Hidden Gem In Selangor | Sky Mirror @ Sasaran is A-M-A-Z-I-N-G !

Hidden Gem In Selangor | Sky Mirror @ Sasaran is A-M-A-Z-I-N-G ! Sebenarnya tak sabar sangat hendak bercerita tentang betapa indah dan uniknya Pantai Sasaran. Sejak setahun lalu banyak sekali bertebaran gambar-gambar pelbagai aksi di media sosial sehingga sering terdetik, bilalah nak sampai ke sana?


SKY MIRROR ialah satu fenomena alam seakan-akan di Salar de Uyuni, Bolivia. Bezanya tiada garam di sini. Ia terletak 30 minit perjalanan menaiki bot dari Jeti Sungai Buluh di Jeram, Kuala Selangor, ke tengah Selat Melaka.

Fenomena ini terjadi apabila air di kawasan tersebut (di tengah laut-) surut. Kita sebenarnya berdiri di dasar laut yang terdedah di permukaan yang luasnya menjangkau 50 padang bolasepak. Sangat luas ya. Semua faham kan bahawa di lautan juga ada bukit, gunung, pertembungan air tawar dan masin serta pelbagai lagi. Sewaktu air menipis ia memberikan refleksi kepada objek yang berada di atasnya sebagaimana cermin dimana jika anda pandai pose memang aummm lah gambarnya.

Kejadian ini berlaku hanya kira-kira 10 hari dalam sebulan di waktu yang berlainan. Tempahan pakej adalah wajib. No walk-in okay.

"Kejadian fenomena air pasang-surut merupakan lumrah alam ciptaan Allah s.w.t. Kejadian pasang-surut juga dikenali sebagai naik turun paras air laut yang berpunca dari tarikan graviti bulan, matahari serta putaran bumi. Faktor kedudukan bulan dan matahari dengan bumi serta putaran bumi mempengaruhi naik turun paras air laut setiap hari. Mana-mana bahagian bumi yang berhadapan dengan bulan akan mengalami air pasang. Ini menyebabkan graviti yang menarik air laut ke atas. Graviti matahari turut mempengaruhi air pasang, tetapi disebabkan jarak bumi dan matahari lebih jauh, kesannya lebih kecil."- Cancelori Universiti Malaysia Terengganu.

Pantai Sasaran @ Sky Mirror bukanlah pantai sebenar. Nampak macam pulau pun iya juga. Ia terjadi apabila air di kawasan tersebut surut sehingga mendedahkan dasar lautan. Lokasi tersebut telah lama diketahui para nelayan dan penduduk kampung berdekatan cuma ia tidak dikomersilkan. Best kept secret sedangkan pekan Sasaran hanyalah sejam dari Kuala Lumpur. Memang secret betul kan selama ini? Sehinggalah tahun lalu tetiba pula viral lokasi ini apabila sekumpulan media dan jurugambar dibawa ke sini untuk mengambil shots yang menarik.

Kami menaiki bot jam lapan pagi. Melalui kawasan paya bakau, perjalanan ke tengah laut dihias dengan pemandangan camar yang begitu banyak. Haiwan seperti juga manusia. Pepagi keluar mencari rezeki senja nanti pulang kembali ke habitat memasing. Menurut tour guide kami, terdapat empat jenis camar di sini tapi taklah aku bertanya pula namanya. Oh ya jangan lupa eh, kalau nak uk uk ke nak pee pee ke buat sesiap di jeti nelayan tu. Di 'pulau' luas terbentang tu nanti kat mana nak mencangkung? Dan pesan TG kami lagi, please don't take anything except beautiful pictures. 


Turun sahaja dari bot kami terus berjalan ke tengah pulau yang hanya muncul beberapa kali dalam sebulan. Sebelum pergi tu book dulu ya sebab bukan setiap hari pulau tu muncul. Sambil berjalan tu pandanglah ke bawah kerana ada sea creatures yang biasa kita jumpa sudah mati di darat, sedang bergerak perlahan di dasar lautan yang terbuka tu. MasyaAllah! Siput, ketam, udang dan beberapa jenis lagi yang ai donno namanya.



Bila berada di sana ambillah seberapa banyak gambar yang boleh dengan aksi menarik. Be creative! Pihak pengendali pakej iaitu Sky Mirror Tour and Travel Sdn Bhd  juga akan menyediakan props. Their photographer will tag along too. Selain waktu pagi, ada juga sunset trip dikendalikan mereka tetapi hari kejadiannya tak banyak, slot sangat terhad dan matahari terbenam itu pun 30 minit sahaja. Mencabar juga nak adjust time adjust kamera segala. Harga pakej pun lebh RM30 daripada biasa.





Fuhhh model letops unclezuan.com


Blogger Indonesia

 Pulang marilah pulang.. Sewaktu kami pulang air semakin surut. 

Kita akan dibiarkan di sini selama 1 jam 30 minit. Selepas itu kita kan dibawa ke Pulau Jemur untuk melihat bagaimana menuai tiram. Peserta dari bot lain dapat tengok. Oleh sebab kami lambat jadi kami tak turun dari bot. Kami tak terkilan sebab..... kami dapat tengok dolphin! Bertuah sangat! Rugilah siapa yang naik bot lain tu 😈
Macam di Bali tapi air laut Bali biru 😔. Sila ke sini untuk melihat dolphin di Bali.


Berapa lama pakej Sky Mirror?
Pakej ke Sky Mirror hanya setengah hari sahaja. Hah, taklah sampai half day di sana... mau rentung dok tengah laut tu huhu... Anak aku pun hairan kenapa muka dan telinga tak sama warna hahahh... Tak ler... selain ke Sky Mirror kita juga akan dibawa ke Pulau Jemur dan kalau bernasib baik dapat melihat ikan lumba-lumba. 

Pihak SMTT juga akan menyediakan snek dan air mineral. Dalam trip kami ni disediakan juga nasi lemak daun pisang yang sedap. Untuk mengetahui jadual perjalanan silalah berhubung dengan SMTT ya. Trip ke Sky Mirror @ Sasaran hanya sekali sehari.

Harga pakej bagi pemegang MyKad : RM80 seorang
Harga pakej bagi pemegang MyKid : RM60 seorang (3-12 tahun)


Tips untuk ke Sky Mirror @ Sasaran:
1) Kita pergi ke laut jadi pakailah pakaian yang ringan dan berwarna-warni. Pakai juga selipar supaya senang mencuci kaki nanti.

2) Dah bagi tau tadi kan, sila kosongkan 'tangki' sebelum menaiki bot.

3) Sapukan sun burn lotion.

4) Bawa props seperti colourful umbrella, topi, belon dan lain-lain. Pihak SMTT juga ada sediakan props yang bersesuaian.

5) Jika menyewa hotel/homestay di Kuala Selangor elok tinggalkan saja barang yang kurang penting di sana. Bawa diri dan kamera sahaja unless you bawa dry bag bolehlah diletakkan di atas permukaan basah tu.

6) Cari idea untuk bergambar atau mengambil video sebelum ke sana. Boleh tengok di instagram @GayaTravel dan facebook SMTT.

7) Untuk gambar yang cantik dan jelas sila pastikan lapisan nipis air tidak berombak. Jarak jurugambar dan subjek juga perlu diambil kira supaya bayang jurugambar tak termasuk sekali. Kalau waktu tu langit berawan lagilah dramatik gambar tu nanti.

8) JANGAN LUPA TEMPAH SEAT. Kekadang during weekend 30 bot pun penuh. Setakat ini hanya Sky Mirror Tour and Travel Sdn Bhd sahaja yang mendapat lesen mengendali di Sasaran walaupun ada beberapa operator lain menawarkan pakej yang sama. 


Bagaimana untuk menempah tempat?

Sky Mirror Tour & Travel Sdb Bhd
15, Jalan Yu 1,
45800 Pekan Sasaran,
Kuala Selangor,
Selangor, Malaysia.
Tel: +6019 266 6665 (YM Lim)
Email: skymirrortour@gmail.com

2 comments

happy sangat bisa ke SKY MIRROR, nak lagi dan lagi. Tapi panas sangat yaa, kalau terlupa pakai sun burn lotion bisa hitam kulit. Next, bila ada kesempatan ke Malaysia lagi, nak lagi ke Sky Mirror :)

Memang best! Saya pun nak datang lagi. Mungkin hanya dua tempat saja ada spt 8tu di dunia.

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free