Pesona Terengganu | Lorong Seni di Kampung Cina

Pesona Terengganu | Lorong Seni di Kampung Cina | Apa yang boleh anda lakukan sekiranya berada di Kuala Terengganu selain menikmati keindahan pantai, makanan dan membeli-belah di Pasar Payang? Selfie di Kampung Cina!

Kampung Cina yang dikatakan telah wujud sejak abad ke-15 masih mengekalkan senibina tradisional Cina di deretan rumah dan kedai lama. Berjalan di Chinatown Kuala Terengganu akan menemukan kita dengan rekabentuk tingkap lama yang sungguh menarik. Lebih menarik lagi jika diabadikan dalam fotografi. Pelbagai warisan sejarah termasuk kebudayaan Cina-Peranakan Terengganu terdapat di sini.


Seni jalanan atau street art yang menjadi trend ketika ini telah digerakkan oleh Koperasi Kampung Cina Kuala Terengganu bermula pada tahu 2009. Kini tujuh lorong telah diceriakan dengan lukisan dan mural mengikut tema yang berlainan. Lorong Penyu, Kenangan Payang, Warisan Dunia, Mesra Alam, Eko, Tau Kay Wee Sin Hee serta Haji Awang Besar bukan sekadar menjadi lokasi rakaman fotografi tetapi, turut memberi ilmu dan informasi kepada pengunjung.

Pihak koperasi sentiasa terbuka dan mengalu-alukan idea yang dilontarkan kepada mereka. Ia akan dibincangkan dan dilaksanakan kemudiannya mengikut bajet yang ada. Kalau nak lagi cantik kenalah bagi bajet yang lebih besar. Pelancongan menyumbang portion yang besar juga kepada Terengganu's coffer.


‘Lovers Lane’. Sumber mamaganu.

'Lovers Lane’ di Lorong Warisan Dunia di mana konsepnya seperti yang terdapat di negara-negara Eropah mendapat sambutan luar biasa apabila sudah hampir 100 mangga dikunci di situ berserta kata-kata cinta nukilan setiap pasangan. Kita boleh membeli atau membawa mangga sendiri untuk diletakkan di sini dan melontarkan kuncinya ke dalam perigi Low Tiey berdekatan kawasan tersebut yang dikatakan pernah berjasa kepada penduduk setempat serta membekalkan air kepada pedagang asing yang berniaga. Perigi berusia ratusan tahun tersebut terus digunakan sehingga kini berikutan airnya yang didakwa tidak pernah kering.

Konsep bumbung kain batik perca diaplikasikan di Lorong Mesra Alam memberikan efek menarik kepada bayang. Sumber di sini.

Sumber utusan

 Bukan sahaja untuk bergambar tetapi serba sedikit bahan sejarah juga boleh didapati di lorong seni ini.

Eh? Diam diam sudah hahahah...


Lorong Penyu memaparkan pelbagai maklumat dan nasihat berkaitan program konservasi reptilia itu berserta sebuah replika penyu berusia 80 tahun di hujung lorong berkenaan




Terdapat mural spesis-spesis penyu yang terdapat di negara ini seperti penyu Agar, Belimbing, Lipas dan Sisik di Lorong Penyu.


Nampak tak bot yang separuh hilang tu? hehe.. di sebelah kiri ialah Kampung Cina, kanan laut. Di belakang kedai-kedai di Kampung Cina tu pun ada mural yang menarik.


Keunikan lorong seni di Kuala Terengganu menjadi satu lagi daya tarikan bagi pengunjung yang datang ke Terengganu terutama bagi mereka yang tidak berkesempatan ke pulau.


Nota
Aku dah lama berharap ada lorong seni juga di Seremban. Tak payah hadap sangatlah artis luar...kita ada ramai local talents. Beri mereka peluang menunjukkan bakat. Bincangkan tema, sediakan peralatan dan berilah upah yang setimpal. Gerenti ramai peminat! Tengok sajalah hasil kerja anak-anak muda kita di The Glow by Zinc, Penang.

Kok tinggi bona cito-cito nak guna service artis luar jugak tak dapeklah nak nolong. Bosan dah den tengok Seghomban ni haa.. Meniru yang baik bukan dosa.







Post a Comment

3 Comments

  1. They really beautify the place since I went there a couple of years ago. Good job!

    ReplyDelete
  2. jom pegi terengganu lagi !!! rindu kat kau la makcik!!

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.