daw Cho Mohinga dikhabarkan menjual mohinga yang tersedap di bandar Yangon.

Sumber www.travelbynawhtike.com

Kemudian kami dibawa menaiki beca meronda sekejap sebelum naik ke Shwedagon Pagoda yang menjadi simbol pelancongan Myanmar. Satu beca boleh membawa dua penumpang yang berlaga belakang. Tak boleh nak bersembang dengan tukang kayuh sebab dia tak boleh berbahasa Inggeris. Seronoklah naik beca sambil melihat kehidupan masyarakat pepagi tu.

Di Shwegadon Pagoda pengunjung belum ramai jadi senanglah untuk membuat kerja masing-masing. Orang sini mudah mesra dah tak marah gambar mereka dirakam. Ada juga yang minta monk bergambar dengan mereka. Eh boleh eh?

Tiket masuk ke sini ialah MMK10,000 sekali masuk dan sebarang alas kaki termasuk stokin tidak dibenarkan. Masuk petang dan stay hingga malam pun okay juga sebab boleh tengok kedua-dua suasana. Pemandangan malam lagi cantik. Pakaian pula tak bolehlah yang revealing sangat sampai nampak 'buah-buahan'. Kena berpakaian sopanlah nak masuk rumah ibadah kan? Samalah adabnya di mana-mana pun.
  
Shwedagon Pagoda






Pakaian kebangsaan Myanmar, longyi. Yang berbaju putih di belakang tu bukan tok lebai tau.

Kemudian balik ke hotel lalu check-out lalu lunch di Father's Office. Disebabkan esoknya Valentine's Day ada orang belanja pizza dengan topping coklat dan marshmallow. First time makan ni... manis! Dahlah muka manis. Eh? 😛

Seterusnya kami dibawa ke Bogyoke Aung San Market (Scotts Gavin Market). Aung San tu nama bapa Aung San Su Kyi. 45 minit je masa yang diberi untuk explore pasar ni. Haiyooo....stress gue! Kain lace dengan sutera Thai tu kan...ya Allah, bawa duit bebanyak kak. Aku ni jarang sangat attend majlis yang hebat hebat so macam takde pasal pula nak beli lace tu.. tapi memang banyaklah. Sutera Thai tu satu warna sampai sepuluh tona. Agaknya designer terkenal kat Malaysia beli kain di sini kot eh? Ada je lace yang selalu keluar di majalah dijual di sini. Telan ar liur je lah ai dik non...

Sebelum ke Rangoon Tea House untuk minum petang, kami singgah di Maha Bandoola Park. Di tengahnya berdiri Independence Monument. Jika kita ternampak warga Myanmar di negara kita melepak di taman jangan hairanlah, di tempat sendiri mereka suka begitu. Ramai je yang duduk berehat di taman tu sambil makan jajan. Ada juga yang menjual anak burung untuk dilepaskan. Tempat ramai orang memacam boleh dijual.

Maha Bandoola Park. Bila kita menghadap bangunan Yangon City Hall yang putih tu, ikut kiri akan membawa kita ke Bengali Sunii Jameh Mosque.

Masa minum petang tu aku order "cho seh", strong tea. Saja je nak rasa. Okaylah bila dijodohkan dengan samosa berintikan sayur. Makan sayur je wakkk... Bergerak dari Rangoon Tea House ni lah aku nampak Halfmoon Mosque, di Upper Pansoedan Street.

Kami ke Shwedagon Pagoda semula. Memang cantiklah memalam.

Persediaan untuk memasang 1000 pelita.



Lawatan sebelah petang kami dah tak pakai longyi lagi jadi selesalah duduk dalam bas. Malam tu kami bertolak ke Bagan. Perjalanan sejauh 626km mengambil masa selama 9 jam dan berhenti makan malam di dalam perjalanan ke sana. Oleh kerana agak ramai, 35 orang, jadi dua bas digunakan untuk menjamin keselesaan. Tak jauh bergerak selepas dinner tu bas berhenti di tempat gelap. Apalah yang ditunggu lama sangat agaknya? Lama tau, dahlah sejuk dalam bas tu. Rupa rupanya driver kami menunggu orang hantarkan selimut. Allahu...terharunya. Aku yang dah pakai jaket, stokin dan gloves ni masih terasa sejuk lagi. Sweet nye...

ZZZzzzzZZZzzzzZZZzzzz

Owh lupa nak bagi tau, driver, co-driver dan tour guide kami Win Ko sentiasa memakai longyi semasa bertugas. Cool je pakai kain.


Hari Ketiga
Kami dikejutkan sebelum berhenti di sebuah stesen minyak di Anya region yang kering. Lagi satu yang best, kami diberikan wet tissue dan set berus gigi. Details begini yang kita suka ni.

Stesen minyak ni agak besar dan ada empat buah tandas. Bagusnya di Myanmar ni semua toilet ada hose kecuali di airport. Kenapa entah airport je yang ganjil. Di tepi tandas tu ada sinki. Aku ni biasalah, suka menyiasat hehhee... Bila aku pandang belakang toilet tu rupanya ada men open toilet! Elok je para lelaki tengah melegakan pundi kencing kat bowl tu. Erkk.. tak tahulah tuah ke suwei 😂

Lelaki di wilayah ini dipanggil Anyata, wanitanya Anyatu. Mereka jenis berjimat dan takkan berbelanja sesuka hati sebab duit susah didapati. Dengan keadaan muka bumi dan jauh dari bandar dah tentulah 'punca duit' sangat kurang.  Tapi itu dululah, sekarang tourism banyak membantu peningkatan ekonomi mereka. 

Breakfast kami di Mount Popa Resort yang jauhnya 58km dari Bagan. Jauh baq hang kami breakfast... naik atas gunung nun. Sedap breakfast kat sini. Terfikir gak ada ke orang nak berendam kat swimming pool dalam suhu sejuk tu? Sibuk je aku nak tahu hehehe.. Dari resort tu boleh nampak Taung Kalat Monastery di atas puncak the opposite side. Nak trekking ke sana akan mengambil masa dua jam, jadi kalau nak pergi ke semua lokasi yang aku bakal ceritakan kena plan bebetul. Kena ambil kira keadaan jalan raya dan jarak. Bas persiaran boleh naik sampai ke resort tetapi kita kena naik pick-up truck bila turun. Trak kami best, driver pasang lagu rancak dengan speaker di belakang. Berdengung macam dalam Zouk. Segar bugar kitorang berjoget hahahah...

Taung Kalat monastery yang nampak dari Popa Mountain Resort.

Happy moments sewaktu turun dari Popa Mountain Resort. Berjoget kat sini je lah, masuk Zouk kang mau berjurai air mata kena kecam berjemaah 😓

Di Nyaung U kami check-in di Aureum Palace Hotel & Resort, sebuah hotel lima bintang di tengah Bagan ancient city. Menariknya resort ini sangat berdekatan dengan kuil-kuil purba tu. Paling cantik yang di depan swimming pool. Reflections di permukaan air sangat cantik! Dahlah matahari terbenam pun arah situ.

Lunch kami di Nanda Restaurant & Puppet Show. Sebelum makan tu Nanda Myanmar Marionettes Show dah start. Kagum betullah dengan tok dalang dia sampaikan bulu kering dan punggung puppet pun boleh digerakkan mengikut rentak tukang karut. Talinya melilit di semua jari tok dalang. Hebat! Makanan kami dihidangkan secara individu dalam bekas bulat yang ada pembahagi, alaa... macam bekas kuih raya tu. Nasib baik ada lauk ikan uols hikss...

Acara seterusnya kami dibawa ke Shwe Pi Nan Thanaka Museum. Di sini kami diberikan maklumat mengenai pokok thanaka dari jenisnya, tempat tumbuhnya dan pelbagai lagi. Terdetik juga di fikiran, seperti mana bedak sejuk yang orang kita dah jarang pakai apatah lagi di luar rumah, tidakkah thanaka bakal menerima nasib yang sama? Apa pelan tindakan syarikat ini? Lagipun yang pakai wanita dan kanak-kanak sahaja, lelaki dewasa kurang pakai sebab bimbang dipanggil pondan.

Menurut pengurus import eksport Mr Htet Oo, mereka masih yakin dengan potensi bisnes ini sebab pokok thanaka ini pelbagai guna sama seperti pokok kelapa. Selain dibuat bedak sejuk dan berfungsi seperti natural sunblock, daun dan akarnya berguna dalam perubatan manakala batangnya dibuat manik, sikat, pengayuh dan banyak lagi. Lagipun mereka menguasai 75% pasaran thanaka tempatan.

Keratan batang thanaka.

Thanaka hidup di kawasan panas di tengah Myanmar. Ada yang dijual dalam bentuk asal iaitu potongan batang, ada juga yang sudah siap dibancuh tinggal nak sapu ke muka je. Yang dibuat losyen badan pun ada. Dalam seminggu ni baru tiga kali aku pakai, hmm... aku memang tak istiqamah dalam penjagaan kecantikan ni sebab tu kulit muka tak maunya jadi semulus Neelofa.

Seterusnya ke mana kita??

Tengok sunset di Bagan!!

Kami dibawa pusing sebahagian Bagan melalui kuil lama menaiki kereta kuda. Di kala golden hours tu warna keemasan menghiasi bumi, pemandangan menjadi sangat cantik dan romantik walaupun berdebu. Berderet menaiki kereta kuda memang best terutama ketika membelok menjadikan gambar sangat menarik.

Satu kereta kuda sebenarnya hanya boleh membawa dua orang penumpang sahaja dengan tambang 10,000 Kyat sejam.




Melihat matahari terbenam dari tempat tinggi memang mengujakan. Sangat bertuah rasanya bila masih lagi diberi peluang olehNya melihat pergerakan matahari dan sinaran keemasaannya yang tersebar ke seluruh alam. MasyaAllah cantik! Bagan is so AMAZING ! (Di penghujung 2017 Bagan authorities tidak lagi membenarkan memanjat temples/pagoda  untuk melihat sunset/sunrise. Alternatively four viewing platforms were constructed for these purpose).

You must come here. You must!




 
Malam itu diadakan candle light dinner di laman hotel sempena Valentines Day. Pakaian dan deko romantik habis tapi semua yang di meja kami berborak fasal cerita hantu. Kau rase? %&*@ dusyum dusyummm !


Nanti kita sambung lagi eh. Bye...!


Informasi Bagan (21°10' Utara and 94°52' Timur)

Image result for bagan meta map
Sumber di sini.

- Di kurun ke-11 hingga ke-13 dahulu sewaktu kemuncak pemerintahan Pagan Kingdom lebih 10,00 kuil, pagoda (stupa) dan biara wujud di Bagan sahaja tetapi kini hanya tinggal lebih kurang 2,200. Bagan Archaeological Zone ini menjadi tarikan utama pelancong ke Myanmar.

- Untuk berada di Bagan kita akan dikenakan yuran masuk MMK25,000 yang boleh digunakan selama lima hari. Tiket perlu dibayar di lapangan terbang atau di kiosk tertentu. Nanti ada petugas yang akan memeriksa jadi sila bawa tiket kecil tu kemana-mana sebab mereka akan cop di belakangnya.

- Bagan terbahagi kepada old and new Bagan. Terdapat lebih daripada 2200 ancient temples di sini.

- Untuk menaiki belon panas, tiket boleh dibeli direct daripada website ataupun daripada ejen. Ramai yang kata beli dari ejen lebih murah dan mereka akan pick-up kita dari hotel.

- Untuk pilihan makanan carilah restoran India, vegetarian atau yang hanya menghidangkan seafood.


Bagaimana untuk ke Bagan menggunakan pengangkutan awam?
Cara paling mudah untuk meneroka Bagan ialah dengan mengikuti private tour tetapi menggunakan pengangkutan awam akan memberikan satu pengalaman berbeza. Kata orang travel is not about destination, it's about journey.

1) Pengangkutan udara
Naiki pesawat domestik dari Yangon dan mendarat di Nyaung Airport. Terdapat lima domestic flights ke Bagan. Perjalanannya 1 jam 20 minit.

2) Dari Yangon ke Bagan dengan bas.
Ada beberapa syarikat yang memberikan servis dengan dua jenis bas, VIP atau biasa. Bas VIP 2+1 seater lebih selesa dan ada leg rest yang boleh dinaikkan 45 darjah. Harga tiket bas VIP USD25, bas biasa yang seat 2+2 tu USD21 seorang. Semua bas ada air-cond.

Bas biasanya berlepas jam 8 malam. Perjalanan selama 10 jam dan kebanyakan bas will stop for half an hour at 115 miles on the Yangon-Nay Pyi Taw-Mandalay Expressway (2.5 hours north of Yangon). Kalau tujuannya ke tempat popular ni during peak season elok book sesiap bas yang hendak dinaiki.

Tempat menunggu bas: 
The Aung Mingalar Highway Bus Terminal (also known as Highway Bus Station). Stesen bas ini 7km dari Yangon airport dan 19km dari central Yangon di Sule Pagoda tu. Sejam jugalah dari tengah bandar Yangon tu.

3) Dari Yangon dengan keretapi (perjalanan setiap hari)
Tiket keretapi boleh dibeli online, melalui ejen atau pergi sendiri ke Rangoon Train Station. Kalau nak travel on the same day pun beli di train station.

Kalau nak buat advance booking kena pergi Advance Booking Office di Bogyoke Aung San Road di sebelah selatan trek bertentangan dengan Sakura Tower & 33rd street, and diagonally opposite Traders Hotel . Tiga hari sebelum bertolak dah boleh beli. Sila bawa passport ya. Pejabat jualan dibuka dari pukul 7 pagi hungga 3 petang. Kaunternya paling kiri.

Dari Yangon (nama lamanya, Rangoon) ke Bagan : Train no 61
Kelas : S, U, 2, O
Waktu berlepas: 4 petang
Waktu tiba: 9.31 pagi

Dari Bagan ke Yangon : Train no 62
Kelas : S, U, 2, O
Waktu berlepas: 5 petang
Waktu tiba: 10.30 pagi

S = upper class sleeping-car (tiada di musim hujan); U = upper class seats (tiada di musim hujan); 2 = 2nd class seats; O = ordinary class seats.

Harga tiket:
Upper class sleeper : MMK16,500 (USD17)
Upper class seat: MMK12,000 (USD12)
Second class seat: MMK6,000 (USD6)
Ordinary class seat: MMK4,500 (USD4)

Kanak-kanak dibawah 3 tahun PERCUMA
Kanak-kanak dibawah 10 tahun SEPARUH HARGA

**Tiada perbezaan harga antara locals and foreigners.









1 comments so far

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free