The Underrated Myanmar | Kenapa ia patut masuk dalam travel bucketlist?

For those who can't understand Malay languange feel free to use the translator on your right hand side. Thank you.

The Underrated Myanmar | Kenapa ia patut masuk dalam travel bucketlist? | Mingalabar...!!! Alhamdulillah... sampai juga ke Myanmar untuk program Marvelous Myanmar yang dianjurkan oleh kelab travel blogger di sana. Kagum betul bila sebuah kelab kecil mampu menganjurkan sebuah program antarabangsa. Something to be proud of and learn, right? Berjaya juga menjejakkan kaki setelah selalu teragak-agak bila plan mahu ke sana dengan hamparan berita-berita negatif mengenai negara tersebut. 


Dua wartawan dari New Straits Times, seorang dari Bernama dan dua orang travel blogger, @lilyriani_travelholic and me, @ruggedmom yang mewakili media Malaysia tiba di hari Myanmar National Day dan Union Day. Menariknya hampir kesemua lelaki yang kami nampak di Yangon International Airport (selain yang bekerja di sana) memakai kain sarung yang dipanggil longyi dan wanita serta kanak-kanak memakai thanaka (macam bedak sejuk) di muka.

Jarak dari lapangan terbang ke Chatrium Hotel Royal Lake hanyalah 15km tetapi perjalanannya boleh mencapai 42 minit, tetapi disebabkan hari tersebut cuti maka dapatlah kami sampai awal sikit. Hotel tu best dan berhadapan tasik, rasa nyaman je cuma agak jauh dari pusat bandar tak boleh nak berjalan kaki sendiri.

Malam tu ada reception dinner. Aku tertarik melihat penari yang memakai kain berjela joget joget sambil sepak kain dia ke belakang. Tak tersungkur pula eh?

Dari dalam bilik Chatrium Hotel Royal Lake pun boleh nampak Shwedagon Pagoda. Elok pergi melawat petang sebab kita boleh lihat suasana siang dan malam. Malam lagi cantik.


Miss World Myanmar 2017, Ei Kyawt Khaing yang jadi emcee dan bersama kami sepanjang trip. Kulit muka dia flawless nya...


Lelaki dan wanita memakai longyi.

Selama 9 hari 8 malam di tiga wilayah utama Myanmar telah membuka mata bahawa di sebalik masalah politik dan etnik yang tersebar, negara ini sangat cantik dan beragam tarikannya. Kami dibawa melihat kuil dan pagoda terkenal, ke Popa Mountain Resort, kota purba Bagan, pergunungan di Kalaw,  melihat matahari terbit dan terbenam, menyaksikan belon panas terbang dari tempat berbeza dan menyusuri Inle Lake selain lawatan yang kami buat sendiri di masa terluang yang sempit.


Sekilas Myanmar (Burma)
Republic of the Union of Myanmar dikelilingi oleh lima buah negara iaitu India dan Bangladesh di barat, Thailand dan Laos di timurnya, dan People's Republic of China di utara dan timur lautnya.

Berkeluasan 676,578km persegi, setakat 2017 populasinya dikatakan seramai 54 juta orang dengan 135 etnik . Menjadi ahli Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) sejak 1997. Bandar pentadbirannya telah dipindahkan ke Naypyidaw pada November 2005. Naypyidaw ni macam Putrajaya katanya... bandar terancang yang bagus untuk raise the family.

"Burma" (dibunyikan Bama) adalah etnik terbesar yang menetap di tengah Myanmar justeru pihak kolonial British telah menamakan negara tersebut sebegitu tetapi Myanmar lebih diterima pakai kerana ia menggambarkan keseluruhan etnik. Walau bagaimanapun nama Burma yang telah digunakan sejak kurun ke-18 masih digunakan di sesetengah negara luar bila merujuk negara tersebut.

Warganya juga pemakan sirih. Di jalanan boleh nampak tompokan merah merata-rata. High demand untuk sirih membuatkan adanya kiosk menjual sirih siap berkapur pinang. Memula ingatkan kiosk jual top up/rokok 😁

Jangan hairanlah kalau nampak mereka mencuci pinggan, pakaian dan mandi di sungai. Ramai yang masih hidup begitu. Sebelum diperintah dengan sistem sekarang, setiap keluarga hanya boleh membeli lapan liter minyak sehari di kedai yang dikawal kerajaan. Stesen minyak juga hanya ada satu di setiap daerah jadi kalau berjalan jauh dan teringin 'melepaskan hajat' kena masuk dalam semak. Dalam semak pula banyak ular waktu tu hahaha...matik! Sekarang ular dah berkurang sebab ada peraih yang membeli untuk supply ke restoran makanan eksotik.


Myanmar yang tidak popular di hati pelancong
Berdasarkan berita negatif yang sering kita dengar di media massa, aku tak sangka pula Myanmar ni salah satu negara yang selamat untuk dikunjungi. Penduduk di kesemua tempat yang kami kunjungi baik, mesra dan menghormati pengunjung. Kalau kita nak ambil gambar mereka buatlah eye contact, buat gaya nak petik kamera. Jika mereka senyum dan bersetuju terus klik!

Myanmar pernah dijajah British dari tahun 1824 sehingga 1948. Selepas 2012 apabila economic sanction ditangguhkan oleh Perdana Menteri British David Cameroon, keadaan ekonomi negara tersebut semakin baik. Pelancongan juga nampak peningkatannya walaupun di Yangon tu bolehlah dikatakan tourist free. Bila tak ramai pelancong maka takdelah orang yang tarik tangan suruh beli itu ini. Aman. Pelancong asing hanya ramai di tempat tertentu most probably disebabkan oleh negative news dan visanya yang mahal. Terasa jugalah membayar USD50 tu.. dahlah untuk 28 hari je.

Sempatlah juga aku temuramah jemaah di Chulia Muslim Dargah Mosque berhadapan Bogyoke Market tu tentang hubungan antara etnik di sana. Menurut mereka tiada masalah dalam menjalankan rutin agama masing-masing malah azan boleh dilaungkan di luar masjid. Sewaktu ke situ dalam pukul 5.40 petang, ramai juga yang sedang menghafaz quran. Sayangnya aku tak sempat solat di sana sebab mengejar waktu untuk event lain yang telah diaturkan. Ada banyak masjid (dipanggil pelly) di Yangon diantaranya Halfmoon Mosque dan Bengale Sunni Jameh Mosque. Kedua-duanya di tengah bandar. Menariknya kami berbual dalam Bahasa Melayu! Nak makanan halal? Carilah di sekitar masjid-masjid ini. Kedai yang ada no "786" tu milik muslim tetapi nampaknya ada juga yang tidak bernombor.

Jika tujuan utama ke Ho Chi Minh City dahulu untuk melihat Malaysia di tahun 1980an dimana jalanraya dipenuhi dengan motorsikal, Myanmar pula kelihatan seperti di 1970an. Suasana padat pendududk di sesetengah tempat, berdebu walaupun jalanraya bertar dan bangunan lama binaan British yang tidak boleh diubahsuai atau dirobohkan sesuka hati mengimbau keadaan di Malaysia puluhan tahun lalu.

Sebelum 2006 hanya basikal digunakan. Kemudian motorsikal baru diimport dari China manakala yang terpakai dibawa masuk dari Thailand. Begitu juga kereta, kebanyakannya yang terpakai dari Thailand. Yang agak mengelirukan di sini banyak kereta yang dengan steering wheel sebelah kanan (mengikut British) tetapi memandu juga di lorong kanan. Sekarang, kenderaan dengan steering di sebelah kiri pula diimport untuk menyesuaikan dengan pemanduan di jalanraya.

Lokasi yang popular di kalangan pelancong ialah kota purba Bagan (ancient city of Bagan), Inle Lake dan Mandalay. Sesungguhnya jika anda dah pergi ke Bagan pasti akan berkata kenapalah ia tak sepopular tourism spot di negara lain? I recommend you to stay at least 3 days 2 nights in Bagan.

Inle Lake seluas 116.3 km persegi dengan 33 perkampungan terapung sangat unik dengan kebun terapung, perusahan tenunan kain dan perhiasan perak selain aktiviti perikanan. Tak sangka boleh tanam tomato, timun, kekacang dan bunga di atas air siap dengan batas tersusun cantik. Homestay pun ada di tengah tasik tu. Naik bot menjelajah kampung pepagi satu pengalaman yang menakjubkan. Dahlah sejuk sepanjang hari CANTIK pula pemandangannya. Reflections rumah di atas permukaan air membuat kami tak berhenti memetik kamera. Cantik sangat!

Cara tradisional menangkap ikan di Inle Lake.

Pakaian kebangsaan
Pakaian rasmi mereka longyi (kain sarung) dipakai kemana-mana seperti mana kita memakai baju kurung dan baju Melayu (walaupun dipakai di hari Jumaat sahaja). Kain sarung wanita juga dipanggil longyi. Selain kain buatan tempatan, kain batik Indonesia banyak dijual di sana. Jadi.... jika anda ada saudara-mara yang menjalankan perusahaan batik, bolehlah cuba penetrate market sana. Rakyat Myanmar 54 juta orang, kalau 75% saja pakai kain sarung dah berapa ramai tu kan? $$$$$$ heheh... Nampak cute pula bila anak-anak bujang pakai kain ke hulu ke hilir. Pernah dulu berangan kalau aku dapat ke Myanmar berdua dengan husband kami nak pakai kain batik dan kain pelikat je berjalan-jalan di sana 😁😁. Aku mungkin pergi lagi, ada yang nak sponsor tak?? Lawa kak blouse batik yang ai pakai kat ancient temple tu.... menyerlah warnanya.


Penggunaan matawang dalam urusan jual beli
Matawang Myanmar ialah Kyat (dibunyikan chiat) tetapi USD juga boleh digunakan dalam perniagaan. Begitu juga euro. Di Malaysia tak tahulah mana money changer yang ada simpan Kyat. Jika tiada tukarlah ke USD dulu dan dapatkan matawang Myanmar di lapangan terbang tetapi pastikan duit kertas USD kita tu tak rosak lansung, tak berkedut, tak berlipat.

Mengikut pengalaman sendiri membeli-belah menggunakan Kyat adalah lebih bagus. Masa kami tukar tu kadarnya:

1 USD = 1301.25 MMK
1 MYR = 334 MMK


Kenapa anda harus ke Myanmar?
1) Kalau yang non muslim tu boleh cuba pelbagai makanan. Bagi yang muslim kena cari di sekitar masjid dan kawasan ramai muslim.

Di Yangon ada satu kedai popular menjual mohinga yang bahan utamanya ialah ikan keli. Memula sup tu rasa pelik tetapi selepas ditambah bawang goreng, daun sup dan lemon baru berselera.

2) Masih ada panggung wayang gambar yang besar macam Rex dulu. Ingat tak Rex di Chinatown KL atau yang depan Pertama Complex tu? Tak tau? alaa... mudanya kau dik.

3) Boleh hop on dari masjid ke masjid di Yangon. Macam bulan Ramadhan pula 😁

4) Naik e-bike explore Bagan yang dipenuhi dengan lebih daripada 2500 ancient temples. Dahlah senang nak ditunggang, senyap dan murah pula. Kadar sewanya dalam USD3-5 sehari.

5) Jika berbajet besar boleh naik hot air balloon. Jikat bajet lebih besar lagi boleh naik yang VIP punya. Namun jika tiada bajet, tengok dari jauh pun subhanallah cantiknya...bila belon panas tu lalu di atas kuil purba yang berselerakan di Bagan.

Naik kereta kuda melawat sebahagian old Bagan.

Pemandangan dari Aureum Viewing Tower.

Pemandangan matahari terbit dari Nyaung Leped Kan.

6) Yang adventorous tu boleh trekking dari Kalaw ke Inle Lake, atau trekking dedekat je. Pilihlah nak yang berapa hari. Pergi time winter takdelah merembes sangat peluh.

7) Boleh melawat pagoda yang terkenal seperti Shwedagon di Yangon yang berusia melebihi 2,500 tahun. Bagaimana orang dedulu buat bangunan boleh tahan hingga ke hari ini tetapi kita dengan segala teknologi tangki air sekolah pun boleh runtuh walau baru 10 tahun? #tetibanakmarah

Shwedagon Pagoda

8) Shopping kain ! Berpinar mata bila masuk ke Bogyoke Aungsan Market. Ada tempat lain juga, nanti kita reveal ya. Gigih I pergi dalam masa sejam di hari terakhir tu.



Persediaan sebelum ke Myanmar
Kita perlu mohon visa dari Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur (atau di negara masing-masing). Nak mudah dan jimat terus apply e-visa from the comfort of your home. Aku hari tu dapat pada hari yang sama dengan kadar yang quite expensive, USD50. Dah dapat tu silalah cetak dan bawa bila ke sana ya. Masa check-in nanti pegawai bertugas akan tanya.

Sewaktu dalam penerbangan krew kabin akan memberikan kita entrance and departure form. Isi sesiap semua bahagian yang diperlukan.


Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Yangon
Malindo, Air Asia dan Malaysia Airlines offer direct flights. Perjalanan akan mengambil masa 2 jam 50 minit sahaja. Masa pergi hari tu flight Malindo tu takde entertainment maka aku pun tidur je lah. Bila terjaga makanan dah terhidang. Lepas makan, tidur. Terjaga lagi sekali bekas makanan dah diangkat. Senang kan hidup? heheheh... Time balik ada banyak animation movie je hmmm... cerite lawan lawan ke crime ke yang English ada satu je kot.

Mengikut statistik, kadar tambang bulan Mac hingga Mei murah, mungkin disebabkan orang tak mahu berjalan dalam suasana panas agaknya. Yangon panaslah, kawasan tanah tinggi tetap sejuk.


Pengangkutan dari airport ke bandar Yangon
Teksi/Uber 7000 kyat


Travel Tips
1) Menurut tour guide kami Win Ko, Cuti sekolah 2018 bermula dari 17 Februari hingga 31 Mei. Pastilah ramai yang akan melancong di waktu ini.

2) Non peak season dari May hingga September. Monsoon barat daya bermula Mei dan menjadi jadi dari Julai hingga September.

Suhu bulan Mac hingga Mei boleh mencecah 40C. Panaih berdengung kata mak mertua aku. Bagan dan Mandalay paling panas waktu ni tetapi kawasan tanah tinggi lebih sejuk.

Peak season: dari September ke bulan Mei terutamanya Disember ke Februari jadi kalau nak naik belon panas buatlah tempahan awal.

3) Yangon - Maha Bandoola Garden, Independent Monument of Myanmar, Municipal Council Building, High Court Building, Bangale Sunni Jameh Mosque dan Sule Pagoda adalah berdekatan.

Bogyoke Aung San Market, Chulia Muslim Dargah Mosque, Super One Hyper Market, Junction City Mall dan panggung wayang adalah berdekatan.

4) Bagan - Waktu matahari terbit adalah paling sesuai untuk menaiki belon panas kerana angin tidak terlalu kuat dan pembatalan adalah minimal. Lagipun pemandangan waktu ini sangat menakjubkan dengan ribuan temples di bawah dengan warna keemasan sinaran matahari. MasyaAllah sangat cantik!


Perkara yang kurang seronok di Myanmar:
Bagi aku bab makanan halal di luar Yangon sajalah setakat ini. Ada, tetapi tak banyak.


Myanmar masih 'tersembunyi' dari pandangan umum. Sangat berbaloi melancong ke sini cuma kita kena pastikan kawasan mana yang kita nak lawati dalam masa yang terhad. Surely I'll blog more about it later insyaAllah.

So stay tune for more stories and great pictures (konon) !😁😁




1 comments so far

wah menarik juga kat sana.. tk pernah sampai sana lagi .

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free