Cambodia | Tuol Sleng Genocide Museum (S-21) in Phnom Penh



Tuol Sleng Genocide Museum (S-21) in Phnom Penh

Cambodia atau Kemboja yang bersempadan dengan Laos, Vietnam dan Thailand ni sebenarnya hanya selamat untuk pelancong bermula tahun 1990. Negara yang dulunya bernama Kampuchea ini dijajah Peranchis sehingga tahun 1953. Selepas Peranchis melepaskan genggamannya banyak kisah duka dan kekejaman peperangan yang mereka hadapi dengan Thailand, Vietnam dan bangsa Khmer sendiri. Hingga kini masih ada periuk api yang tertanam di kawasan tertentu menanti mangsa.
Sebelum tahun 1975 Tuol Sleng adalah sebuah sekolah tinggi sebelum dijadikan tempat siasatan, penyeksaan dan penjara yang dikenali sebagai S-21 oleh Khmer Rouge. Banduan dari pelbagai lapisan masyarakat disiksa untuk mendapatkan maklÅ«mat dan mengaku bersalah walaupun sesetengahnya terpaksa mengaku kerana dah tak tahan dipijak, dipukul, disimpah air garam pada luka, dirantai, ditonggengkan kaki ke atas kepala ke bawah, dihentak dengan senapang, dicabut kuku dan gigi hiiiii..... tak tergambarkan seksaannya. Yang dikira bersalah akan di bunuh di Choeung Ek atau The Killing Fields.

Seramai 17,000 telah ditahan di sini yang mana hanya beberapa orang saja yang dilepaskan atau lepas lari. Tapi yang lepas lari tu siaplah anak binÄ« dia... takkan terlepas punya. Inilah yang paling mengejutkan rakyat Kemboja kerana mereka dibunuh oleh bangsa Khmer sendiri yang mereka sangkakan penyelamat selepas pertelingkahan  yang panjang sebelÅ«m tu. Asal melawan sistem pemerintahan sosialis/komunis Khmer Rouge tu akan ditangkap tak kiralah penyanyi ke, pendidik, cerdik pandai, askar hinggalah rakyat biasa seperti petani dan buruh.

Bangunan lima blok Ä«ni sekarang dijadikan muzium sebagai peringatan dan bukti betapa kejam dan menggilanya regim Khmer Rouge yang diketuai Pol Pot suatu ketika dulu. Pemerintahan komunis ini berakhir pada 15 Mac 1992 apabila diambil alih oleh Pemerintahan Transisi PBB.

 Camano nak lari ni??

 Kelas dibuar sekatan dan dijadikan sel. Di situlah segala urusan dibuat. Ada yang 'dihumban' di sini bersama anak bayi mereka. Sesak dada melihat gambar-gambar yang dipamerkan. Rasanya mangsa di bilik ni masih hidup sampai sekarang.

 Kaki diikat di katil dan diseksa sehingga mendapat maklumat atau mengaku. Sehingga kini di sebahagian kelas masih terdapat kesan darah mangsa. Innalillah...sampai hati menyeksa bangsa sendiri.

 Tempat bersukan bebudak sekolah dijadikan tempat seksaan. Kaki diikat ke atas tangan diikat ke belakang lalu kepala direndam dalam air baja yang busuk.

 Orang yang disyaki akan diambil gambar dan diukur badannya. Tengok tu, dia tengah memangku anaknya. Aku sedih betul tengok gambar ni. Biasalah mak mak ni... Kaum wanita 'dimatikan' dengan mengetip puting bauh dadanya

Datanglah sini tengok sendiri gambar-gambarnya
 
Sekadar informasi tambahan, siapakah Pol Pot?

Pol Pot atau Saloth Sar dilahirkan pada 19 Mei 1925 di Kampung Thrum, Kemboja dan menjadi Perdana Menteri Kamboja dari tahun 1976 hingga 1978. Pol Pot merupakan pelajar yang bijak jugalah sehingga dapat menyambung pengajiannya di Peranchis. Sebelum tu kan Peranchis menjajah Kemboja ni so mesti ada give and take di situ agaknyalah...pepandai je aku huhuu..

Masa kat sana dia ni aktif dengan pertubuhan pelajar dan gerakan buruh. Bila tak lulus peperiksaan konolah balik kampung kan...eh, kat universiti Peranchis dulu tak boleh repeat paper ke?

Pol Pot mula aktif setelah ibu negara Kemboja, Phnom Penh jatuh pada tahun 1975. Memula rakyat Kemboja suka, ingatkan rejim ni la penyelamat dari duka nestapa tapi hampeh. Direkodkan seramai 2 juta rakyat Kemboja mati semasa pemerintahan Pol Pot.


Tiket masuk
usd3

Movie time
Morning 10am
Afternoon 3pm
 
Ko rasa berhantu tak sekolah lama ni?

Nanti kita tengok pulak The Killing Fields. 

Post a Comment

1 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.