Talad Rom Hub (Maeklong Railway Market) | Pasar Basah Unik Di Bangkok



Talad Rom Hub (Mae Klong Railway Market) | Pasar Basah Unik Di Bangkok | Aku percaya ramai yang telah mengetahui tentang 'folding umbrella market' melalui cerita orang ataupun menonton di televisyen. Di Asia ni rasanya hanya ada di Thailand. Jika ada di tempat lain harap ada yang sudi memberitahu supaya kita boleh update di sini.


Maeklong Railway Market terletak di daerah Samut Songkhram (สมุทรสงคราม) 70km dari Bangkok. yang juga berdekatan dengan Ampawa Floating Market dan Baan Rim Klong Homestay. Ia dimasukkan dalam semua brosur pelancongan kerana keunikannya itu. Pakej yang dijual macam hot cakes. On weekdays pun ramai pelancong asing di sini... ada yang on summer holiday, ada juga yang lari dari kesejukan winter. Memasing mencari spot yang sesuai untuk meramkan gambar/video. 


Apa yang unik dengan Maeklong Railway Market?

Uniknya kerana kerana pasar ini berada di atas landasan keretapi aktif. Asalnya landasan yang dibina pada tahun 1905 ini hanya private line, untuk membawa hasil pertanianlah kot. Payung akan ditutup barangan akan ditarik apabila keretapi melalui landasan dan pasar akan dibuka semula sejurus keretapi berlalu. Barangan jualan yang lebih rendah dari landasan akan dibiarkan saja. Selalunya hon kedua baru para peniaga ni alihkan barangan mereka. Jenuh peniaga ni menyuruh tourist menjauh dari landasan hehe.. Mengetap gigi je lah bila kita dah set video lepas tu ada pulak orang selamba berdiri depan kamera haishhh...

Pasar ini panjangnya kira-kira 100 meter sahaja dan sangat hampir dengan Stesen Mae Klong. Lebar keretapi lebih kurang 10 kaki jadi janganlah berada dekat sangat dengan landasan tu ya. Karang tak memasal jadi bahan berita.

Mari lihat gambar-gambar terbaru ni. Video aku dah share di instagram (sila lihat di sini).




Pelbagai jenis sambal (gambar atas, kiri). Senang hidup kalau gini.

 Dua kali kami lihat keretapi lalu. Puas hati kali ni. Bising TG kami si Wanna tu ha...be careful! be careful! heheh...
 









Bagaimana untuk ke Mae Klong dari Bangkok?
Kita cerita sekali lagilah ya dengan lebih detail. Sebenarnya kalau nak ke pasar unik ini ada beberapa cara.

Cara paling mudah dan tak perlu memikir lansung
Gunakan servis tour agency. Pihak hotel pun boleh uruskan. Bayar saja dan mereka akan bawa hingga ke sana.

Cara kedua
Naik minibus/van dari beberapa lokasi seperti:
  • Victory Monument
    • Southern Bus Terminal: Sai Tai Mai
    • Phra Pinklao Lotus shopping centre (berhampiran Central Plaza Phra Pinklao)
    • Chatuchack di depan Northern Bus Terminal: Mo Chit 
    Cara ketiga
    Naik van dari Bangkok sehingga ke Mahachai. Dari Mahacai naik van lain ke Maeklong. Van banyak dan lebih pantas.

    Cara keempat
    Naik keretapi dari Stesen Wongwian Yai di Bangkok. Untuk ke sini turun di BTS Skytrain Wongwian Yai Exit 3. Punyalah panjang jejantas tu huhu... kena berjalan kaki 20 minit. Dulu dah cerita dah di sini. Berjalanlah ke arah Wongwian Yai di sepanjang Somdet Phra Chao Tak Sin Road. Stesen ini sebelah kiri dan agak tersorok. Naik di stesen Talat Phlu yang 1.5km dari stesen Wongwian Yai pun boleh.

    Kebanyakan train di Wongwian Yai Station koc kelas ketiga yang bergerak lebih kurang sejam sekali bermula 5.30 pagi hingga 8.10 malam. Perjalanan hanya sejam dengan tambang 10 baht. Singgit! Kalau nak koc yang ada air-cond kena naik yang 7.00 dan 10.40 pagi. Aku tau yang pagi ni je lah.. buat apa nak ke sana pepetang ye tak? Tambangnya THB25. Dua ringgit setengah je uols... Aku suka yang ada tingkap senang nak ambil gambar. Dari stesen Mahachai tu naik van ke Maeklong Market.

    Cara terakhir
    Jika tiada kenderaan sendiri tetapi kaya dengan masa ialah.... ikut cara ketiga dulu kemudian bila dah sampai stesen Mahachai tu, naik bot lain menyeberangi Sungai Tha Chin ke Ban Laem train station. Sekejap je naik feri ni... 3 baht. Di seberang sana berjalan kaki 10 minit ke stesen keretapi dan naik train lain ke Maeklong (Samut Songkhram) selama sejam lebih lagi untuk perjalanan sejauh 33.6km dengan tambang 10 baht. Waktu berlepasnya 8:00, 12:00 dan 16:40 . Tahun lepas aku mengejar masa tu yang naik van dari Mahachai.

    Nak balik nanti naik train dari Mae Klong (Samut Songkhram) mengikut jadual di bawah. Cross river dan naik train dari stesen Mahachai (Samut Sakhon) ke Bangkok. Itupun kalau tak penuhlah. Aku suka cara ini, santai je. Very authentic Thai experience.

    Train ini digunakan para penduduk yang tinggal di Samut Sakhon dan Samut Songkram (south west of Bangkok) untuk berulang alik ke Bangkok setiap hari. Kos hidup di Bangkok kan tinggi... stay kat outskirt Bangkok naik komuter pergi kerja.


    Train timetable Ban Laem to Mae Klong


    Jalur keretapi ini terbahagi kepada dua seksyen yang dipisahkan oleh Tha Chin River.
    • seksyen pertama: dari Wongwian Yai to Maha Chai (18 stesen) = 1 jam perjalanan
    • menyeberangi sungai dengan bot = 5 minit
    • seksyen kedua: dari Ban Laem ke Maeklong (15 stesen) = 1 jam 45 minit
    Mahachai tu pekan nelayan jadi stesen keretapinya di kawasan pasar. Sementara menunggu train lain bolehlah berjalan-jalan dulu. Boleh tahan besar juga pekan ni.


    Cadangan perjalanan:
    Elok naik train 4311 yang bertolak dari stesen Wongwian Yai di Bangkok pada pukul 6.25 pagi supaya sempat menaiki train di Ban Laem yang bergerak jam 8.00 pagi.

    Jika ke sini pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad boleh terus melihat Ampawa Floating Market.

    Blog post yang dulu tentang Mae Klong Market di sini.

    Post a Comment

    0 Comments