Seremban 2 City Park merah bercahaya sempena Chinese New Year

Seremban 2 City Park merah bercahaya sempena Chinese New Year | Taman ini menjadi kesukaan anak-anak di waktu petang kerana mereka lepas bebas beraktiviti. Sudah berkali-kali kami ke sini melayan "the Boys", set sekolah rendah. Set yang lagi satu dah remaja, tak mahu dah nampak berjalan dengan emak kecuali ke shopping complex. Materialistik sangat.



Aktiviti yang paling menyeronokkan mereka di Seremban 2 City Park ini ialah memberi ikan makan. Ada beberapa spesis ikan di tasik buatan ini seperti tilapia merah, keli, kelisa, koi dan kura-kura. Ikan-ikan tu kemain besar dah sekarang ni... kalau digulai seminggu baru habis makan agaknya. 

Roti dan palet yang menjadi makanan ikan banyak dijual oleh penjaja di sana. Empat paket kecil roti dijual RM3. Palet RM1 sepeket kot. Aku pernah senaraikan City Park dalam Tempat Riadah Menarik di Seremban.


Berkeluasan enam hektar taman ini turut dilengkapi dengan gelanggang futsal, bola keranjang, badminton, alat-alat senaman ringan dan taman permainan kanak-kanak. Masjid Hussein pun dekat situ juga. Aku suka masjid tu nampak lapang dengan hiasan yang tidak keterlaluan. Ruang untuk muslimah bersiap juga disediakan.


Kali ini kami datang agak awal selepas meraikan pengantin di dewan berdekatan jadi belum ada bebudak yang bermain layang-layang ataupun giant bubbles.. Ketika itu jumlah pengunjung boleh dikira dengan jari. Terkejut kita dengan hiasan sempena Tahun Baru Cina... menarik sangat! Laluan seperti terowong tu macam yang ku lihat di Central World, Bangkok, sempena sambutan Krismas tahun lepas. Cuma yang ini berwarna merah darah, berseri-seri.

Ada pintu gerbang berbentuk hati, ada tanglung di jambatan dan pokok-pokok dihias lampu untuk menyerikan malam. Kalau terus balik hari tu memang rugi betul.



 



 





Post a Comment

1 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.