17 Tips Memandu Di Thailand. Lesen Memandu Malaysia Laku Ke?

17 Tips Memandu Di Thailand. Lesen Memandu Malaysia Laku Ke? Kebelakangan ini banyak pertanyaan mengenai boleh atau tidaknya kita memandu kereta atau menunggang motorsikal di Thailand tanpa menggunakan Lesen Memandu Antarabangsa (IDL). Soalan bertalu-talu melalui emel dan panggilan telefon telah menyebabkan Tourism Authority of Thailand mengambil inisiatif untuk memberikan penjelasan supaya kita mendapat informasi yang tepat.


"Amazing Self Drive To Thailand Briefing" telah diadakan di Cititel Mid Valley dengan membawakan Police Attache of The Royal Thai Embassy, Lt Col Amornpong Sommanawan, Chairman of Malaysia - Thailand Rider club, Sunthorn Noibunma dan perkongsian pengalaman oleh Steven Ng, Secretary General of Motoring Association of Malaysia. Majlis telah dirasmikan oleh HE The Ambassador of Thailand to Malaysia, Damrong Kraikruan. Mereka ini adalah orang yang layak untuk memberikan penjelasan dan pandangan, first hand information.

Sumber di sini.

Thailand itu negara lain, bukannya kampung kita
Menurut Duta Thailand, 3.6 juta rakyat Malaysia ke negara gajah putih tersebut tahun lalu. Di imigresen Bukit Kayu Hitam sahaja purata 1000 kenderaan Malaysia melaluinya setiap hari. Banyaknya... apa yang mereka buat beramai-ramai ke Thailand tu?

Ramai suka memandu ke Siam (nama lamanya) kerana ia dekat dengan Malaysia malah ada diantara kita mempunyai hubungan keluarga dan bisnes di sana. Pemandangan dan lanskap negara tersebut juga membuatkan ramai suka melancong dengan memandu ke sana. Tambahan pula mereka juga memandu sebelah kanan jadi takdelah kita keliru. Dari Baling ke Betong baru 40 minit, itu sebab aku cakap hari tu bila melawat Tempat-tempat Menarik Di Baling bawa passport sekali, boleh lajak terus ke Betong, Thailand. Pergi obersi terus! Kalau suami/isteri lahir di Kedah/Perak/Perlis/Kelantan boleh buat border pass untuk anak-beranak... murah je tak sampai RM50. 

Jalanraya di sana elok tapi tak boleh merempit laju sebab ia melalui kawasan komuniti di sepanjang jalan. Bukan macam kita dibina highway di kebanyakan tempat. Baru gerak dari rumah dah kena tol, hawau. Nasib baik MRR di Seremban ni free. Lebuhraya bertol hanya dikenakan di Bangkok. Satu je rasanya.

Di sesetengah tempat divider jalan lebar dan ditanam pokok. Tujuannya, jika kemalangan kereta dari lorong sini tak terbabas hingga ke lorong bertentangan.

Kata Lt Col Amornpong Sommanawan, pemandu di Malaysia lebih baik sebab pakai helmet. Eh best apa tak pakai helmet kat Krabi/Phuket/Koh Samui 😂😂😂 berangin kepala macam dalam filem omputeh tu hahah.. itulah yang best kat Thailand. 


Di mana pintu masuk Malaysia-Thailand?
Ini senarai jalan darat eh, yang ada Pejabat Kastam dan Imigresen. Nak masuk secara haram melalui sungai atau hutan tu pepandai sendirilah, kalau tertangkap dapat makan percuma tiga kali sehari.

Su-Ngai Golok Boundary Post

Terdapat enam pintu masuk ke Thailand:
1) Wang Kelian, Perlis / Wang Prachan, Satun Province
2) Padang Besar, Perlis / Padang Besar, Songkhla Province
3) Bukit Kayu Hitam, Kedah / Ban Dan Nok, Sadao District, Songkhla Province
4) Pengkalan Hulu, Perak (Keroh) / Betong, Yala Province
5) Bukit Bunga, Jeli, Kelantan / Ban Buketa, Waeng District, Narathiwat Province
6) Rantau Panjang, Kelantan / Sungai Kolok District, Narathiwat Province
7) Pengkalan Kubur, Kelantan / Takbai, Narathiwat Province

Menurut Mr Damrong Kraikruan tiada border office yang sebaik sempadan dengan Malaysia ni. Jalanrayanya bagus dan berada berada di tempat rata.


Dokumen yang diperlukan untuk memandu sendiri di Thailand
1) Passport Malaysia yang sah lakunya masih berbaki sekurang-kurangnya ENAM BULAN. Kiralah bila balik ke sini semula masih ada enam bulan lagi ke tidak.

2) Geran kereta yang asli. Mau yang original sahaja eh. 
Walaupun ada yang kata geran fotostat yang disahkan JPJ atau PDRM pun boleh digunakan, on the book nak yang ori saja. Kalau lepas juga mengikut Thai imigration officer's discretion lah tu. 

3) 3rd Party Thai insurance (Porobo)
Insurance pihak ketiga ini boleh dibeli di border, harga berbeza untuk sedan dan pick-up. Insurance pihak ketiga ni coverage tak tinggi.

"CTPL stands for Comprehensive Third-Party Liability and it is the insurance that is legally required for you to drive your car in Thailand according to the motor vehicle injury act of 2535. It acts as the initial cover for all members involved in an accident; from persons in or outside the vehicle, pedestrians, passengers, and drivers.

Because the fees for CTPL range between 645-970 baht, the government can only guarantee coverage for people but not any assets that may have been damaged. Only voluntary policies will cover damage to third party assets." - https://www.frank.co.th/en/car-insurance/ctpl-insurance

Jika anda sering berulang-alik ke sana seeloknya beli Voluntary Insurance yang lebih komprehensif. Hubungi The Office of Insurance Commission di nombor 1186 jika terdapat sebarang pertanyaan.

4) Memiliki Lesen Memandu Malaysia atau Antarabangsa
Untuk makluman, lesen memandu yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan adalah LAKU/VALID digunakan di Thailand dan mana-mana negara Asean kerana ada perjanjian bersama diantara negara.

5) Authorization Letter jika memandu kenderaan orang lain.


17 Tips Memandu di Thailand
Menurut Mr Sunthorn Noibunma (Micky), jalanraya Thai adalah kedua paling bahaya di dunia. Jadi...
1) Ambil gambar kereta kita dan yang unik mengenainya. Simpan dan hantar juga kepada kawan/saudara yang mudah dihubungi. Perkara ini penting dalam kes kecurian kenderaan. Contoh, sun blasting di kiri kanan tingkap belakang tu (sun ke sand?). Jika hilang lebih mudah untuk proses siasatan sebab sun blasting tiada di kenderaan Thai. Contoh lain, ada tanda tertentu di tempat duduk ke...

Jika kereta hilang, buat laporan polis dan hubungi konsulat Malaysia di sana.

2) Bebawaklah bersabar dan bertoleransi di jalanraya ya. Jangan menunggang motor atau memandu macam syaitonnirrajim. Orang sana tak suka dihon apalagi ditunjukkan jari tengah. Jaga adab masuk 'rumah orang'.

3) Oleh kerana jalanraya melalui kawasan perumahan dan kampung serta hutan, ia dikongsi bersama ayam itik lembu vavi. Kelajuan di kawasan kampung biasanya 50-60kmj manakala di bandar 90-120kmj. Susah jugak nak test speed sampai 180kmj macam kereta Singapura masuk Malaysia.

Lembu ni macam kek kampung den jugak, tak school suka duduk atas jalanraya.

4) Pastikan kita memeriksa kenderaan yang kita sewa sebelum menandatangani surat perjanjian. Check lampu berfungsi ke tidak, side mirror satu ke dua bla bla bla..

5) Di lampu isyarat biasanya kita boleh terus membelok ke kiri jika selamat.

6) Di sana kurang tanda amaran, signboard dan lampu jalan. Sebaiknya elakkan bergerak malam. Manalah tahukan ada dahan pokok atas jalan, bahaya kepada penunggang motorsikal.

7) Jika kita membuat u-turn di fly over, kita akan terus gunakan lane kanan dan bukannya ambil left lane seperti di sini.

8) Jangan terlalu bergantung dengan GPS. Masalah nanti di jalanraya bertingkat. 

9) Jika kereta kita perlu ditinggalkan melebihi tempoh insurance yang kita ambil, sila maklumkan kepada polis dan kastam. Jika tidak kita akan dianggap overstay dan didenda beribu baht setiap hari sehingga tarikh kereta diambil.

10) Jika berlaku kemalangan, call polis Thai di nombor 191. Cakap perlahan-lahan ye because English is not their main language. Selalu ada masalah bila kemalangan sebab ayam dengan itik yang bercakap. Yang kena langgar cakap begitu yang melanggar tak boleh nak defence diri sendiri.

11) Jika berlaku kemalangan JANGAN LARI. Kita kan dah beli third party insurance. Jika kita masih boleh berjalan turuti orang yang kita langgar itu ke hospital. Tunjukkan kita mengambil berat dan akan bertanggungjawab. Jika kita lari nama kita akan diletakkan dalan "wanted list" dan siaplah kau masuk penjara. Tak dapek nak sembang tepi dah. Dengan adanya insurance tu kita balik Malaysia pun tak apa.

12) Walkie Talkie adalah DILARANG. Ia peralatan sensitif yang dikawal tentera. Jika kita perlu membawanya (biasanya ketika berkonvoi), permohonan lengkap dengan jenis model, warna dan frekeunsi mestilah dihantar kepada Tourism Authority of Thailand. Pihak TAT akan menghantar untuk kelulusan daripada Kementerian Komunikasi/Tentera di Thailand. Pemilikannya perlukan lesen dengan had kekuatan 260-280 Mhz sahaja. Public hanya dibenarkan menggunakan yang berwarna merah sahaja.

Denda THB50,000 jika melanggar peraturan dan hanya boleh dilunaskan di mahkamah. 

13) Bagi yang berkonvoi cuba elakkan menggunakan perkhidmatan police escort. Try to blend in. Kata nak melancong tengok negara orang kannn... kita tak nak local peoples rasa terganggu. Lagipun polis pengiring tu mampu jaga lima kereta di depan je, yang berbelas berpuluh kat belakang tu? Ish.. cikgu pun pening nak jaga murid sekelas oii.

14) Always check updated law.

15) Jenis jalan negeri atau highway dibezakan dengan berapa digit nombor di papan tanda.

16) Borang TM2 mesti diserahkan apabila kita nak keluar dari Thai. Bawa geran sekali. Borang-borang TM2, TM3, TM5 diberikan PERCUMA.

17) PENTING! Simpan nombor kedutaan dan pejabat konsulat.


Apa yang perlu dibuat jika polis insist International Driving License?
Sila ke balai polis untuk membuat penjelasan atau laporan. Polis trafik tiada hak untuk menyimpan kunci kereta/motor kita. Mungkin mereka tak aware dengan perjanjian memandu di negara Asean.


MAKLUMAT PENTING
Memiliki dadah adalah serious offence. Membawa daun ketum sama je macam bawa ganja walaupun ianya digunakan dalam perubatan tradisional. Penjara 20 tahun jika disabit kesalahan.

Mengambil gambar tentera bertugas? Pastikan tidak tertangkap ok. Karang kena 'simpan' dua minggu. 

Rokok elektronik (e-cigarette) adalah DILARANG. Jika disabitkan kesalahan denda THB50 ribu dan penjara lima tahun. Bagi penjual pula denda THB1 juta dan penjara 10 tahun.

Visa on Arrival (VOA) akan ditukar pada 1 Oktober 2017. Kena caj RM2 kita bising padahal memang tertulis. Lepas ni kena RM5 pula atas alasan dah lama tak naikkan caj. Hahahah... padan muka kita.


Ini nasihat Lt Col Amornpong Sommanawan dan Mr Sunthorn Noibunma,

Ya ramai yang gemar menyewa motor bila bercuti di Thailand, aku pun... tetapi motor yang kita sewa tu being passed dari tangan ke tangan jadi kondisinya mungkin tak berapa bagus. Lagipun, kita akan diminta untuk meninggalkan passport kepada syarikat yang menyewakan motor tu. Passport Malaysia bernilai RM50,000 di pasaran gelap! Nyawa tu!

Related image

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free