Recents in Beach

header ads

#DekatJe | 10 Lokasi Percutian Menarik di Malaysia Untuk Mengisi Cuti Semester

10 Lokasi Percutian Menarik di Malaysia Untuk Mengisi Cuti Semester | Assalamualaikum and hi! Cuti sekolah kembali lagi and I would love to suggest some places to unwind with your beloved ones. Anak-anak ai pun hendak dibawa mengambil angin terutama yang akan menduduki UPSR dan PT3. Kasihan yang darjah enam tu, dah dua minggu 'dikurung' di sekolah hingga jam 10 malam. 


Mari kita lihat dan rancang percutian bersama-sama ya.

10 Lokasi Percutian Menarik di Malaysia:

1) Taman Burung Kuala Lumpur @ KL Bird Park
920, Jalan Cenderawasih
Perdana Botanical Gardens
50480 Kuala Lumpur
Tel: +60 3-2272 1010
Waktu beroperasi: 9pagi - 6 petang

Tempat ini memang saaaangat bagus untuk kanak-kanak! Burung besar lepas bebas bergerak di dalam 'sangkar' besar. Kita pun berada dalam sangkar itu, the "World's Largest Free-flight Walk-in Aviary"


Jadual aktiviti di KL Bird Park:

Zone 1
Time : 10.30am
Location : Next to Brahminy Land
Activity : Free Fying Bird Feeding


Time : 2.30pm
Location : Brahminy Land
Activity : Eagle Feeding


Zone 3

Time : 11.30am
Location : Hornbill Park
Activity : Hornbill Feeding


Zone 4
Time : 9.30am / 5.30pm
Location : Photo Booth
Activity : Bird Photography

Time : 10.00am / 5.00pm
Location : Flightless Birds
Activity : Ostrich Feeding

Time : 10.00am / 5.00pm
Location : World of Parrots
Activity : Lory Feeding

Time : 12.30pm / 3.30pm
Location : Amphitheatre
Activity : Bird Show

Time : 4.00pm
Location : Waterfall Aviary
Activity : Miky Stork Feeding



KL Bird Park berada di kawasan hijau Kuala Lumpur. Ada beberapa lagi tempat menarik seperti Masjid Negara, Muzium Kesenian Islam, Memorial Tun Abdul Razak dan Memorial Tun Hussein Onn berdekatan. Dari stesen LRT Pasar Seni dan stesen keretapi Kuala Lumpur boleh je berjalan kaki (positif... bakar lemak!). Lebih banyak gambar di sini.


2) Kuala Lumpur FREE Heritage, Cultural & Nature Guided Walk
Yang ini percuma sahaja. Hanya perlu berkumpul di tempat tertentu pada waktu yang ditetapkan. Bagus ni untuk belajar sejarah negara... memang kena sangatlah masanya menjelang Hari Kemerdekaan 31 Ogos ini. Berbaur rasa hati, kagum gembira sebak sedih geram semua ada (kalau dah tahu serba sedikit tentang sejarah Tanah Melayu-Malaya-Malaysia lah).

Usaha ini telah dipelopori oleh Tourism Kuala Lumpur yang berada dibawah Biro Pelancongan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Pelancong diberi empat pilihan iaitu:

1) Kuala Lumpur Heritage Trail
2) Old Kl & Nature Walk
3) Jalan-Jalan at Kampong Baru
4) Kuala Lumpur Night Walk



3) Sky Mirror @ Sasaran, Kuala Selangor
Sky Mirror Tour & Travel Sdb Bhd
15, Jalan Yu 1,
45800 Pekan Sasaran,
Kuala Selangor,
Selangor, Malaysia.
Tel: +6019 266 6665 (YM Lim)
Email: skymirrortour@gmail.com
Web: https://www.facebook.com/skymirrortour/

Sangat unik! Fenomena yang berlaku hanya kira-kira 10 hari dalam sebulan di waktu yang berlainan. Tempahan pakej adalah wajib. No walk-in okay. Tips sebelum ke Sky Mirror ada di sini.



4) The Shore Toy Museum
Tingkat 1, The Shore Shopping Gallery
193, Pinggiran Sungai Melaka
Jalan Persisiran Bunga Raya
75100 Melaka
Tel : 06-2829966

Waktu beroperasi:
10.30 pagi hingga 9 malam. Kemasukan terakhir jam 8 malam.

Harga tiket :
Dewasa : RM30 seorang
Kanak-kanak : RM20 seorang


Selain Toy Museum, ada 3D Interactive Park, Oceanarium Melaka, The Sky Tower Melaka, Sky Deli dan River Quay Dining & Lounge. Sebelah Kampung Morten tu aje. Lebih banyak gambar di sini.

Dari Sky Tower tu kita boleh nampak kawasan Bandar Hilir. Jika kita menyewa hotel di kawasan tersebut, tak perlu bawa kereta, berjalan je lah ke semua tempat. Dari A Famosa, istana, Jonker Walk dan lain-lain. Dah penat kita naik Melaka River Cruise.


5) Bandaraya Ipoh
Aku pernah blogkan dulu Tempat-tempat Menarik di Ipoh. Ipoh istimewa dengan tinggalan sejarah dan MAKANANNYA. Tak perlu risau kalau hotel tak include breakfast sebab kita boleh jalan jalan cari makan di sana. Setiap pagi Ahad ada flea market. Nak senang naik ETS je dari KL Sentral. Habis explore Ipoh naik ETS lagi sampai Padang Besar pula heheh..


6) Flying Fox di Gua Kandu, Gopeng
Minat anak remaja tak sama dengan anak-anak bersekolah rendah. Mereka selalunya lebih sukakan sesuatu yang adventurous. Eloklah kita galakkan supaya mereka menjadi aktif dan belajar menikmati serta menyayangi negara sendiri. Galakkanlah anak-anak lelaki menjadi 'jantan' dengan aktiviti lasak. Bimbang juga kan bila memula mendaftar semester satu di universiti elok je lelaki, masuk semester dua dah meliuk-liuk hmmm...

Selepas flying fox kita sambung tubing di Sungai Kampar. Syok sangat aihh.. ada beberapa pengendali pakej diantaranya Nomad Adventure dan Radak Adventure. Kiranya satu hari tu habis di Gopeng sajalah. Ipoh dan Gopeng lebih kurang sejam je jaraknya.

Ada orang tu kan.. dia kata, "telur saya dah hilang ni kak" hahahahah... dalam debar dan takut dia terpaksa juga buat flying fox ni sebab nak patah balik pun bukan senang. Ya Allah best sangat!

Selain Gua Kandu, Gua Tempurung juga tak kurang menariknya untuk dilawati. Tiket masuk pun murah.


7) Berehat di Pulau-Pulau Terengganu
Negeri Terengganu dianugerahkan pulau-pulau yang sangat cantik dengan air yang jernih dan hidupan laut yang banyak dari pelbagai spesis ikan. Tidak adil untuk mengatakan hanya Pulau Redang sahaja yang indah. Pulau Perhentian Kecil, Pulau Perhentian Besar, Kapas, Tenggol, Gemia.. sekadar menyebut yang diketahui. 

Pulau Tenggol terkenal menjadi lokasi penyelam skuba. Begitu juga Pulau Bidong. Jika tak sanggup pergi jauh ke tengah laut berehat sahaja di Pulau Kapas, hanya 15 minit menaiki bot dari jeti Marang. Bulan Oktober hingga Februari pulau-pulau ini akan ditutup akibat angin monsun jadi ambillah peluang cuti sekolah seminggu ini untuk ke sana.

Snorkeling di Taman Marin Pulau Pinang, berhampiran Pulau Redang. 

Gambar sewaktu mencandat sotong di perairan Pulau Redang. Kalau minat memancing boleh sewa bot.

Dah nak pilihanraya ni kan banyak betul rombongan ke Kelantan dan Terengganu tetapi bila ke Terengganu tu balik balik pergi Pasar Payang dan Masjid Kristal. Banyak lagi lokasi pelancongan menarik di negeri yang satu ini... ada Lorong Seni di Kampung Cina, boleh berkayak di Kuala Berang, ada muzium yang terbesar di Asia Tenggara... boleh tengok Batu Bersurat di dalamnya... ada Tasik Kenyir, elephant sanctuary... eh banyak lagilah.


8) Kundasang, Sabah.
Tak perlu diperkenalkan lagi kot? Jika trip anda 4 hari 3 malam ke Kota Kinabalu, ai cadangkan untuk tidur dua malam di Kundasang. Suasananya nyaman dan sejuk serta terlalu banyak tempat yang boleh dilawati. Kalau bebudak ni dah 'tersangkut' di Hot Spring, mereputlah kita menunggu mereka habis mandi. Jangan tak naik pula canopy walk tu. Huh best, berayun-ayun! 😅

Sayuran pun segar dari ladang. Campurkan salad, tomato ceri, stroberi, kismis dengan Thousand Island Sauce je pun kemain sedap. 

Sila baca di sini untuk cadangan percutian anda di Kota Kinabalu - 13 Tempat Percutian Menarik di kota Kinabalu.

Desa Cattle Farm di Kundasang. Macam kat New Zealand uols...


9) Berehat di Eco-Edutourism Hutan Simpan Sungai Menyala
Jadikan tempat ini sebagai base untuk melawat berbelas lokasi pelancongan menarik Di Port Dickson. Jika kita ni sejak dulunya tinggal di bandar, tinggal di rumah pangsa/apartment/kondominium... pasti akan terasa betapa nyamannya dikelilingi kehijauan. Bilik dan dorm disediakan, boleh juga pasang khemah dan buat bbq. Lebih banyak maklumat di sini.

**Zaman ini hanya orang kaya sahaja mampu tinggal di celah pokok. Kalau tak percaya pergilah melawat kawasan perumahan elit di bandaraya

Jangan lupa untuk ke perkampungan orang asli Bukit Kepong. Bersih kampungnya dan rumah indah bercat malah pokok orkid hidup segar dan cantik dari spesis yang berlainan. Pepandailah bawa diri bila masuk ke kampung orang ya.



 10) Menonton Kuala Lumpur Sea Games 2017
Tak nak pergi jejauh? Jom kita support our athletes in Sea Games! Bukan selalu dapat tengok temasya sukan kali ke-29 ni kan? As of now we are still leading. Harap harap #KitaJuara !


Cuma nak pesan, atlit tu menteri ke...raja ke... rakyat marhain ke... kita SOKONG je semua. Para atlit dan pegawai tu dah bersusah payah berkorban masa dan tenaga untuk menaikkan nama Malaysia, supaya Malaysia menjadi hebat dalam sukan. They have cracked their head, injured their body so that we can feel great again. Tak payahlah kita berbalah perkara yang tidak perlu di waktu ini. Kita kan rakyat Malaysia? Orang luar tak tahupun kita ni orang Selangor ke.. orang Perak ke... orang Johor ke... yang mereka lihat kita semua ni adalah RAKYAT MALAYSIA. Lainlah kalau dah keluar dari Malaysia. 


Hah apa lagi? Packing lah cepat.


Post a Comment

0 Comments