Menghadiri Kenduri di Mariamman Temple, Kuala Lumpur



Menghadiri Kenduri di Mariamman Temple, Kuala Lumpur | Sejak beratus tahun lalu Tanah Melayu (kemudian Malaya dan kini Malaysia) sudah terkenal di serata dunia. Kemakmuran dan kekayaan hasil bumi negara ini tersebar luas ke serata dunia sehingga menjadi rebutan beberapa kuasa besar ketika itu bermula dengan Portugis, Belanda dan akhirnya Inggeris.

 
Penjajah Inggeris datang ke Tanah Melayu membawa bersama buruh dari India untuk bekerja di ladang. Ada juga yang datang sendiri dari China, India dan negara sekitar  secara persendirian dengan wang sendiri ataupun berhutang dengan orang tengah. Mereka ini datang membawa budaya dan agama sebagai pegangan hidup di rantau orang. Kesemuanya bersusah payah diawal penghijrahan dan kebanyakannya bertumpu di bandar-bandar besar seperti Melaka, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang menawarkan peluang pekerjaan yang banyak.
 
Sri Mahamariamman Temple atau lebih dikenali sebagai Mariamman Temple merupakan kuil Hindu yang tertua di Kuala Lumpur. Hingga kini ia masih beroperasi dan terletak di kawasan China Town sejak dibina pada tahun 1873 walaupun dihimpit dengan bangunan yang lebih besar dan tinggi disekelilingnya. Pada tahun 1968 struktur baru dibina dengan 'Raja Gopuram'   dan gaya kesenian kuil di selatan India. Sejak penubuhannya ia menjadi tempat ibadat yang penting kepada pendatang awal India dan kini sebagai warisan kebudayaan negara. Mengikut penganut Hindu yang aku temubual, kuil ini sama pentingnya dengan kuil di Batu Caves. Malah setiap minggu ada saja pengantin yang berkahwin di sini.
 
 
 
 
 
Blessings..
 
Lain agama lain cara ibadatnya. Sebagai umat Islam, wajib kita mempertahankan agama sendiri tetapi hormati kepercayaan orang lain.
 
Sami dan tukang masak di kuil ini berasal dari India tetapi sudah boleh berbahasa Melayu walaupun hanya beberapa tahun bermastautin di sini. So Malaysian, why can't you speak Bahasa Melayu fluently?
 
 

Tarian Klasik yang Asyik
 
Sekarang aku rasa agak susah untuk melihat pertunjukan tarian India. Golongan muda mereka pun lebih gemar menikmati irama muzik terkini mengikut zaman. Justeru majlis doa selamat dan kenduri kesyukuran untuk para pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan tahun 2014 yang dianjurkan oleh staf Tenaga Nasional Berhad di Mariamman Temple tempohari boleh dianggap usaha untuk mempertahankan tarian tradisi itu supaya tidak lenyap ditelan masa.
 
Setiap gerak tari membawa maksud tertentu. Untuk menarikan tarian klasik India tentunya perlukan latihan yang panjang dan memenatkan. Tambahan pula yang menari tu kanak-kanak sekolah. Mana nak ke sekolah, tuisyen, aktiviti ko-kurikulum... latihan menari lagi.... memang hebatlah bebudak ni. Aku sampai sekarang masih tak dapat nak gerakkan kepala ke kiri kanan macam penari tu. Nak buat macam mana entah, tak ghoti den.







 Live updates uncle? hahaa... akupun ada buat live update kat instagram: ruggedmom2


 
Aku anggap satu peluang keemasan untuk melihat setiap pengunjung yang datang ke rumah ibadat ini dengan sari dan kurta berwarna-warni lengkap dengan hiasan kepala, tangan dan kaki. Bling bling, keceng keceng. Keceriaan di wajah menggambarkan perasaan bangga mereka berada di dalam majlis ini. Bukan senang nak tengok wanita muda berbangsa India bersari, mereka bukan seperti masyarakat Melayu yang berbaju kurung dan kebaya setiap hari bekerja dan kenduri. 
 
Twins yang cute
 
 
This boy surely will become tall, dark and handsome one day. Boleh chop buat menantu hehe..
 

Gen Y
 
 

I'm so happy watching them dancing. Kemakmuran ini mahal harganya. Jangan dirosakkan dengan hal yang entah apa-apa.

 

Post a Comment

1 Comments

  1. kemakmuran kita kena pelihari.. tp sebenarnya de stu group yg memecahkan belahkan kita di mlaaysia...
    baling batu sembunyi tangan.. de motif tertentu bagi kita pecah belah kan?

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.