Flashback 2016 | Alhamdulillah dah masuk tahun baru 2017. Seperti tahun-tahun sebelumnya tiada apa-apa sambutan rasmi kerajaan Negeri Sembilan di Seremban. Kami cuma celebrate hari Merdeka sahaja setiap tahun.
Malam tahun baru bagi aku agak merisaukan jika anak masih berada di luar rumah sehingga lewat malam. Lelaki atau perempuan risikonya tetap tinggi. Aku sangat bersetuju sekiranya pihak berwajib menguatkuasakan curfew selepas 10 malam bagi anak-anak yang berusia kurang dari 18 tahun. Negara jiran boleh buat kenapa tidak kita? Bukan apa, cuma bimbangkan keselamatan dan kehormatan mereka sahaja. Banyak kerja doktor dan nurse bulan Ogos/September nanti. Faham ke?
Kenangan sepanjang 2016
Tahun lalu alhamdulillah setiap bulan ada sahaja trip di dalam Malaysia to uncover the beauty of this motherland. Terima kasih kepada semua pihak yang memberi peluang dan kepercayaan. Rasanya semua yang penting dan diblogkan.
For my personal trip pula dimulai dengan Kunming pada Januari, Krabi pada Februari (bersambung terus selepas 4x4 roadtrip yang tamat di Hadyai, sepatutnya Bandung pada April tetapi cancel hukhukhuk...😭😭 dan Ho Chi Minh pada September. Dedekat je semua.. berjalan sensorang. Sesekali nak juga keluar dari dapur. Cemuih weh.
Tiga kali dapat bekerja di Thailand. Bermula dengan 4x4 road trip covering southern Thailand, Women's Journey Thailand 2016, dan Amazing Experience. Paling best tentunya program "Women's Journey Thailand 2016" 😘😗😗 sebab semua photgrapher dan media representative perempuan. Dapat berjumpa semua yang hebat dalam bidang masing-masing, kagum.
Bagi trip keluarga pula agak kecewa sikit tahun ini. Balik Kedah, hujan. Dua minggu lepas nak mandi-manda di Air Panas Gadek pun hujan. Sudahnya aku suruh je bebudak tu mandi hujan. Bukan main happy dapat berguling atas rumput di rumah atok dalam hujan lebat tu.
Penghujung tahun 2016 juga dipenuhi dengan menghadiri kenduri setiap minggu bermula 19 November 2016. Ada dua event best yang terpaksa ditolak disebabkan kenduri ni hmmm...tak ada rezeki.
Personal life? Tahun 2016 lebih mencabar dari tahun sebelumnya.
Azam dan harapan 2017?
Malas nak berazam dah sebab selalu berazam di mulut je tapi hati menolak. Dah bertahun nak kurus tapi tak berusaha pun. Kali ini aku nak berpuasa setiap hari sehingga mendapat berat badan ideal. Diet tanpa karbo tu macam susah sangat nak start. Selalu sekerat jalan je tapi sangat teruja bila tengok orang lain buat diet seimbang dua bulan je dah turun 17 kilo. 17 kg beb!
Harapan dan doa tentulah memohon yang terbaik daripadaNya. Semoga lebih gembira tahun ini dan dapat travel di lebih banyak tempat baru. Uols ada travel agency ke? Meh lah bawa ai melancong. Boleh i promote kat sini nanti.
To my loyal and new readers, semoga kehidupan anda dirahmati, gembira, berjaya, kesihatan bertambah baik dan berbahagia hendaknya. Yang belum berjodoh moga berjodoh dengan orang seat sebelah (eh? 💑💘). Yang belum beranak semoga anda diberikan rezeki yang paling mahal itu . Saya sentiasa mendoakan kebaikan terhadap orang yang berbuat baik kepada saya dan keluarga saya.
I'm grateful.
Happy new year everyone!
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.