Penyu bertelur di Cherating



Hilights untuk percutian di Cherating antaranya adalah ......

kita tengok penyu bertelorrrr
kita tengok penyu bertelorrr....

Kalau nak ke Cherating Turtle Santuary ini kita kena masuk di satu simpang yang dijaga oleh Aaron Aziz. Tak tahulah berapa lama dia nak sambut kita kat situ.. sampai habis kontrak la kot. Free aje nak melawat tempat ni but kindly show our support by donating some money. Banyak duit yang kita sumbangkan lebih banyak research boleh dilakukan. Masukkan aje ke dalam tabung yang disediakan kat pintu masuk tu. Erti hidup dengan memberi kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Selain di Cherating, Pahang, ada empat santuary di Terengganu yang mana Kemaman adalah yang terdekat dengan Cherating.  Ada tayangan video dan guide di sini. The santuary close on Monday.

Yang lima eor tu kura-kura, yang lenlain tu tuntung dan labi-labi


Kekecik dah diajar makan sayur kobis

Penyu-penyu ni diasingkan dua tiga hari sebelum dilepaskan ke laut pada waktu malam.

Sehingga tahun lepas, kesemua penyu yang mendarat di Cherating ditandakan dengan klip yang diimport khas dari Amerika. Penyu yang ditandakan pada tahun 2010 ada yang dah mendarat semula. Sure semua pihak yang terlibat ni berpuas hati dan gembira. Mana taknya, anak balik kampung, mau tak seronok. Di negara ehem ehem, penyu yang melancong ke perairan negara mereka pun ditandakan, boleh gitu? Cara kita lebih tepat rasanya.

YB Dato Shakar, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan & Kebudayaan Negeri Pahang pun ada. Cuba bayangkan budak perempuan tu anak ko kak, mesti sampai tahun depan pun dia akan sibuk bercerita yang dia lepaskan anak-anak penyu ke laut. Betulllll i tell you, anak aku pun sampai la dok bercerita trip pi Pulau Jerejak tahun lepas. Toksah dok ajak anak pi shopping mall-lah, bosan depa. Perkenalkan kat anak-anak kita tentang eco-tourism lebih baik. Good for them, good for the turtles too.

...bawa daku pergi...
kita lari lari
mencari realiti


run baby run !



Sedihnya, cuma 1% sahaja anak-anak penyu yang akan hidup :(( Sedih pulak mengenangkan nasib anak-anak penyu ni hikkssss

Matinya atas sebab natural death, dimangsakan binatang lain, juga oleh tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab. Ingatan untuk kita: binatang tiada akal seperti manusia. Mereka tak boleh berfikir sama ada plastik tu boleh dihadam atau tidak so jangan buang sampah sarap ke dalam laut! Juga jangan digulai ! Eksotik konon.

Musim kali ni sebanyak 1,698 ekor penyu telah mendarat dan bertelur dan setakat 26hb September sebanyak 160,000 biji telur penyu telah direkodkan. Musim penyu bertelur bermula dari bulan Mac hingga September yang mana bulan Mei, Jun dan Julai adalah peak season. End of May until June cuti sekolah dua minggu, plan to repeat your holiday in Cherating now!

Penyu akan mendarat di malam hari dan setiap ekor penyu akan naik 5-10 kali untuk bertelur dalam satu-satu musim berselang 10-12 hari. Ingat tak dulunya kita baca dalam buku sekolah Rantau Abang tempat penyu bertelur. Sekarang dah kurang mungkin sebab kawasan tu dah terang. Penyu perlukan kawasan gelap sehinggakan nak ambil gambar pun tak boleh guna flash.

Oleh kerana penyu semakin pupus (ada antaranya dah tak mendarat lansung di sini), lepas je mak penyu kembali ke laut pihak renjer akan mengalihkan telur-telur tu ke pusat penetasan. Biasanya penyu akan bertelur sebanyak 70-140 biji dalam satu-satu masa tapi pernah direkodkan 168 biji bagi seekor penyu, giler banyak, jenuh meneran. Kata orang kolesterol sebiji telur penyu sama dengan 20 biji telur ayam. Pernah cuba makan masa kecik dulu erkkk...tak selegho den. Dighobuih pun tak kogheh.

gambar dari leisuretourmalaysia.blogspot.com

Masa ni si mak penyu telah habis bertelur dan mula mengambus telur-telurnya. Kuat tau tangan dia sampai berpasir kamera aku.

Telur akan dipindahkan ke lubang sedalam 3 kaki, ditandakan dan dieramkan selama 45-60 hari. Sekarang ni pihak bertanggungjawab cuba untuk menetaskan penyu-penyu jantan dengan menyediakan tempat sejuk. Gitu kekdahnya.... Informasi ni semua aku dapat dari Paksu Ripin. Kalau ada yang tersilap tu memang salah akulah tu. Biasalah, dalam lecture hall pun daripada 100 students ada yang dapat ilmu 80%, ada yang 50%, ada yang 20% ajek sebab main game kat belakang...ehhh siapa tu?

The babies tu akan dilepaskan ke laut pada waktu malam mengikut cara hidup semulajadinya. Untuk memastikan anak-anak ini pulang ke 'kampung halamannya', mereka akan dilepaskan kira-kira 3-4 meter dari laut. Gambar-gambar siang yang di atas tu special case sempena Media Familiarization Trip. Sedihnya pulak, dalam beratus tu cuma sekor dua aje yang akan hidup.

Kalau ada sesiapa yang tak nak melepaskan peluang keemasan ni bolehlah call Paksu Ariffin di 013 9064828/017 9279678 atau add dia di fb Pak Su Cherating.

Siang kita berendam di kolam Legend, malam kita tengok penyu bertelur...

Ada lagi tempat yang best, sabar ya.



Post a Comment

3 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.