Recents in Beach

header ads

Master Siow | Master of the Lion Dance Bertaraf Dunia

Master Siow | Master of the Lion Dance Bertaraf Dunia | Tahukah Anda Bahawa Malaysia Mempunyai Pasukan "Lion Dance" Terhebat Di Dunia? Pasti ramai yang tak tahu kan?



Tarian singa di Malaysia berasal dari selatan China. Gerakan tarian ini berasal dari aksi kungfu yang meniru pergerakan haiwan dan ditarikan mengikut rentak lagu yang dicipta sendiri. Di tanah besar China rupa 'singa' ini berbeza mengikut negeri. Begitu juga tariannya.

Secara tradisionalnya upacara tarian singa ialah untuk menghalau roh jahat. Ia ditarikan sekitar 20-30 minit dalam satu satu persembahan. Namun kini ia dianggap sebagai salah satu sukan yang menarik dan menyihatkan. Sangat menarik sebenarnya kerana para penari ini begitu berani menari dan melompat diatas 'jong' setinggi lapan kaki! 

Di Malaysia, tarian singa diajarkan di sesetengah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina manakala di luar negara ia diajarkan di universiti China, Taiwan, Hong Kong dan Macau. Tarian singa banyak dipersembahkan sewaktu Tahun Baru Cina, pembukaan tokong, kedai baru atau pelancaran produk. Sesiapa sahaja boleh terlibat dalam kumpulan tarian singa asalkan sanggup belajar dan bersabar. Bukannya selepas daftar terus kena melompat tiang, pastinya perlu banyak belajar dan memerhati secara berperingkat.


Berkenalan dengan Master Siow Ho Phiew


Mesra dengan panggilan Master Siow, beliau yang berusia 60an telah terlibat dalam bisnes tarian singa selama 30 tahun. Bermula dengan mengimport, beliau kemudiannya mengubahsuai dan menambah nilai peralatan tarian sehingga mampu mengeksport pula ke negara asalnya, China.

Selain membuat kelengkapan tarian singa, Master Siow juga mencipta rentak muzik untuk tarian itu menggunakan gong, cymbal dan drum. Bila melihat nota muzik tu, aku teringat Bengkel Tajwid Ar Rumi yang aku hadiri sebelum ini. Ia bukan nota muzik yang penuh 'cacing' tu, ia direka sendiri untuk memudahkan pemahaman. Malah aksi akrobatik yang membuatkan jantung kita berdebar itu pun dicipta di Malaysia.

Bengkel Master Siow hanyalah di sebuah lot kedai di Subang Bestari. Di sinilah rotan sepanjang 60 inci dianyam, dilapisi kertas, dicat dan dipasangkan kain. Berbagai corak dan warna disiapkan mengikut permintaan pelanggan. Satu 'kepala' mampu disiapkan dalam masa lapan hari.

Master Siow menubuhkan Wan Seng Hang (WSH) Dragon & Lion Arts pada 1986 kerana kecintaannya dalam bidang ini. Beliau pernah mencuri-curi mengajar di Padang, Indonesia, sehingga ditangkap polis. Huhu...banyak betul pengalaman. Untuk pengetahuan, keturunan Tionghua di Indonesia agak sukar mengamalkan budaya mereka sebelum pemerintahan Presiden Gus Dur. Hanya kini agak terbuka dan ada yang menggunakan nama Cina dalam dokumen rasmi. 

Siapa sangka pemilik bengkel bersaiz sederhana ini mempunyai 47 kumpulan tarian di seluruh dunia dibawah nama Hong Teck? Hebat!


Peringkat menyiapkan senuah kepala singa:
1. Mengukur, membentuk dawai dan menganyam kepala singa.



2. Menampal kertas warna, sticker, mengecat dan memasang aksesori.



Master Siow menerangkan mengenai nota muzik.

Kalau pecah terhempas kepala singa ni kena zassss credit card RM2,400 sebuah.

Master Siow mengajar bagaimana untuk mengetuk dram berdasarkan tepukan yang dilakukan di badan pemain. Kalau lambat pick-up kena rotan heheh..

I terujaaa....!!






Pelapis tarian singa, Yong dan Herman.

Maklumat Tambahan:
Apakah berbezaan tarian singa (lion dance) dan tarian naga (dragon dance)? Ramai juga yang keliru dengan kedua-dua tarian ini.

Ciri-ciri tarian singa:
1. Ditarikan oleh dua orang
2. Wajah penari hanya sesekali kelihatan ketika menari

Ciri-ciri tarian naga:
1. Menggunakan lebih ramai tenaga penari.
2. Alatan yang digunakan ialah buluh.
3. Wajah penari jelas kelihatan kerana mereka menggunakan kayu sewaktu persembahan.


Kini Malaysia menjadi contoh ikutan dalam tarian singa dan telah menjadi penganjur kepada "Lion Dance Competition".  Walaupun Malaysia dinobatkan sebagai salah satu "negara terbaik dalam tarian singa", agak sukar untuk mendapatkan peserta muda berdedikasi yang sanggup berlatih dua jam sehari tiga kali seminggu. Yang pergi tiada pengganti. Bagaimana, berminatkah anda??


Program Rentak Selangor ini diadakan hasil koloborasi Gaya Travel Magazine dan Selangor Youth Generation Development, Sports, Cultural and Entrepreneurship Development (UPEN)
Inline images 1

Post a Comment

3 Comments

  1. Saya agak takut dengan persembahan lion dance. Takut kerana suara muzik yang terlalu bising. Tapi jika tengok lion atau kucing berlompatan, saya sukaa.

    ReplyDelete
  2. Lion Dance, kalau di Indonesia berarti Barongsai ya?
    Saya kira Barongsai itu adalah international name untuk tarian ini hihihi

    ReplyDelete
  3. ramai yang salah sangka ingatkan tarian singa waktu CNY sahaja. padahal boleh dibuat pada bila2 masa sahaja dan ada competition lagi tu

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.