Perkampungan orang asli tercantik dan terbersih di Malaysia



Orang asli (disebut juga original people, natural people, aboriginal people) adalah satu kelompok masyarakat yang mendiami kawasan hutan di Semenanjung Malaysia. Bukan sahaja di negara ini malah mereka juga terdapat di negara lain dengan nama yang lain pula.



Berdasarkan bancian tahun 2000 hanya 0.5% sahaja populasi mereka di negara ini. Secara rasminya terdapat 18 suku kaum orang asli yang mengamal bahasa dan budaya yang berbeza. Mereka dipecahkan kepada tiga kumpulan besar iaitu Negrito (atau Semang), Senoi dan Proto Malay.

Populasi orang asli mengikut kumpulan dan sub-kumpulan:

Negrito atau Semang
Bateq, Jahai, Kensiu, Kintaq, Lanoh, Mendriq, - banyak terdapat di kawasan utara semenanjung.

Senoi  
Chewong, Jah Hut, Mah Meri, Semai, Semaq Beri, Temiar - banyak terdapat di kawasan tengah semenanjung.

Proto Malay
Jakun, orang Kanaq, Orang Kuala, Orang Seletar, Semelai, Temuan - banyak terdapat di kawasan selatan semenanjung.


Kesempatan mengikuti rombongan Tourism Malaysia Negeri Sembilan ke sebuah perkampungan orang asli di Port Dickson telah mengubah 100% pandangan aku kepada kaum peribumi tersebut. Walaupun tahu ada diantara mereka telah berjaya seperti masyarakat Malaysia yang lain, peluang melawat kampung ini merupakan sesuatu yang baru kepada aku. Mereka dah maju dan bukan orang asli yang authentic lagi. Terdapat sebuah lagi perkampungan orang asli di Sungala tapi aku tak mau sentuh yang itu sebab belum pernah menjejakkan kaki di sana.



Kampung ini mula dibuka pada tahun 1914 dengan nama Kg Mati sebab takde kampung lain lagi di sini. Kini namanya Kampung Bukit Kepong tetapi lidah penduduk di sini lebih senang menyebutnya sebagai Kg Sungaiyo (betul ke aku eja nih?)

Terdapat 40 buah rumah dengan 178 orang penduduk di masa ini. Mereka mendapat bantuan daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli dan kerajaan negeri. Balairaya tempat bersidang tu pun dah dibina sejak 1970 dan masih elok dipelihara. Baguslah mereka ni, pandai menghargai pemberian orang. Rumah yang mereka diami pun telah mula dibina semenjak tahun 1960an lagi dengan model rumah Felda yang pertama. Induk rumah maintain rumah Felda yang kat belakang dah jadi banglo.

Kedatangan kami disambut dengan tarian kongkong, diiringi alat muzik diperbuat daripada kayu dan pakaian penari pun ada unsur-unsur alam. Kami dipakaikan "dendan" iaitu perhiasan kepala yang dianyam menggunakan daun err...kelapa kah? atau nipah kah? atau kelapa sawit kah? hahaha...tak tau makcik nak.

Wakil majalah LIBUR sedang menyumpit


'Anak panah" sumpitan. Yang ini tidak diletakkan racun getah pokok.

Kami juga diberi peluang untuk menyumpit. Hahaaa... part ni best! Sumpitan aku tersasar sebab berangin. Okaylah jugak sebab boleh sampah ke kereta tu ha daripada ada orang tu jatuh kat depan jer heheh..

Orang asli di kampung ini dari suku Temuan yang masih mengamalkan animisme. Hanya satu peratus yang menganut agama islam dan mereka merayakan sambutan Tahun baru Cina tetapi dengan cara yang berbeza. Menurut Encik Mahadhir Ab Rahman, seorang penduduk yang bekerja dengan JKOA, lima hari sebelum perayaan tersebut mereka akan bersemah di kubur keramat dengan menyembelih kambing. Kambing jugak sedap.

Penduduk di sini menjana ekonomi dengan hasil pertanian. Di sekeliling kampung ditanam dengan pokok kelapa sawit selain tanaman untuk kegunaan harian. Ada juga yang bekerja di hotel yang banyak terdapat di Bandar Tentera Darat Port Dickson. Yang wanitanya pula suka menghias kawasan rumah. Cantik kau! Sebelum ado air dalam bosi dulu, mereka sanggup mengandar air semata-mata untuk menyiram pokok. Biar tuannya tak mandi asalkan pokok tak layu konsepnya. Kalau tak percaya kampung mereka cantik pergilah tengok sendiri. Dahlah atas bukit dengan jalan macam roller coaster, sangat bersih sampaikan tak ada botol arak pun. Bagus Tok batin dan JKKK kampung ni.

Kalau korang nak tahu, hampir 30 tahun paip air dah dipasang di kampung ni tapi air takdo. Kesian kan? Perkara-perkara macam ni perlukan political will. Baru dalam 5 tahun ni jer air menderu keluar dari paip dalam rumah. Nasib baiklah dah tukar MB. Menteri Besar kami Dato' Seri Utama Haji Moahamad Haji Hassan, ekau kona tak?

Hasil kraftangan yang menarik. Aloloo..kiutnyer...
 
Hasil kreativiti dan kerajinan yang terdapat di setiap rumah di Kampung Bukit Kepong. Bunga plastik digabungkan bersama pokok hidup menghasilkan pokok bunga yang hidup hingga kiamat hahaa..
 

Ini baru iye hingga ke titisan getah yang terakhir
  
Peminat k-pop bersama abang kawasan kohkohkohhh.. Gambar ni macam adik tu kena ragging pulak. Nampak tak rumah orang asli di belakang tuuuuu? Yang ini dah renovate keseluruhan.

Anak-anak kecil di sini merupakan generasi keempat. Mereka bersekolah dikawasan sekitar dan jika diasuh mungkin mampu bersaing dengan anak-anak kita yang cukup serba-serbi. Kini dua orang penduduk orang asli Temuan ini sedang belajar di universiti manakala seorang lagi di politeknik. Ada juga yang sedang bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat terkenal di Malaysia.

Sebuah perpustakaan telah didermakan oleh Budimas Charitable Foundation dan diuruskan oleh dua orang penduduk. Anak-anak ini akan ke perpustakaan selepas siap mandi dan makan tengahari. Kiranya segala aktiviti menyiapkan kerja sekolah dan belajar dibuat di sini. Mengikut rekod, inilah satu-satunya perpustakaan di kampung orang asli. Ada 4000 buah buku pulak tu. Giler banyak! Library ini baru sebulan diserahkan dan hanya dibuka selepas anak-anak ni balik dari sekolah. Kalau korang nak 'lepaking' di sini datanglah sebelah petang ye. Pandai-pandailah bawa diri di tempat orang.

Volunteerism? Mereka juga ingin maju seperti orang lain.

Bangunan perpustakaan ini disumbangkan oleh Budimas Charitable Foundation. Ruang yang sangt selesa dengan dibantu oleh dua orang pekerja.

Tok Batin, Gomeng Taat, 83, sedang ditemuramah oleh myTTV

Lihatlah pemandangan sebahagian daripada rumah-rumah di sini, bersih dan elok terjaga. Malu weh dengan orang asli.



Sekarang ni JKOA sedang menunggu 'duit jatuh dari langit' untuk memulakan program homestay di sini. Mereka akan membuat satu pusat pameran kraftangan tetapi kita kena membeli daripada tuan rumah itu sendiri. Pergi rumah diorang lagi banyak pilihan... banyak dan kreatif. Mereka tanam orkid di kayu mati yang berbagai bentuk. Orkid pun bermacam jenis. Ada banyak lagi rancangan mereka yang hanya mampu direalisasikan dengan DUIT. Itupun kalau duit tak terbakar dek asap jet baru.

Bagaimana mahu ke sini?
Senang jer... lokasinya berhadapan dengan Eagle Ranch Resort di Pasir Panjang, Port Dickson. Kalau dari Seremban/Kuala Lumpur, bila dah jumpa roundabout tu ikut kiri sampai jumpalah. 6km masuk ke dalam dari jalan besar. Macam aku cakap tadi, jalan elok bertar tapi macam roller coaster. Drive lelaju baru rasa kecut perut hahahaa...i loike! Bas tak boleh masuk ye sebab ada selekoh tajam dan sempit. Van okay.

Agaknya boleh tak kalau aku katakan Kampung Bukit Kepong ini merupakan perkampungan orang asli tercantik dan terbersih di Malaysia?

Post a Comment

8 Comments

  1. Memang cantik dan bersih...kemas teratur..pemandangan pun cantik

    ReplyDelete
  2. Boleh tak saya nak dptkan contact number org sana .. nak buat lawatan .. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang itu kampung saya . Nak ke buat lawatan ?

      Delete
    2. Sewaktu lawatan ni homestay masih dalam perancangan. Saya tak pasti bagaimana sekarang ni.

      Delete
  3. Tak ada lah Afiff. Mungkin boleh tanyakan kepada Majlis Perbandaran Port Dickson atau TMNS

    ReplyDelete
  4. saya kagum dgn budaya menjaga rumah pusaka sehingga generasi ke 4 tanpa terlihat kerosakan struktor binaan rumah yg bahannya daripada kayu dan simen berbanding dgn kg oa yg lain...satu lagi yg saya banggakan kerana inilah satu2nya rumah oa yg ada mempamerkan langsir tingkap yg jarang terdapat di koa yg lain...syabas tok batin dan lembaga adat serta jkkkoa serta penduduk kg bukit kepong....

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.