Sukarkah Memohon Sijil Halal JAKIM? Assalamualaikum semua. Scroll facebook tadi ternampak perbincangan tentang status halal restoran di satu page influencer (chef). Memang selalu dia mewarwarkan fasal status halal haram dan syubhah berdasarkan pengalamannya. Dalam banyak hal aku setuju juga dengannya sebab sebahagian muslim ambil mudah bab halal haram makanan ni (taklah kata rasuah tu halal 😏).
Kebetulan malam semalam aku baru ke rumah saudara yang menjadi pegawai bahagian halal ini. Dia agak terkenal jugalah tapi kami datang atas urusan lain. Lucunya kami ambil masa yang begitu lama ikut jalan jauh sebelum sampai rumah dia. Bayangkan dari Kesuma Lakes di Rinching google maps bawa berpusing-pusing masuk Lebuhraya PLUS naik jalan tinggi atas langit, buat u-turn berdekatan Park Royal Bukit Bintang kemudian masuk Terowong SMART baru sampai. 42km beb! hahahhaha... Entah berapa kali lalu plaza tol yang dalam RM11.50 jugalah kena. Naya sungguh! Dari selepas Maghrib kami bertolak selepas Isyak baru sampai padahal kat Cheras je 😂😂. Serentak pula sampai dengan si ustaz tu baru balik dari masjid hahahha...dia pun tak sedar kami belakang dia. Balik tu lalu tol Bukit Dukung jer. Adoi la...
"Sampai juga Kak noh..." Dah banyak kali ajak datang rumah akhirnya sampai juga kak hang 😄
Kenapa Perlu Memohon Sijil Halal?
Banyak syarikat pengeluar makanan atau restoran bukan Islam memiliki sijil halal Jakim berbanding milik peniaga Islam. Kenapa?
Salah satunya sebab peniaga Islam kata mereka pastinya menyediakan makanan halal maka apa perlunya sijil halal lagi?
Mengapa pula peniaga bukan Islam bersungguh memohon sijil halal?
Sebab penduduk Malaysia majoritinya Islam, jadi kalau nak buat duit kena pastikan produk keluaran mereka halal. Mereka juga nampak penyata akaun tak berhenti masuk duit jika dieksport ke negara-negara Islam yang lain. Misi mereka jauh lebih besar.
Dalam satu segmen Majalah 3 lama dahulu mereka menemuramah seorang tauke kedai kopi Cina di Kelantan. Dia kata makanan dia mesti halal sebab orang Cina tak ramai di sana. Sumber bahan mentahnya halal dan pekerjanya semua muslim. Aku juga pernah cerita betapa bangganya melihat produk halal Malaysia memenuhi sebuah kedai di Phnom Penh dulu.
Halal Bukan Hanya Sembelihan
Mencari yang HALAL LAGI BAIK (bersih, suci dan bebas dari najis) merupakan suatu kewajipan ke atas umat Islam. Dalam konteks dunia hari ini, halal tidak lagi hanya dilihat sebagai suatu kepatuhan di dalam beragama, tetapi ia telah meliputi segenap aktiviti yang dilakukan di dalam kehidupan dan menjadi suatu piawaian pilihan bukan sahaja di kalangan Muslim bahkan orang yang bukan Muslim. Halal merupakan suatu konsep yang boleh digunapakai dalam konteks yang luas iaitu ia tidak terhad kepada makanan semata-mata, malah ia meliputi perkara-perkara lain termasuklah produk-produk penjagaan diri, ubat-ubatan, perkhidmatan dan pengkomersilan yang berkaitan dengan industri halal.
Allah SWT menjelaskan berhubung perkara ini di dalam surah al-Baqarah ayat 168 Maksudnya: "Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada dibumi yang halal lagi baik; dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu".
Jangan Percaya Cakap Orang
Selalu dengar orang cakap bukan senang nak dapatkan status halal, mahal dan sebagainya. Nak tanyalah, sebenarnya cari info sendiri ke atau sekadar percaya khabar angin?
Sebenarnya proses permohonan hanya sebulan dengan yuran yang sangat murah RM200 sahaja dan kita juga boleh memohon serentak untuk beberapa produk. Paling penting kita patuhi penyediaan dokumen dalam senarai semak. Yang lama ialah proses menunggu pegawai Jakim datang buat verifikasi. Sama macam nak buka klinik, selepas siap renovasi masukkan peralatan dan lawatan Bomba, giliran lawatan verifikasi tu yang lama sebab pegawai-pegawai KKM kena mesyuarat dulu dan pergi satu Malaysia.
Dari dahulu lagi kerajaan galakkan peniaga muslim dapatkan sijil halal tetapi ada yang sinis. Jadi jika peniaga mahukan pasaran makanan halal yang lebih besar, mohonlah sijil halal Jakim. Sijil halal Jakim antara yang terbaik dan diyakini seluruh dunia. Jumlah penduduk negara-negara arab berjumlah 436 juta malah Indonesia yang di sebelah Malaysia sahaja pun sebahagian besar daripada 285 juta rakyatnya adalah muslim!
Buat je sendiri dulu tak perlu guna khidmat konsultan. Jangan cakap susah sebelum cuba, yang penting rajinkan membaca.
Bersembang Bukan Kosong
Dah alang kepalang berjumpa orang bijak pandai berbagai topik kami borakkan dalam masa yang sekejap tu sambil makan kepok lekor baik punyer. Sedak dooh rasa ikang semata. Banyak kali dia ajak datang makan tengahari pula. Nanti kami mai lain naa...
1. Aku tanyalah tentang pengimportant ayam dari China dan Brazil. Tak payah risau katanya, kita ada wakil di sana.
2. Bila dia dah kerja bahagian tu, dia kata orang Cina sekecil-kecil benda pun diambil serius dan boleh jual. Dia ada sebut produk berasal daripada terung, apa namanya entah, itu pun mereka mohon sijil halal.
3. Dengan berkembang pesatnya permintaan produk halal, peluang kerja sebagai Eksekutif Halal semakin banyak. Syarikat yang ada Halal Executive sendiri sangat memudahkan kerja.
4. Pasaran halal di Jepun semakin berkembang. Orang Jepun sangat jujur dan pembersih. Jika mereka berjaya memenuhi bab penyediaan bahan basah/kering halal serta pekerja muslim di dapur, sangat mudah bagi mereka untuk mendapatkan sijil halal.
Di Jepun agak susah untuk mendapatkan makanan halal. Jika lebih banyak premis menjual makanan halal, ia adalah satu blessing untuk para pelancong. Cuma korang janganlah bawa perangai kat Malaysia ke sana, makan diam diam hormati orang sekeliling. Orang Jepun sangat mengjaga keharmonian masyarakat sekitarnya sampaikan dalam train yang padat melekat pun senyap sunyi.
Prosidur Permohonan Pensijilan Halal JAKIM
Sila semak di sini:
https://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1/index.php?data=bW9kdWxlcy9jZXJ0aWZpY2F0ZTs7Ozs=&utama=sijil&view=%27
Memeriksa Status Halal Produk
Sila semak di sini:
https://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1/index.php?data=ZGlyZWN0b3J5L2luZGV4X2RpcmVjdG9yeTs7Ozs=
Semoga bermanfaat.
1 Comments
terima kasih sis...
ReplyDeleteJAKIM memang sijil halal power...
Feel free to leave your comment below. Thank you.