Rempuhan di Mina, 717 TERKORBAN



Rempuhan di Mina, 717 TERKORBAN | Allah Allah Allah... ini adalah kejadian rempuhan yang kedua terburuk dalam tempoh 25 tahun di Mekah!

Kejadian di Eidul Adha 1436H ini yang hanya 3-4km dari Mekah berlaku apabila  dua kumpulan besar jemaah haji bertembung di satu persimpangan dalam perjalanan melakukan ibadah melontar di Jamarat, menurut Perkhidmatan Pertahanan Awam Saudi. Sekurang-kurangnya 805 lagi cedera dalam rempuhan terbaru di Mina ini.

Kejadian malang ini merupakan yang terburuk selepas tragedi Terowong Muassim pada Julai 1990 dimana 1,426 jemaah terbunuh. Aku ingat sangat kejadian ni sebab abang kepada seorang classmate terlibat. Kedua-dua insiden berlaku semasa Eidul Adha. Kali ni 200 ambulans dan beratus anggota keselamatan terlibat menguruskan mangsa. Syukur alhamdulillah tiada rakyat Malaysia yang terlibat.

Ibadah haji di Mekah merupakan perhimpunan terbesar manusia iaitu dimana kira-kira 2 juta muslim berkumpul serenta, tidak sunyi daripada kejadian tragis sejak dulu lagi. Dua minggu lalu kren tumbang, 107 maut. Kemudian hotel terbakar disebabkan ada jemaah Indonesia memasak di dalam hotel.

Walaupun kejadian kebakaran, rempuhan dan rusuhan telah banyak berkurangan semenjak penambah baikan yang dilakukan kerajaan Arab Saudi yang memakan belanja berbilion dollar, ia MASIH TERJADI. Di mana silapnya?

Ini adalah perjalanan suci atas perintah Allah dan termasuk dalam Rukun Iman yang enam. Bukankah kita perlu banyak bersabar ketika berada di tanah suci Mekah dan Madinah? Dan segala kepayahan serta kesabaran tersebut hendaklah diteruskan bila pulang ke tanah air. Sudah banyak kali juga kita mendengar betapa tidak sabarnya jemaah ketika berada di dalam kesesakan lalu lintas di sana. Tak sabar juga ketika mengambil makanan. Berebut naik bas. Apakah yang kita pelajari dalam proses mendapatkan title Haji dan Hajah?

Tidakkah kita mahu mencontohi rakyat Jepun yang masih berdisiplin beratur dengan senyap selepas gempa bumi dan tsunami dulu? Tidakkah kita mahu belajar sesuatu, tentang kebersihan dan kesabaran mereka? Benarlah kata seorang ulama, dia melihat islam di negara bukan islam.

Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah, kelemahan itu daripada kita sendiri. Al fatihah.

Laporan fakta kejadian daripada Reuters setakat 12am 25/9/2015.

Bodies of Muslim pilgrims are seen following a crush caused by large numbers of people pushing at Mina, outside the Muslim holy city of Mecca September 24, 2015. -  Reuterpic
Bodies of Muslim pilgrims are seen following a crush caused by large numbers of people pushing at Mina, outside the Muslim holy city of Mecca September 24, 2015. - Reuterpic
Ini pula laporan rasmi daripada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,
YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki
Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum WBT.

Rentetan daripada tragedi di Mina, saya ingin menyampaikan maklumat terkini mengenai kejadian tersebut. Setelah dibuat semakan di tujuh (7) maktab dan 15 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) dan TH Travel & Services Sdn Bhd, tiada jemaah haji yang terlibat dalam kejadian pada pagi tadi.

Saya ingin makkumkan bahawa jemaah haji Malaysia akan melaksanakan lontaran sesudah asar, iaitu pada jam 5.30 petang dan 8.00 malam nanti.

Kita mempunyai lapan pos peronda sepanjang terowong Muassim sehingga ke Jamarat dan petugas akan melaporkan maklumat terkini mengenai keadaan semasa di kawasan berkenaan.

Mengikut maklumat yang diterima sejak dari awal pagi, tiada jemaah haji negara ini yang tersasar daripada laluan ke Kompleks Jamarat. Pos-pos peronda ini telah diwujudkan sejak awal operasi Masyair lagi, dan bukannya semasa insiden ini berlaku sahaja.

Saya juga ingin menafikan berita kematian Allahyarhamah Puan Siti Haryati Shaikh Ali, yang disebarkan melalui viral dan media sosial yang dikaitkan dengan insiden rempuhan berkenaan. Allahyarhamah telah kembali ke rahmatullah akibat sesak nafas.

Setakat ini, sejumlah 16 kematian dilaporkan termasuk tujuh mangsa yang terlibat dengan insiden runtuhan kren. Kematian lain adalah diakibatkan oleh serangan jantung dan sebagainya.

Saya juga ingin tegaskan sekali lagi bahawa, laluan jemaah haji Malaysia ke Kompleks Jamarat adalah berbeza. Jemaah haji Asia Tenggara dan Turki berkongsi laluan yang sama. Jemaah Turki telah selesai melaksanakan ibadat melontar pada pagi tadi, cuma yang tinggal adalah jemaah yang melibatkan Indonesia dan Malaysia.

Kita mendoakan agar jemaah haji kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dan menunaikan ibadat dengan selamat.

YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki,
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
24 SEPTEMBER 2015, JAM 3.40 PETANG

Post a Comment

0 Comments