Thailand | Bagaimana nak ke ladang bunga matahari dari Bangkok? Meh nak cerita


Bagaimana nak ke ladang bunga matahari dari Bangkok? | Tahun lepas aku ke Bangkok di bulan Februari juga. Masa tu bunga matahari pun dah habis musim dan aku sibuk nak ke Kanchanaburi dan Pattaya. Tak adalah beriya-iya sangat nak ke sunflower field tu.


Sebelum aku terbang ke Phnom Penh kali ni adalah pulak travellers yang pi post gambar bunga matahari selebar pinggan, banyaaakkkkkk pulak tu. Haishhh mau tak geram! Jadi aku nak pergi juga walaupun musim kembangnya dari November ke Januari. Aku agak (berdoa sebenarnya) mungkin ada lagi. Takkans emua kembang serentak kot? Nak sedapkan hati sendiri.

Kengkononnya nak naik train pukul 7 pagi tapi terlepas. Entah kenapalah aku ni, timetable ada bangun pun awal tapi boleh tertinggal keretapi. Di Hua Lamphong Railway Station tu kan, kalau kita nak beli tiket untuk naik masa/hari tu juga kita terus ke kaunter tak payah ikut beratur. Kita ni being civilized people beraturlah juga takkan nak ikut perangai orang negara tuttttt.... then orang depan suruh pergi terus ke kaunter. Aku pun hairan jugak sebelum tu kenapa ada yang beratur dan ada pelancong terus ke kaunter

Ticket seller tu tunjukkan harga..hah?! ngak mau! ngak mau! hahaha....tak nak aku bayar 370b. Iolls nak naik 3rd class train je... baru 28b untuk journey selama 2 jam 45 minit.

Train Northern Line ni akan melalui Don Muang Airport dan Ayutthaya. Kalau you turun di DMA kena naik jejantas tu. Ada dua lagi bas dari Mo Chit bus stop berhenti di stesen ni. Kalau nak ke Museum of Contemporary Art boleh turun di stesen Bang Khen sebelum DMA. Ramai betul foreigners yang turun dan naik di Ayutthaya. Aku dah cancel plan ke sini.

Sebelum anda ke ladang bunga matahari di Lopburi atau Saraburi please make sure u all pergi between November and January each year. In December ada special dialy train trip ke sana. Kalau datang bulan Februari macam aku hari tu ado lah bunga matahari tu tompi dah tokih tokih (ada tapi dah pengujung)... adalah seluas dua lot rumah teres. Itupun saiz anak dara belum kembang benar lagi. Yang sebesar muka aku takde. Ladang yang saujana mata memandang tu dah habis di tuai.

Aku nak berkongsi cara yang agak lambat tapi menarik untuk ke sunflower field.


How to go to Lopburi Sunflower Field from Bangkok? Meh nak cerita...

Ni kiranya ko dah sampai kat Lopburi Railway Station lah ye. Ko pergi le kencing sesiap hahaa... lelaki takpe ler boleh meracun rumput kat mana-mana. Toilet di Thailand bersih dan biasanya ada water hose.

Ni nak bagi tahu bahawasanya Tourism Thailand telah meletakkan staf yang tepat di Tourism Thailand Office di Lopburi Railway Station. Intonasi suaranya, bahasanya dan body languange menggambarkan dia seorang yang layak diberi jawatan sebagai front liners in tourism industry. Tak perasan pula nama lelaki ittew. Aku percaya staf Tourism Malaysia pun bagus juga. Banyak komen positif yang aku baca tentang our TM staffs.

Keluar dari train station tu ko jalan ke kanan sampai kat round about yang ada shrine tu. Melintas ke kanan dan lintas ke depan pulak ke bus stop. Nak berjalan kaki ke stesen bas Lopburi di pekan baru boleh tapi fuhhh cair mekap. Aku naik tuk tuk yang macam di Pattaya tu 8b dan turun dekat jejantas. Ni ko kena bagi tau nak turun kat Boe Khoe Soe (bus station). English kurang dituturkan di seluruh Thailand termasuk daerah ini walaupun ramai pelancong barat.

Gambar dari atas jejantas. Tak adalah sibuk sangat bandar Lopburi di waktu ni.

Naik bas 601 heading to Wangmoung, 15b. Cakap nak turun di Khao Jeen Lae. Tunjukkan gambar bunga matahari lagi bagus. Aku sebut dan tunjukkan gambar bunga kat skirt aku hehee... Driver berbahasa ayam kata yang bunga tu dah tak ada, tak payah pergi. Aku pulak cakap bahasa itik, tak kisah nak pergi jugak. Hahaa...degil.

Ya Allah punyalah slow bas tu 40 minit baru sampai. Dan, driver berborak sampai terlupa nak turunkan aku. Nasib baik aku alert!


 Keep your eye to the left. Bila nampak kedai kopi ni sila turun lalu berjalan masuk ke jalan kampung tu. Kalau nak tengok ladang yang lebih luas kat dalam nun cuba hitch hike.

 Yang ini je tinggal iskk...
 
Walaupun aku sebenarnya dah tahu musim berkembangnya bunga-bunga tu tapi naluri mengatakan mesti ada punya...tanam nenas boh peransang pun ada juga yang lewat sikit berbuah. Anak kembar yang menyusu susu cap gantung yang sama pun membesar tak sama saiz. Giteww aku berfikir. Tak putus asa gituh.

Sesampai je di sana, kakak yang berjualan di kampung tu kata,

No flower, come next year! Sedih.

Aku tak masuk jauh ke dalam sebab di situ pun pokok dah mati. Ambil jugalah gambar kan buat kenangan. At least aku dah pandai ke sini. Mana tahu ada rezeki di lain hari boleh bawa keluarga pulak. Negara Siam ini ada banyak tarikannya.

Then aku keluar ke jalan besar dan tunggu bas di seberang nun. Tetiba ternampak ladang bunga matahari di sebelah cafe. Apa lagi...? Barulah dapat guna tripod yang aku dok usung ke hulu ke hilir.

hahaa...ko pernah tengok foreigners bergambar kat Malaysia tak? yang dekat taman bunga? pernah rasa kelakar? sekarang akulah foreigner tu dah aku tak tahu berapa ramai yang lalu lalang tu gelak hahaha.... aku pun tergelak bila ingat balik. Set kamera, lari lari..klik! set kamera lagi, lari lari...klik!! hahaa... lantaklah sekali tu je pun diorang nampak aku.

Di sebalik pokok besar tu ada ladang yang lebih luas
 
Aku tetap memilih train untuk balik ke Bangkok walaupun banyak je bas dan mini bus ke sana. Yang bagusnya di Thailand ni, bendera negara bersaiz kecil dan sederhana dikibarkan dengan banyak di setiap stesen. Kiranya kalau kita terjaga dari tidur tengah terpisat-pisat tu tahulah yang kita ni dah berada di Thailand. Yang lagi kos effektif tiada jejantas. Tempat melintas dibuat di landasan itu sendiri sama seperti yang aku lihat di Indonesia. Mudah dan menjimatkan masa serta kos. Isu keselamatan? Aku rasa kerajaan mereka lebih faham dan tahu. Mereka lebih faham hal rumahtangga mereka.


Aku naik yang pukul 5.27pm berebut dengan budak sekolah. Ramainyalah diorang ni... Hari tu ada KOKO. Aku perhatikan baju KOKO mereka ringkas je.. masih citarasa Thai, berpoket di dada dengan warna berbeza mengikut 'rumah' sukan. Tak ada cop segala. Jimat kos i guess. Bebudak ni kan, 1 daripada 4 orang ada smartphone. Sementara menunggu train tiba berlonggoklah mereka diatas lantai dan di landasan sebab seat tak cukup. Lantai bersih, toilet pun bersih.

Balik ni koc berhenti di setiap stesen dan ada diantara para pelajar ini yang tinggal sejauh stesen yang keTUJUH! Pukul berapalah nak pergi sekolah tu? Tak tahulah kenapa mereka bersekolah jejauh ni..nak sekolah yang bagus ke atau tak ada sekolah di kampung mereka. Hmmm... rasa bertuahnya anak-anak sendiri.













 
 

1 comments so far

Saya suka bung matahari sebab nampak cantik dan terang benderang warnanya tapi kelakar tengok gambar bunga matahari yang tinggal tu he he.

I appreciate your comment so let s say something
EmoticonEmoticon

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free