Indonesia | Trip Sendu Jakarta-Bandung - Part 1

Indonesia | Trip Sendu Jakarta-Bandung - Part 1 | Wihuuuu... dah sampai Jakarta! Inilah kali pertama menjejakkan kaki ke Jakarta walaupun dah berulang-kali sampai Bandung. Sampai pun dah petang jadi boleh agaklah keadaan jalanraya waktu tu, macet!

 
Sebenarnya aku nak beli tiket terus ke Bandung tapi dah terlewat, tiket murah dah habis tapi tiket ke Jakarta banyak lagi. Memandangkan belum pernah lagi ke ibu kota Indonesia itu jadi aku rasa inilah masanya. Beg agak berat jugalah dengan kamera yang nak dihantar repair di sana. Jauh betul repair kamera hahah.. itupun tak bawa lagi dua buah kamera lama... takdok pitih.

Dari airport Soekarno Hatta aku naik bas Damri ke Stasiun Kereta Api Gambir. Tunggu kat depan arrival hall tu lorong keempat kalau tak silap, tambangnya IDR40k. Bas ni ada wifi tapi aku tak test pun. Disebabkan hari dah malam jadi aku terus ke kawasan hotel bajet di Jalan Jaksa menaiki ojeg, kena 15k rupiah. Tak booking in advance pun main redah je.. dapatlah single room berkipas with shared bathroom IDR105k. Okay lettew... di depannya ada sebuah masjid kecil dan gerai menjual bebek goreng yang panas dan lembut isinya nyum nyummm... mesti itik dara hehee.. arghh menyesal tak mintak dua ketul terus.

Harga tambang bas dr bandara Soekarno Hatta
 
Esoknya pepagi lagi aku dah ke Tanah Abang. Tak pernah aku sampai ke shopping mall jam 6.45 pagi hehe.. di Indonesia waktunya awal sejam jadi time aku sampai tu takdelah subuh sepie dah. Sementara menunggu Baqi Camera di Plaza Harco Jakarta Pusat buka kita buat acara melawat kawasan dululah. Perghhh... kalau nawaitu nak shopping memang habislah duit kita di sini. Nampak itu hendak, nampak yang ini macam best juga haishhh.. aku frust tak dapat beli skirt jeans yang hanya satu kedai je jual design tu. Kononnya nak cari tempat lain dulu sudahnya tak jumpa kedai tu semula. Handphone pun dah hilang nyawa. Aptb. Kalau nak mencari pakaian sukan boleh ke lantai 2 blok B. Nak cop nama sekali pun boleh. Satu tempat ni je sempat pergi, Mangga Dua lain kalilah.


Original ke tiruan? Kalau berani belilah bawa balik. Kalau setakat dirampas kastam tak apa, buatnya dicaj dibawah Akta Senjata Api nanges!

Kedai borong alat make-up pun ada di Plaza Harco. Aku pun menyibuk gak, nak beli sikat je pun hehe..
 
Selesai repair satu barang aku pun ke stasiun kereta api Gambir untuk ke Bandung. Kamera yang lain tu kononnya nak ambil on the last day tapi tak sempat, terpaksa minta tolong kawan. Harga repair berpatutan. Kamera kompak Samsung aku tu aku tukar lcd-nya RM70 tapi perlukan dua minggu untuk order barang.

 Hai lelaki! Inilah batu-batu cincin korang tu

 Kereta kuda. Ada pelbagai jenis mode of transportation di Jakarta selain kereta api, komuter, bas, bajai, angkot dan ojek.


Sementara menunggu train tiba sempatlah aku ke Masjid yang terbesar di Asia Tenggara, Masjid Istiqlal. Boleh tahan mencungap berjalan kaki ke sana tambah tambah pula mengejar masa. Senang je nak ke masjid tu... Oleh sebab aku dah solat di train station so sekadar ambil gambar sajalah di sini. Memang besar betullah. Aku rasa reka bentuknya bagus sebab berangin. Kalau tak silap arkiteknya ialah Ridwan Kamil, orang sama yang merekabentuk Muzium Tsunami di Banda Aceh.
  

 
 Ruang wuduk wanita di Masjid Istiqlal.

Satu hal yang aku tak berapa berkenan kasut perlu disimpan di rak khas yang dijaga seseorang supaya tak hilang sedangkan sepatutnya masjid adalah tempat yang paling selamat. Pakcik tu berpesan supaya menjaga beg dan kamera. Macam macam jenis orang datang ke masjid, niat tak sama. Elok buat hukum potong tangan je. Walaupun dah diberi amaran "dilarang berniaga di dalam masjid" tapi ada je yang mengambil kesempatan. Aku ingatkan apa hal lah makcik tu dok panggil aku rupanya suruh pilih telekung yang dijual. Macam macam hal.
 
Selain masjid terbesar di Asia Tenggara, Indonesia juga memiliki gereja yang juga dikatakan terbesar yang letaknya bertentangan dengan Masjid Istiqlal.


 
Dah malam, satu benda pun tak nampak sepanjang perjalanan ke Bandung. Cuma yang menariknya dapat berbual dengan Samuel, wartawan Kompas. Baru habis assignment di Singapore katanya.
 
Sesampai di Bandung dah dekat pukul 10 malam, hotel pun tak book juga. Banyak hotel penuh sebab hari Khamis cuti umum so hari Jumaat tu ramai yang menyambung cuti. Carik pasal lagi! hahah... dulu dah kena di Yogyakarta. Aku nak ke hotel yang aku pernah menginap dulu. Aku yakin dekat je dengan Stasiun Bandung tapi dah memalam tu hmmm... sudahnya cari je hotel-hotel di depan stesen tu. Dapatlah Hotel Patradissa... beriya-iya tuan hotel suruh check dulu dan aku pulak beriya-iya setuju selepas tengok bilik. Tengok bilik aje, bilik air tak tengok huhuu... sadisnya air dari bilik air atas menitis ke bawah owhhh... tak sabar nak menunggu pagi, pindah ke Chez Bon pulak. Hasrat hati memang nak stay di Chez Bon dua malam tapi hari Sabtu tu penuh maka terpaksa redha dengan apa yang ada. Bilik macam tu pun boleh sewakan kat orang. Repair lah dulu.

Satu hal penting yang pemberi perkhidmatan di Malaysia kena belajar dengan Indonesia ialah "layanan mesra kepada pelanggan" terutama di Bandung ni. Ko pergilah hotel murah atau mahal di sana dan perhatikan cara mereka menyambut kita. Senyumannya, intonasi suaranya, bantuannya mengangkat barang kita. Biasanya mereka akan membantu kita membawa beg walaupun hanya sebuah. Lihat juga cara peniaga jalanan approach kita, berbudi bahasa sungguh tapi jangan mudah termakan pujuk sebab harga untuk pelancong selalunya lebih tinggi. Perhatikan cara mereka melayan pelanggan. Di Pasar Baru tu, jika harga yang kita hendak mereka tak boleh bagi mereka akan cakap dengan lembut, "belum bisa mbak/ibu/pak". Bila kita dah bayar, 'terima kasih ya bunda.." halahaiii...Salute!

Panjanglah pulak haaa nanti den sambung lagilah. Banyak sangat gambar nak diletakkan dalam satu blogpost. Sabaq naa...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

2 comments

wow.. pergi gak jakarta tapi tak sampai lagi la tempat tempat yang u pergi ni.
Next time kena plan g sini. cantik jakarta rinduuuu

Saya nak ke Kota Tua tapi belum berkesempatan MommyRazim

I appreciate your comment so let s say something
EmoticonEmoticon

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free