Jet Berlanggar di LIMA Langkawi



Innalillah...

Bermacam hal yang tak molek berlaku di negara kita ni sejak 2014. Kali ni di pameran Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition kali yang ke-13.



Masa anak aku kata, "kapal terbang berlanggar di Langkawi" Allahu...kes kapal terbang lagi! Ingatkan commercial airlines, ceh! Tapi kemudian bila mendengar fighter jet, terbayang pulak empat orang pilot wanita China yang tengah viral tu.

Semalam 15 Mac 2015, dua jet KT-1B yang dipandu oleh Jupiter Aerobatic Team Indonesia berlanggar sesama sendiri semasa sesi latihan untuk persembahan di LIMA yang akan berlansung dari 17-21 Mac 2015.

Perlanggaran tersebut telah menyebabkan kebakaran ke atas dua buah rumah dan kenderaan penduduk di Kampong Glam Haipo, Langkawi. Walau bagaimanapun keempat-empat juruterbang yang telah dikenalpasti sebagai Arief Hartono, Sri Rahardjo, H.S Romas and Hunaidi Syarif Romas hanya mengalami kecederaan ringan kerana sempat melakukan 'ejection'. Kalau mereka pengsan selepas berlanggar tu habislah...

Kemalangan jet (pesawat ringan) milik Indonesian Air Force (AU-TNI) yang berlaku jam 2 petang itu, setelah ditimbang tara, menyebabkan pihak Indonesia membatalkan penyertaan mereka untuk acara tahun ini. Orang dilanda musibah, banyak hal yang berkaitan perlu difikirkan.

Dua jet berlanggar di LIMA itu merupakan salah satu daripada lima team yang akan membuat pertunjukan. Yalah, semua pihak nak menunjukkan kehebatan masing-masing. Lagi rapat mereka boleh berselisih lagi hebatlah tetapi risikonya sangat tinggi. Mujur tak mati.

Apa-apapun LIMA pasti menjanjikan yang terbaik setiap kali diadakan. Cuma yang tak tahan sewa hotel, kereta dan makan minum selama seminggu di Langkawi ni agak membebankan jugalah.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LIMA adalah pameran maritim dan aeroangkasa antarabangsa yang diadakan di venue tetapnya, Langkawi. Ia dikategorikan sebagai salah satu pameran yang berpengaruh dan berprestij dalam memperkenalkan jentera baru dan proses jual-beli yang menyaksikan transaksi berbilion ringgit.


 

Post a Comment

0 Comments