Menjejak Sejarah Melaka | Melaka Heritage Trail



Jika ditanya dengan soalan negeri manakah yang kaya dengan sejarah penjajahan dan terkenal di dunia suatu ketika dahulu? Tidak sukar untuk kita menjawab MELAKA. Melaka sehingga kini menjadi tumpuan manusia. Bezanya, dahulu untuk perdagangan tetapi kini sebagai pusat pelancongan. Melaka yang telah berusia 752 tahun kini sedang dimajukan untuk fasa kedua yang mangambil masa sehingga tahun 2020.


Terdapat 12 subsektor pelancongan di Melaka diantaranya ialah sejarah, makanan, membeli-belah, dan pendidikan. Sejak 10 tahun lalu ia semakin berkembang dengan sektor pelancongan perubatan terutamanya dari rakyat Sumatera Barat terutamanya dari PekanBaru, Dumai dan Pulau Karimun kerana lokasi yang berdekatan dan harga berpatutan sehinggakan ada diantara hospital swasta di Melaka menyediakan hotel di dalam kawasan hospital untuk ahli keluarga pesakit menginap.Haaa… itu yang mereka suka, tidaklah bosan sangat bila berada di hospital, ada masanya tetap terus dapat keluar melancong.Yang paling mendapat tempat dihati para pelancong ialah Melaka River Cruise.

Satu perkara yang harus dipuji dengan tiga pihak berkuasa yang terlibat dengan pelancongan negeri Melaka, mereka bersepakat dalam meningkatkan, memajukan dan mempromosikan produk pelancongan negeri. Mereka juga mendapat sokongan padu daripada para NGO. Rakyatnya turut sama menjaga keindahan persekitaran rumah masing-masing dan ramah mesra kepada pelancong. Kalau tak percaya korang pergilah memandu ke kampung-kampung, agak sukar untuk kita melihat kawasan rumah yang kotor dan semak samun. Seriusnya mereka dalam industri pelancongan sehinggakan bekas Ketua Menteri Datuk Ali Rustam pernah menegur sendiri seorang pengusaha sebuah hotel setelah membaca komen pelancong di internet (bad hotel review).

Okay mari kita berbalik kepada cerita Menjejak Sejarah Melaka | Melaka Heritage Trail. Walaupun kita pernah belajar mengenai sejarah Melaka dan banyak sumber lain yang boleh memberitahu kita tentang itu, menggunakan khidmat pemandu pelancong ketika membuat lawatan adalah yang terbaik. If you wish to have a free guided tour for Melaka Heritage Trail do it on Tuesday, Thursday and Saturday. Masanya antara 9.30 pagi hingga 12 tengahari dan perlu mendaftar di Tourist Information Centre.

Cerita sejarah Melaka yang kita fahami dimulai dengan cerita Parameswara yang beragama hindu berasal dari Palembang. Negeri Islam hanya bermula ketika kesultanan Melaka. Program yang akan kita buat laluannya akan bermula dari bangunanStadhuys Town House atau Dutch Square atau Red Square yang dibina pada tahun 1650 naik kebukit St Paul lalu turun ke kubur Belanda membawa ke tinggalan kota A’Famosa, ke muzium negeri dan kemudiannya tugu peringatan kemerdekaan.

Melaka diserang Portugis pada tahun 1511 setelah pihak tersebut datang recce semenjak dua tahun sebelumnya. Cerita tersebut ada dipaterikan pada papan batu di kawasan yang kita akan lalui setelah turun dari bukit St. Paul. Seronok sangatlah kita bila omputeh datang sinikan…padahal mereka datang ‘melawat bakal kawasan jajahan’. Selepas itu Melaka dijajah pula oleh Belanda dan kemudiannya British. Ketika pemerintahan British ia dimasukkan ke dalam negeri-negeri Selat bersama dengan Singapura dan Pulau Pinang. Melaka yang dua kali lebih besar dari Singapura telah berusia 752 tahun.

Portugis dikatakan menyerang Melaka untuk menguasai perdagangan rempah. Seperti mana kini kuasa-kuasa besar menyerang negara arab secara fizikal dan halus untuk menguasai stok minyaknya yang banyak, tujuh keturunan pun makan tak habis. Mereka membawa bersama agama Katolik dan membina gereja bila berada di sini. Pihak Portugis juga telah merobohkan istana Melaka untūk membina kubu (fortress). Batu yang mereka gunakan pula adalah dari jenis laterite yang diambil dari Pulau Melaka.
 
 Batu laterite

Stadhuys Town House yang asalnya berwarna putih telah dicat merah pada tahun 1911 dan kekal hingga kini.Ia dibina oleh Belanda dan terletak bersebelahan Christ Church yang dibina pada tahun 1753 untuk penganut mazhab Protestan. Di hadapannya pula Queen Victoria coronation fountain. Bangunan Stadhuys milikan Belanda pada suatu ketika dahulu ini dibina menggunakan batu bata.

 

Tour guide membawa kami melawat gereja lama, Christ Church, yang masih digunakan. Ia mempunyai keluasan 40’ x 80’ dengan beam setinggi 40 kaki. Orang Eropah ni berfikiran jauh, fikiran mereka maju berpuluh tahun daripada kita sebab tu mampu menakluk negara yang beribu batu jauhnya. Cara bangunan dibina pun menunjukkan mereka mengkaji sistem pengudaraan dan ketahanan bangunan. Bayangkan dah beratus tahun pun masih tahan lagi. Bangunan kita baru beberapa tahun dibina dah retaklah, runtuhlah, berlopak airlah….Habislah kasut kulit menteri terendam dalam takungan air di KLIA2 tu. Eh, korang tengok tak dalam newpaper? Menyinsing seluar uolllssss….

Inilah pengalaman kali pertama masuk ke gereja. Cubaan pertama di Gereja Blenduk di Semarang dulu gagal.
 
 Di lantai gereja


 
Seorang paderi Katolik dari Sepanyol, St Francis Xavier yang yang meninggal dunia pada tahun 1553, telah dikebumikan selama sembilan bulan di Gereja St Paul (Bukit St Paul) sebelum dipindahkan ke Goa, India. Mayatnya diletakkan kapur untuk mengawetkannya. Di atas bukit St Paul ini dulunya terdapat sebuah bangunan putih yang mempunyai menara pandang dan rumah api.

Bukit St Paul
 
 Tahun 1656


Semasa turun dari Bukit St Paul ini kita akan melalui tanah perkuburan Belanda sebelum menemui kota A’Famosa. Sebenarnya kawasan hadapan yang banyak bangunan tu telah ditambak oleh British. Di sebelah kiri A’Famosa ialah Muzium Negeri manakala di sebelah hadapannya (kanan) tugu kemerdekaan. Komen spontan kami pada masa tu, haa…besar ni je tugu kemerdekaan selepas 300 tahun dijajah?? Sedih giler. Macam tak appreciate kemerdekaan je gayanya. Rupanya bukan kami sahaja yang merungut, dah ramaiiiii termasuk anak kepada Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman jadi menurut pihak agensi yang berkaitan mereka akan memperbaikinya.

 
  Kubur Belanda

Muzium Melaka
 
dari depan: ruggedmom, ramble and wander, sekodeg, sunrise emily, destina asia - ala New Kids on the Block gituh


 
 Ini le batu tanda peringata kemerdekaannya. Sedih kan?

 Bekas kota lama

Berdekatan tugu tersebut juga boleh dilihat jelas tinggalan kota lama di dalam tanah. Tak boleh nak buat apa dah….di sekelilingnya penuh dengan bangunan. Baco buku sejarah yolah nampak eh.

Selain perkhidmatan bot dari/ke negara seberang yang beroperasi dari tengah-tengah kawasan pelancongan, Rayani Air juga akan memulakan operasinya tidak lama lagi dengan lima laluan domestik sebagai permulaan. Mungkin penerbangan sulung mereka dari Melaka-Kota Bharu-Melaka.

Seronok belajar sejarah sekarang ni sebab kita dapat pergi sendiri ke sesuatu tempat tu dan mendapatkan informasi daripada pelbagai sumber. Takdelah bosan macam di sekolah. Dulu masa sekolah harapkan buku teks sajalah (dalam buku teks tu pulak ada majalah Gila-Gila hahaa..) dan buku teks itu pula bersumberkan apa yang ditulis oleh penjajah juga. Cerita kehebatan dia je lah. Macam cerita Amerika berperang dengan Vietnam, Hollywood kata Amerika menang sedangkan hakikatnya kalah dengan orang Vietnam yang kurus keding tu. Mengelentong je kejenye.



------------------------------------------------------------------------------------------------------

Projek Melaka Gateaway di Pulau Melaka akan memakan masa selama 20 tahun. Tarikan yang seterusnya yang bakal diadakan di Melaka ialah teksi air (water taxi) dan Freeport A’Famosa Outlet Village (premium outlet from Europe). Bergasaklah korang shopping kat sana nanti. Untuk bapak-bapak yang tak tahan mengekor bini shopping tu lebih baik bawa anak mandi-manda di A’Famosa Resort atau Melaka Waterworld. Lotih mengikut pompuan shopping nih…den pun tak tahan hahahahaha….

Destinasi lain….untuk peminat sukan ekstrim boleh ke Tasik Cincin manakala Sungai Linggi adalah untuk mereka yang sukakan eko-pelancongan. Lorong belakang di pekan lama pun dikatakan telah dinaiktaraf, tak tahulah dibuat macammana….ada laman seni jugak kot. Bandar Melaka tak boleh diubahsuai sesuka hati kerana tertakluk dengan syarat-syarat UNESCO.

Untuk mengurangkan kesesakan kenderaan yang nak masuk ke Melaka, kita boleh memasukinya melalui jalan pesisir pantai dari Port Dickson selain Alor Gajah. Manakala dari Singapura dan Johor boleh menggunakan tol Jasin. Walaupun di Melaka Tengah sahaja terdapat 200 hotel yang kebanyakannya bertaraf 2 dan 3 bintang, kalau nak bercuti di Melaka during peak season haruslah book dahulu. Kekadang homestay yang agak jauh dari bandar pun fully booked. Jangan terkejut pula bila nampak ada caj warisan dalam bil hotel korang nanti ya. Ala…dua hengget je pun.


Melawat Melaka boleh disamakan dengan melawat Malaysia. Jom ke Melaka!








4 comments

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free