Warkah buat kekanda

Tags

Kehadapan kekandaku yang sentiasa di hati,

Assalamualaikum.

Adinda akan bepergian lagi justeru dapatlah kiranya kekanda mengambil-alih tugas adinda yang tak seberapa ini buat sementara waktu. Jemputlah anakanda-anakanda kita tepat pada waktunya supaya mereka tidak ternanti-nanti dan mengundang mara bahaya.


JADUAL ANAKANDA
 

HARI
PERKARA
Isnin
 
2.00
Bangcik & Bangteh balik sekolah
3.00
Alang balik sekolah
3.20
Kakak balik sekolah
5.30-7.00
Bangcik- latihan swimming for MGB
6.00-7.00
Bangteh mengaji
8.15-10.15
Kakak tuition

 

Selasa
 
2.00
Bangcik & Bangteh balik sekolah
4.30
Kakak balik sekolah
5.00
Alang balik sekolah
5.30-7.00
Bangteh- football training U7
8.00 -9.00
Bangteh mengaji
8.15-10.15
Kakak tuition

 

Rabu
 
2.00
Bangteh balik sekolah
4.30
Kakak balik sekolah
5.00
Alang balik sekolah
5.30-7.00
Bangcik balik sekolah, terus hantar latihan swimming for MGB
6.00-7.00
Bangteh mengaji
 


Khamis
 
2.00
Bangcik & Bangteh balik sekolah
2.40
Kakak balik sekolah
3.00
Alang balik sekolah
5.30-7.00
Bangteh- football training U7
8.00-9.00
Bangteh mengaji

 
Dua jenis lauk telah adinda bekukan, cukup untuk enam hari. Kekanda letakkan di bahagian bawah peti sejuk malam sebelumnya supaya mudah anakanda panaskan nanti. Baru enak untuk disantap. Jangan lupa masak nasi pagi nanti ya, kekanda. Lauk tu kekanda keluarkan berselang-seli, nanti bosan pula cinta hati kita. Sambal belacan pun adinda sudah siapkan. Sambal tempe dengan ikan bilis pun ada. Ulam kekanda petik sendirilah di halaman rumah. Tahniah kekanda kerana mengikut saranan Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob. Kalau beli di pasar kena keluarkan seringgit enam sen juga tu termasuk GST. Kan dah jimat tu... simpan berdikit-dikit lama-lama dapatlah beli cincin berbatu besar untuk adinda nanti.
 
Ehh..cheese cake pun adinda dah buatkan sebagai pencuci mulut. Makanlah malam ni sebab esok mungkin hanya tinggal bekas cheese cake.

Kesemua pakaian sekolah anakanda untuk seminggu telah adinda seterika. Alang berbaju sukan hari Selasa, Bangteh berbaju sukan hari Rabu, Alang dan Bangcik berbaju TKRS hari Rabu, Bangcik berbaju sukan hari Khamis. Ingat tu kekanda.

Jangan lupa ya kekanda dengan jadual anakanda-anakanda kita. Rehatkanlah sekejap motor kapcai kekanda tu... guna kereta adinda, minyak pun tak jadi naik buat sementara waktu.


Love,
Adinda
.
 


 


 

I appreciate your comment so let s say something
EmoticonEmoticon

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free