Japan Muslim Friendly Airport



Japan Muslim Friendly Airport | Mungkin ramai yang sudah melihat gambar di bawah. Pihak berkuasa lapangan terbang Jepun telah membuka sebuah ruang solat untuk muslimin dan muslimat. Aku tak pasti apakah "new" itu bermaksud sebuah lagi ruang solat/surau atau ruang solat yang lebih selesa. Yang pasti mereka selalu mendahului yang lain dan komited melakukannya.



Di sesetengah airport luar negara memang telah disediakan tempat beribadah tetapi berkongsi dengan penganut agama lain. Itupun kita dah bersyukur kerana kita berada di non muslim country.

Berdasarkan statistik 2014, jumlah umat islam di seluruh dunia ialah 2.08 bilion orang. Cuba bayangkan betapa besarnya pasaran pelancong muslim ke sesebuah negara jika kemudahan solat dan sumber makanan halal dititikberatkan oleh negara terbabit?

Kita ni pulak, bila orang dah sediakan tempat solat yang selesa siap telekung segala pepandailah kemas balik. Geram dan malu rasanya bila melihat telekung bersepah atas sejadah atau dilipat lebih kurang je di masjid dan shopping mall. Bila tak disediakan kemudahan memokak, dah ada tak reti bersyukur pulak. Bersyukur bukan sekadar di mulut tetapi perlu juga dengan ditunjukkan dengan perbuatan.

Post a Comment

2 Comments

  1. teringat dulu masa keje jepun penah solat trpi tong sampah jeew., ;p

    ReplyDelete
  2. sedih pula bila fikirkan dengan perangai orang kita yang tiada adab mengemas selepas menggunakan

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.