Game terbaru di Escape Room Seremban!



Kepada yang berkeluarga, adakah anak anda dok melekat dengan gajet memasing setiap masa dan hanya keluar bilik bila suis wifi dimatikan?



Atau...adik-adik yang masih belajar nak membuktikan bahawa kamu lebih hebat daripada kengkawan yang lain?

Well, Escape Room memberi peluang kepada anda untuk get together mengeratkan silaturrahim sesama keluarga dan kenalan dengan TUJUH game termasuk game terbaru di Escape Room Seremban FIRE FIGHTER- The Ultimate Challenge.

YB Exco Pelancongan Negeri Sembilan, Dato' Tun hairudin, Dato' Jason, Pengarah Tourism Malaysia Negeri Sembilan Encik Zaidi Kassim dan Datuk Patrick.

Bagaimana nak bermain permainan minda ni?

haa.... Dalam game ni kita kena solve the puzzle yang diberikan untuk mendapatkan kunci dan keluar dari bilik bertema tersebut. Setiap barang yang ada di dalam bilik tersebut ko kena suluh dan beleklah, untuk mendapatkan clue. Tak kiralah majalah ke.. frame gambar ke.. laci ke...semua kena belek TAPI jangan sampai kopek wall paper dan lantai pulak, tak ada apa yang tersorok di situ.

 Yang ini game Fire Fighter tu. Game ini yang terbaru dalam siri ER, first in Malaysia setinggi 3 tingkat. Nampak diorang tengah mencari clue?

Team kami memilih Room 13 kengkononnya nak yang senang sikit tapi dah dekat setengah jam masih terkial-kial nak buka pintu lif haha..

Bilik ini sebenarnya malap jer.
 

Keseluruhan bilik cahayanya malap. Kita akan dibekalkan dengan dua jenis lampu suluh.

Setiap game memerlukan minima dua orang dan maksima 6 orang. Sangat bagus untuk pelajar sekolah mengasah minda. Memang laku keras Escape Room dengan bebudak yang bersekolah di bandar. Best weh! Kita buat beberapa team dan pilih tema permainan yang kita hendak dan cuba keluar dari bilik tersebut dalam masa 45 minit. Siapa paling cepat dia menang. Siapa lambat atau menggunakan talian hayat, kalah. Semudah itu (kononnya....haha).


Are you up for real life challenge?
Then challenge your senses with these seven real life interactive game craze:

Up Bon Voyage
Prison Break
The Mummy
The Overlook Hotel | Room 13
Heaven and Hell
The Secret Lab

Escape Room Seremban dibuka setiap hari termasuk cuti umum.
 
Waktu operasi Isnin-Jumaat
11 pg - 5 ptg ... harga tiket RM32
5 ptg - 1 pg ... harga Tiket RM36
 
Waktu operasi Sabtu, Ahad dan cuti umum
11 pg - 1 pg
Harga Tiket RM36

 
 
Escape Room Seremban
Lot T07-T10, 3rd Floor
Seremban Prima Shopping Mall
Jalan Dato' Bandar Tunggal
70000 Seremban
Negeri Sembilan
Tel : 06-7622751


Kalau nak tiket dengan harga diskaun boleh menjadi ahli Friends of Negeri Sembilan dengan mendaftar secara percuma di fb page mereka di sini. Dari RM36 turun kepada RM28 banyak tuuu... RM8 x 6 dah berapa?
 

Post a Comment

1 Comments

  1. DAFTAR DI SINI HEHE

    https://docs.google.com/forms/d/1G159w1IXnIBmHypzxltsvZr6wiJwEf0cqet6LpXGl1k/viewform

    TMNS

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.