13 Tempat Percutian Menarik di Kota Kinabalu

Tempat-Tempat Menarik di Kota Kinabalu | Selamat bercuti ! Selamat bercuti ! Selamat bercutiiii ! Seronoknya bebudak hujung tahun ni. Dah ada perancangan nak kemana-mana? Atau, hendak menambah lokasi percutian sebab mak ayah pun nak menghabiskan cuti tahunan? 

Kali ni nak suggest ke Kota Kinabalu. Sabah ialah negeri yang paling aku suka untuk bercuti sebab ada terlalu banyak produk pelancongan untuk diterokai. Baik daratan, lautan dan gunungnya sangat mengagumkam. Bawah lautnya lagilah, tak terkata indahnya. Subhanallah.

Untuk kemudahan bersama kita fokus kepada Kota Kinabalu dulu ya. Nak pergi seluruh Sabah dalam masa seminggu jenuh yeop! Katakan kita nak bercuti empat hari sahaja aku cadangkan tidur dua malam di Kundasang, baru seronok. Sejukkkkkk...

13 Tempat Percutian Menarik di Kota Kinabalu

1) Pulau Manukan, Sapi dan Mamutik.
Ketiga-tiga pulau ini agak dekat dengan tanah besar. Kita boleh pilih untuk ke sebuah pulau sahaja atau pergi ketiga-tiga buah pulau tersebut untuk snorkelling, mandi-manda, bersukan atau sekadar merehatkan badan. Pasir memutih dengan airnya yang jernih... perghh..

Untuk ke pulau tersebut sila dapatkan bot di Jesselton Point. Seeloknya jangan terus terkam kaunter yang pertama kerana kekadang kita akan dapat best deal di kaunter yang tengah. Snorkelling set dan life jacket lain harga. Sila pastikan pukul berapa mereka akan menjemput kita pulang.


2) Tamu Gaya di Gaya Street.
Tamu Gaya seakan-akan pasar tani yang banyak terdapat di semenajung Malaysia. Berbagai barangan seperti makanan, barangan kraf, servis mengurut kaki dan sebagainya dijual di sini. Ia hanya diadakan pada hari Ahad sahaja.


3) Pasar Filipina
Dinamakan sedemikian kerana dimulakan oleh migran Filipina lama dahulu. Pasar ini menjual barangan kraftangan hasil buatan berbagai suku kaum di Sabah. Yang paling banyak dijual sudah tentunya barangan perhiasan wanita seperti batu permata, mutiara, batik, t-shirts dan cenderahati.
Terletak di waterfront antara pasar buah dan pasar basah, ia merupakan tempat yang sesuai untuk membeli-belah sebelum pulang.


4) Signal Hill Observatory Platform
Terletak di kawasan paling tinggi (dah tentulah kan hehe..), ia tempat yang sesuai untuk melihat sebahagian bandar Kota Kinabalu. Hanya beberapa minit berkereta dari Padang Merdeka. Kalau naik teksi kena RM10-15 lah juga.


5) Lok Kawi Wildlife Park
Waktu beroperasi: 9.30am - 5.30pm | Tiket dewasa: RM10
Ia terletak di jalan lama Penampang-Papar dan dibahagiakan kepada dua komponen iaitu zoologi dan botani. Dengan menjadikannya taman untuk keluarga, zoo kanak-kanak telah diberikan keutamaan. Diantara binatang yang dipelihara di sini ialah Borneo Pygmy elephants, monyet Proboscis yang menjadi maskot Tourism Malaysia, harimau Malaya dan juga beberapa spesis rusa.

Nak jungle trekking sejauh 1.4km pun boleh. Berjalan dengan anak-anak di sini sampai belajar secara santai memang seronok. Bawalah mereka berjalan tempat-tempat begini semasa mereka kecil, bila dah remaja kita cakap Jom pergi zoo! Dia akan balas balik hah, pergi zoo?? hehe..

Masa ke sini dulu aku sedang mengandung 7 bulan. Ya Allah mengah! Melayan anak punya pasal. Saja aku try minta tiket OKU tapi tak berjaya hehehe..


6) Masjid Likas
Masjid in terletak kira-kira tiga kilometer dari bandar Kota Kinabalu, jalan yang sama menuju ke Universiti Malaysia Sabah. Masjid ini mampu memuatkan sekitar 9,000-12,000 jemaah dalam satu-satu masa melebihi kapasiti yang mampu ditanggung oleh Masjid Negeri.

Berhampiran laut, masjid ini kelihatan terapung diatas lagun yang dibina di sekelilingnya. Bila bulan mengambang penuh lagi cantik.

Kepada yang tak mampu menyewa kereta tu naik saja nas no 5A.


7) Coral Flyer
Ya Allah best nya ziplining dari Pulau Gaya ke Pulau Sapi! Dari pulau ke pulau tu... 250m. Tak pernah lagi buat flying fox sejauh tu. Cuba bayangkan excitement, thrill dan keindahan laut di Taman Tuanku Abdul Rahman dan hutan, wallawehhh..!

Berlepas dan ketibaan bermula di Jesselton Point Jetty.

Coral Flyer

Coral Flyer
Sumber di sini.

Memandu selama 2.5 jam dari Kota Kinabalu kita akan sampai di Kundasang/Ranau dimana terletaknya Kinabalu Park yang tersenarai dalam UNESCO World Heritage Site. Di sini lagi banyak produk pelancongan yang menarik.


8) Rumah Terbalik
Apa yang anda ingat dengan nama Tamparuli? Jambatan? Takdelah besar benar jambatan tu. Yang lebih menarik ialah www.upsidedownhouse.com.my yang beralamat di Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli, daerah Tuaran. Nak pergi ke Gunung Kinabalu kita kena lalu Rumah Terbalik ini yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Merupakan sebuah rumah kampung yang serba lengkap hiasan dalamannya tetapi dipasang secara terbalik termasuklah kereta. Jangan risau nak bawa ahli keluarga yang berkerusi roda kerana ianya wheelchair friendly.


9) Kinabalu Park
Owh ini mungkin anugerah terhebat yang kita ada. Sangat indah dan nyaman di sini. Kita boleh buat jungle trekking  bersama keluarga. Kepada yang lebih adventurous boleh mendaki Gunung Kinabalu. Untuk pendakian, pastikan mountain guide (malim gunung) anda berlesen dan daftar dulu ya kerana jumlah pendaki dihadkan dalam satu-satu masa.

Bawa anak-anak jungle trekking di sini, seronok! Ala.. paling jauh 1km je...


10) Kundasang War Memorial.
Tempat untuk mengimbau sejarah pendudukan Jepun di Sabah. Bagaimana tragisnya askar British yang menjadi tawanan tentera Jepun yang dipaksa berjalan kaki dari Sandakan. KWM bukan kubur tetapi taman peringatan yang cantik dengan senarai nama-nama perwira yang gugur.

Setiap tahun ada saja keluarga tentera ini yang akan melawatnya. Terletak di kawasan berbukit, pemandangannya sungguh indah menghadap Gunung Kinabalu dan kawasan penanaman sayuran di Kundasang.



11) Desa Dairy Farm
Ladang penternakan lembu ini sangat cantik. Pernah sekali dulu aku datang semasa dedaun bertukar merah. Tidaklah semua tetapi dapatlah juga bergambar berlatar belakangkan daun yang macam dalam musim luruh tu. Iklan susu yang keluar kat tv tu shoot kat sini jer... bukannya di New Zealand pun.

Jangan lepaskan peluang ke sini okay. Tak lengkap lawatan ke Kota Kinabalu tanpa ke Desa Dairy farm. Sila lihat gambar di sini dan di sini.



12) Tagal Sungai Moroli di Kg Luanti
Bermain dengan ikan sebesar betis. Tak nak cakap banyak, wajib pergi ! Sila lihat gambar di sini.


13) Ladang Teh Sabah Tea
Sabah Tea ialah teh organik yang ditanam di Ranau. Terletak bersebelahan dengan Tagal Sungai Moroli Kg Luanti, penginapan juga disediakan di sini disamping factory tour. Restoran pun ada.



Itu sahajalah buat masa ini ya. Cukuplah tu setakat 4 hari 3 malam di Kota Kinabalu. Untuk melihat penginapan bajet boleh baca di sini tetapi... banyak je hotel/resort yang best di sana.

18 comments

bnyk ya tempat menarik di KK.. saya penah p dua ja... Kinabalu park and tea platation...hehehe...

Saya teringin nk solo trip di KK CNY ni insyallah

Sye jg akan ke sabah nnti..bgaimane ya advise nye utk transport klu kte mau ke semua tmpt spt dlm blog kamu ni..

Bgaimana ya advise nye utk transport klu kita di kk mau ke kundasang n sbgainya

Nur Ezzani,

Kebiasannya sewa van 10 tempat duduk rm250 sehari jika dipandu sendiri. Jika kita memerlukan driver dikenakan bayaran tambahan rm100 sehari. Sewa kereta lebih murah.

sapa2 yang nak cari driver,untuk jalan2 d sabah,kamu boleh call 0168296075..tapi kena cari kereta sewa duluya....

Assalamualaikum puan, boleh beri pandangan, kereta apa yg sesuai disewa di sana utk 4 dewasa? anggaran harga sewa sehari berapa? puan booking dahulu ke or sampai sana baru cari kereta? TQ

Elok naik Avanza, lbh selesa dan ada certain resort/homestay tu mencanak naik. Kalau drive sendiri biasanya rm250 sehari.

Saya book dari sini

Elok naik Avanza, lbh selesa dan ada certain resort/homestay tu mencanak naik. Kalau drive sendiri biasanya rm250 sehari.

Saya book dari sini

Sis... sia pergi semua,tempat di atas ? Cukup tak kalo pergi semua diatas 5days?

5 hari ngam dah tu. Tidur 2 mlm di Kundasang. Blh refer post lain utk tmpt2 menarik di Kundasang

5 hari ngam dah tu. Tidur 2 mlm di Kundasang. Blh refer post lain utk tmpt2 menarik di Kundasang

Ohh...t.Kasih...lawa sungguh view dr tingkap rumah tu.

tourist guard or driver. Zam 0172272194.

macam mana kalau nk bawak ibu saya yg berkerusi roda?

Selain pasar Filipina, Gaya Street, Signal Hill dan Rumah Terbalik, banyak tempat yang tak mesra OKU/kerusi roda :(

Asalam nak tnya. Brapa budget seorang yng akak pegi ni? boleh share tak?

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free