World of Wonders | Pelancaran Kempen "Visit Perak 2017"



World of Wonders | Kempen Tahun Melawat Perak 2017 atau Visit Perak 2017 telah dilancarkan pada hari Sabtu lepas oleh Menteri Besar Perak Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd. Kadir. Majlis yang bermula jam 10 pagi itu telah berlansung di Stesen Keretapi Ipoh yang menjadi mercu tanda bandar Ipoh.


 
3. the Visit Perak Year 2017 campaign is launched with the presence of mascots from Mr. Peabody & Sherman (L) as well as Megamind (R)
Foto kredit: Emily2u
 

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Tourism Malaysia Dato’ Mirza Mohammad Taiyab, Exco kerajaan negeri yang diketuai oleh Ecxo Pelancongan  YB Dato’ Nolee Ashilin bt. Dato’ Mohammed Radzi, Datuk bandar Ipoh Dato’ Zamri Man, Pegawai-Pegawai Daerah, Ketua-Ketua Jabatan serta para pemain industri seperti hotel, ejen pelancongan, jurupandu dan penulis artikel pelancongan.

Walaupun tahun 2017 masih jauh dihadapan tetapi kerajaan negeri Perak bersama Tourism Perak mengambil langkah proaktif mempromosikan negeri Perak lebih awal bukan sahaja di Malaysia malah hingga ke luar negara.
 
Menggunakan tema "World of Wonders" atau WOW, Perak memang ada WOW!! factors tu. Kalau nak tahu negeri Perak menerima pelancong domestik teramai selama tiga tahun berturut-turut bermula tahun 2012. Ai pun baru tahu ni... all the while ingatkan Melaka, Pulau Pinang, Sabah atau Sarawak yang menerima kedatangan pelancong teramai. Royal Belum yang paling ramai dilawati pelancong. Sesenyap jer eh.
 

Kenapa Perak Menjadi Pilihan Pelancong?

Kerana...

1) Perak ada UNESCO World Heritage Site Lenggong Valley. Banyak sejarah tersimpan di situ.

2) Royal Belum yang berusia 130 juta tahun dikatakan hutan hujan yang tertua di dunia, lebih tua daripada hutan Amazon dan Congo.

3) Pantai Pangkor Laut dikatakan antara yang tercantik di dunia.

4) Gua Tempurung merupakan gua yang terpanjang di Malaysia.

5) Perak ada kolam air panas Banjaran yang unik. Sekarang ni bukan tetamu resort The Banjaran pun boleh datang melawat di waktu-waktu tertentu.

6) Orang kata dari Bagan Datoh ke Tanjung Piandang pantainya cantik.

7) Perak ada jaluran sungai yang sangat sesuai untuk aktiviti sukan air seperti white water rafting (rakit redah jeram). Kami dah try Sungai Kampar.. giler best!

8) Kalau rasa nak ke Guilin menikmati keindahan bukit batu kapur macam tak tercapai dek poket di zaman gawat ni, pergilah ke Ipoh. Ada iras-irasnya. Nak ambil gambar tu pepandailah adjust angle.

9) Kebanyakan tarikan pelancongan di Ipoh ni berdekatan dengan Ipoh Railway Station. Berjalan kaki lenggang kangkung pun boleh sampai ke Mahkamah Tinggi, street art, Funtasy House Trick Art, Concubine Street,  Masjid Sultan Idris II, Muzium Yasmin Ahmad, gerai ais kepal... diantaranya. Kalau jauh sikit boleh ke Matang Mangrove Forest Reserve (sila klik yang highlights untuk bacaan lanjut).
 
Pepagi tak perlu breakfast di hotel, kat Ipoh tu baaaanyakkk tempat minum pagi yang awesome.
 
10) Nak ke Ipoh mudah sangat, kalau malas memandu boleh naik public transport seperti bas dan keretapi ETS. 2 jam je uolsss...

Senarai ni hanya sebahagian, banyak lagi yang menarik di Perak. Cuba tengok blogpost yang lepas.
 
 
Apakah Produk Pelancongan Terbaru di Perak?

Nantikan pembukaan Movie Animation Parks Studios (MAPS) Julai nanti. MAPS merupakan taman tema animasi yang pertama di Asia yang terletak di Meru Raya, Ipoh. Tak sabar weh!
 
 
4 Days 3 Nights Itinenary for Gaya Travel and Asean Media in Perak:
FAM trip kali ini adalah antara yang terbaik pernah aku ikut sebab banyak outdoor activities. Minat sangat kita aktiviti cenggini. Okaylah, makan banyak bakar lemak pun bersungguh. Sampai bengkaklah keting aku terhentak ke batu. Berapa harilah pula nak baik agaknya, mujur tak pakai skirt pendek keluar rumah.


Hari Pertama
Lokasi pertama ialah ke Galeri Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar. Banyak gambar dan koleksi peribadi Sultan Perak terdahulu dipamerkan di sini. Video perkahwinan Sultan Nazrin dan Permaisuri Zara turut ditayangkan.
 

Tiles merah-beige tu yang asal ye, diimport dari Italy.
 
Selepas checked-in di Belum Rainforest Resort, free and easy jer. Besar dan cantik resort milik MK Land ni. Bilik kami di atas bukit, swimming pool di bawah dekat dengan Kampung House dan Villa. Mandi dan bersantai di kolam renang ni best, tenang dan damai menghadap Tasik Temenggor menanti matahari terbenam.
 

"Kampung House"
 


Hari Kedua
Seawal pagi kami telah dibawa ke Kem Pelancongan Royal Belum kemudian ke air terjun yang memerlukan kita trekking dalam 20 minit (ikut kemampuan memasinglah). Besar-besar pokok di sini. Selepas itu kami melawat Kampung Aman Damai, sebuah perkampungan orang asli suku Jahai lalu makan tengahari di Santuari Ikan Sungai Ruok. Seronok berkelah di sini, selepas makan boleh berenang bersama ikan.

 
 

Gadis orang asli suku Jahai sedang mencuci pinggan-mangkuk di Tasik Temenggor.

Lawatan kami cuma setengah hari. Sebaik-baiknya ikuti pakej 3 hari 2 malam baru puas hati kerana lebih banyak aktiviti boleh dilakukan di Royal Belum. Kami ni kira Touch 'n' Go je.

Checked-in Cititel Express Ipoh. Selesa biliknya walaupun tak seluas di BRR.

Malammya kami dinner di Ipoh Food Truck di Greentown dan Dataran MBI. Memalam aku kurang gemar makan nasi jadi 'curanos' (betul kot namanya heheh..) suit my taste lah.

Di tingkat 7 Cititel Express Ipoh bersama blogger popular @pojiegraphy dan @mawardiyunus
 
One of the food truck at Greentown, Ipoh.
 
 
Hari Ketiga
Hari yang ditunggu-tunggu!

We departed to Gua Kandu, Gopeng for caving. Gua Kandu ni berdekatan dengan Gua Tempurung. BEST okay!! Lebih mencabar di sini daripada caving di Mulu National Park tahun lepas. Giler ah kena panjat bahagian dalam gua tu dengan tali je. Suspen akak. Lepas tu kena buat zipline, lepas berdebar-debar dengan zipline tu kena turun via ferrata pula. Part last kaki aku tak sampai hahaha.... nasiblah orang katik. Ingatkan habis di situ, kena turun tangga yang curam lagi huhu.. Mencabar tapi rasa nak buat lagi.

Selepas makan tengahari kami ber-"white water rafting" pula di Sungai Kampar dengan Nomad Adventure. Musim kemarau ni kan, memang mencabarlah nak melalui sungai tu dengan tube/kayak, banyak betul batu yang menghalang. Arahan guide seperti "bum bum!, jum jump! move forward! move to the left!" adalah perkara baru yang kami belajar. Penat worrr...sampai terlentang dalam tube tu hahah...

 

Foto kredit: Gaya Travel

Malamnya kami dinner di The Haven Resort and Residences dengan dihiburkan oleh kumpulan Seniman Anak Perak (SNAP). The Haven yang sebenar adalah secantik gambarnya di internet. Swimming pool nya... wallaweh!

17. Seniman Anak Perak (SNAP) wraps up the event with a percussion presentation
Foto kredit: Emily2u
 


Maskot MAPS Mr. Peabody & Sherman.  Foto kredit: Gaya Travel
 

Hari Keempat
Pelancaran Kempen Tahun Melawat Perak 2017 di Stesen Keretapi Ipoh. Kemudian kami ke Funtasy House Trick Art, Ipoh, dan minum petang di Gopeng Gusthouse and Cafe. Uols kena try minum disini.
 

Salah satu gambar 3D di Funtasy House Trick Art.

Tamat sudah...

For more details and photos i'll make a few other blogposts. Wait aaa..
 
 
 Terima kasih kepada Gaya Travel Magazine, Tourism Perak, PDRM, JPAM dan para penaja iaitu Mamee, Yeos, Julies Biscuits, Funtasy House Trick Art, Nomad Adventure, Cititel Express Ipoh, Belum Rainforest Resort, The Haven and wifi berkelajuan tinggi dari @visondata_MY.
 
 



Post a Comment

4 Comments

  1. Nice post Kak Maria. Indeed, trip ni is one of the best trips kan sebab banyak aktiviti-aktiviti lasak & nature. Phewwwww,

    thanks for letak gambar weols dalam blog kak Maria. Ehehem :p

    ReplyDelete
  2. Pojiegraphy, bangga kita blogger retis dalam blog kita wak hahahhah

    ReplyDelete
  3. akhirnya masuk jugak dalam blog ni. ahhahahahaha.

    ReplyDelete
  4. Eh dah pernahlah Madi.. trip JB dulu

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.