Rombongan Cik Kiah Bercuti ke Vietnam


Rombongan Cik Kiah Bercuti ke Vietnam | Ingat lagi aku bila sebut fasal komunis aje golongan tua yang terlibat di waktu tersebut akan bercerita dengan penuh perasaan. Bagaimana susahnya mereka ketika itu akibat ancaman komunis, bagaimana tersekatnya kebebasan apabila dikenakan perintah berkurung. Yang bersemangat juang pula tersepit diantara berjuang bersama komunis atau bersama pembesar yang dikuasai penjajah British.


Kini kita bebas untuk keluar masuk ke negara komunis seperti Cina dan Vietnam diatas tiket perniagaan dan pelancongan. Menariknya mereka menawarkan pelbagai barangan yang menarik dan MURAH sehinggakan tak jemu jemu kita ke sana. Macam-macam yang dijualnya kecuali mak dan ayah. Makanan pun sedap, sesuatu yang kita kena cuba bila ke negara orang.

Walaupun aku dah ke sana beberapa kali tapi kali ini aku membawa Rombongan Cik Kiah Bercuti ke Vietnam pula. Cik-cik Kiah yang terdiri kaum keluarga sendiri. Bila aku tanya,
"makcik nak beli apa nanti"
"Takdo apo…nak nengok tompek oghang ajo…"
Iyolah tu….sumpah aku tak percaya hahah… (memang sah statement coverline)

Kalau diikutkan aku nak naik bas saja dari airport sebab beg kami ringan tapi kesian pulak kat emak. Dia tetap pakai kasut bertumit dekat dua inci haishhh….jadi kami naik teksi dalam 150k VD kot menuju ke Thanh Truong Hotel. Lepas check-in teruslah kami memburu kain di Ben Thanh Market.
Terserempak dengan bapak mertua Noh Hujan di KLIA2 officiating AM Bank new branch - Tan Sri Azman Hashim, bapa Misz Nina.
 

Bilik deluxe di Than Thruong Hotel yang menyeramkan hahaaa...main tutup dengan langsir dari luar je. Bilik double kami agak sempit berbanding bilik jenis yang sama di sebelah.

Mungkin dalam blogpost sebelum iñi aku ada bagi nama beberapa kedai kain tapi kali ni aku hendak korang yang pergi ke sana explore kedai lain juga. Kedai yag tersebut ittew bukan main sombong lagi pekerjanya mungkin disebabkan dah banyak sales kot sebelum tu. Wuihh kita berhenti kat kedai dia pun tak angkat muka. Ko pergi lalu lalang kat kedai lain, ada juga kain yang menarik. Walaupun awalnya si penjual letak harga yang lebih tinggi tapi kalau ko bersungguh nakkan kain tu dan nak blah sebab tak dapat harga yang munasabah, dia akan bagi juga. Tapi agak-agaklahkan takkan nak minta rendah sangat. Bagi aku, sesuatu barang tu aku anggap murah kalau harganya lebih rendah daripada kebanyakan kedai lain atau memang lebih murah dari yang biasa aku dapat di Malaysia.

Membeli buat kenangan walaupun kat negara sendiri dijual lebih murah tu aku rasa kurang bijak. Lagi satu, ko kena bersabar dengan aktiviti tarik menarik tangan ni hahaa...aku yang sentiasa bermanis muka pun sampai ketat muka dengan penjual handbag. Punyalah kuat dia tarik tangan aku dan sengaja melambat-lambatkan memulangkan duit baki. Tu tak kira lagi dia bagi warna lain daripada yang kita hendak (nasib baik kita punya habit menayang ‘hasil rampasan’ dengan kawan sebilik tu yang dapat kesan penipuan mereka)

Baru sampai dah nak membeli-belah. Lokasi ni di Markidam berhadapan dengan kedai cermin mata Nhat Quang. Sangat frust sebab masih tak dapat memakai baju kurung bling bling
Aku selalu katakan kepada kawan-kawan yang nak melancong pertama kali ke sesuatu tempat yang baru, 4 hari 3 malam adalah bersesuaian jika penerbangan hanya mengambil masa sekitar 2-3 jam. Seeloknya sampai pagi di sana dan balik dengan flight malam. Baru puas berjalan. Jika dua malam seperti kumpulan yang ini agak terkejar-kejar. Kesemua tempat yang aku pernah ceritakan mereka nak pergi tapi masanya cuma tiga hari…mujur kedai-kedai kain dan pakaian berdekatan hotel. Beli beli beli dah lenguh tangan hantar balik hotel. Keluar semula dan beli beli beli lagi….hoiii banyaknya duit ko bawak.
 
Aku tak pasti bagaimana di Hanoi tetapi di Ho Chi Minh City ko perlu bajet RM30 seorang untuk sekalī makan. Dinner yan pertama tu kami kena RM37 seorang hadoiii….mahalnya! Ada kedai berpatutan harganya di luar Ben Thanh Market tu tapi pilihan makanan tak banyak dan rasanya boleh tahan sedap. Jangan tak makan pho, karipap dan kuih bingka ubi di kedai makan Hajah Basirah. Kalau nak murah kita kena makan di gerai orang tempatan, ada di kaki lima kedai. Minta makanan tempatan, kalau minta nasi goreng pattaya mungkin tak ado.

Hari kedua kami mengikuti tour Mekong River Cruise. Korang boleh refer kepada blogpost yang dulu…sama je cuma travel agency yang kali ini termasuk makan tengahari di Mekong tu. Jenuh berlapar nak menunggu group yang lagi satu. Mereka juga bawa kita singgah di kedai/gudang kain Danny tu. Cik Kiah saja yang membeli, murah katanya tapi bila aku tengok resit mak aku macam lebih mahal dari BTM je. Satu perkara yang kita kena faham, bila ada shopping stop selalunya dah ada kowtim diantara travel agent tempatan dengan pengusaha perniagaan. So ko rasa murah ke? Mungkin tidak. Sama juga kisahnya kalau ke Beijing. Memang ground pakej murah tetapi kita wajib pergi ke lapan tremis yang telah ditetapkan termasuk kedai-kedai kerajaan. Disebabkan itulah aku buat pakej aku sendiri, berjalan sepuas hati tetapi shopping di mana-mana sempat. Not fixed.

Petang tu juga aku buat cermin mata di kedai yang terkenal di kalangan pelancong Malaysia. Akak dah rabun dekat dik hiksss... kena bayar dalam RM120. Tak banyak pilihan frame yang aku berkenan di kedai ni. Ada banyak kedai lain lagi, seorang cik kiah buat sepasang untuk rabun dekat juga baru RM100 di kedai berdekatan hotel kami menginap. Sebenarnya aku berkira-kira juga nak buat ke tidak tapi omak den koba, boli yo lah, kek Pilah maha! Hahaa…


Aku sempat ke Masjid dan Ba Chieu market (bergerak dengan teksi dari masjid). Dalam berjalan kaki tu terjumpa pula jalan yang banyak terdapat kedai kamera. Aku tak check mahal kemurah tapi harga monopod RM48, lebih baik beli kat Malaysia baru RM15.
 
Kat jalan ni banyak dijual peralatan fotografi

Jamia Muslim Mosque, 66 Thai Lang Thanh, Saigon. Masjid ini tersepit di celah-celah pembangunan pesat Ho Chi Minh City (Saigon)

 Ruang solat wanita di sebelah kiri sana

 Tempat wuduk lelaki

Sistem trafik di HCM unik. Ko tengoklah tu bergerak dari semua arah tapi belum pernah aku nampak berlanggar lagi. Bila nak melintas angkat je tangan dan jalan cepat cepat.


 Kraftangan dari kulit telur. Unik dan kreatif, memerlukan ketekunan dan kesabaran yang tinggi untuk menyiapkannya

Esoknya kami ke Chu Chi Tunnel. Aku cadangkan kalau ke tempat orang elok kita pergi ke tempat-tempat menarik selain membeli-belah semata. Pemberi idea terowong ini adalah seorang yang sangat bijak sehinggakan ramai tentera Amerika yang mati dan tercedera. Polis dunia tu sampai sekarang rasa dia saja hebat. Jika difikirkan semula sejahat-jahat Jepun di dalam perang dunia kedua mereka mengebom Pearl Harbour, sebuah pangkalan tentera tetapi sebaik-baik Amerika mereka mengebom Hiroshima dan Nagasaki, sebuah kawasan awam. Sama juga kesnya di Vietnam, kesan bom kīmia ‘agent orange’ boleh dilihat sehingga kini. Korang jangan lupa melawat War Remnant Museum pasti terkesan di hati apabila melihat kesengsaraan dan kecacatan generasi selepas perang tersebut. Cik kiah yang aku bawa ni tak sempat ke sana.
 
Pakej ke Chu Chi Tunnel aku ambil dari hotel lain. Aku terlupa nak buat payment siang tu jadi terpaksalah memalam buta tu juga menapak ke hotel membuat bayaran. Nasib baik dia masih terima tapi siap kata why you don’t stay here blab la bla… Sunyi sepi bandar HCM pukul 11 malam tu. Cuak jugak. Dalam perjalanan balik ke hotel aku ternampak seorang makcik tu tengah mencuci pinggan dalam gelap. Dia berniaga makanan di kaki lima kedai tu. Sedihnya aku tengok dia, tua sangat dah. Umur macam tu sepatutnya main nyorok nyorok dengan cucu. Issskkk….itulahkan, jauh perjalanan banyak pengalaman dan pengajaran yang kita kutip.

 Dalam filem semua Amerika menang kan?

Ini bukan saiz terowong yang sebenar. Orang vietnam yang sekarang kurus, yang dulu laaaagilah kerempeng tak cukup makan di zaman perang. Untuk bergerak di dalam tunnel ni kita perlu membongkok, ada kalanya kena merangkak. Yang boleh berjalan tegak kanak-kanak di bawah 10 tahun. Rileks je dia berjalan sampai keluar balik hehee..

Pernah orang bertanya sesuai ke bawa budak kecik ke sini? Anak aku tak banyak pantang larang ke mana-mana pun kami bawa termasuk kubur, so far alhamdulillah... tapi kita ni beringatlah juga kan. Bacalah ayat kursi pendinding diri. Jalannya landai aje cuma kat bahagian menembak tu aje kot tak sesuai dengan baby bimbang mereka terperanjat. Nyamuk pun tak ada.

 Berselingkuh

Masa aku sampai di pasar Ba Chieu tu hujan punyalah lebat so turun dari teksi terus masuk ke market tak sempat nak melilau. Nak ke situ pun payah juga sebab pronounciation tak sama, payah betul. Nasib baik ada yang boleh berbahasa Inggeris sikit sikit tolong bagi direction kepada pemandu teksi tu. Di sebelah kanan pasar dijual barangan basah manakala di tingkat bawah ada kedai barangan keperluan diri, kedai emas dan bermacam lagilah. Di tingkat satu pula pakaian dan tekstil. Kain yang jenis t-shirt tū murah di sini tapi aku tak beli pun sebab semeter kain boleh dapat dua helai tudung saiz M. Nak buat apa pulak dua tudung yang sama corak. Kalau nak dibuat blouse pulak ishhh idok le…melekap kat lemaks i ! muahahaa.… Di pasar ini dan kawasan sekitar English tak ada lansung tapi berjaya juga aku membeli beberapa pasang kain. Masa datang naik teksi kena RM15 balik ke Ben Thanh Market naik bas baru 90 sen jer.

 Park in the city. Sejuk aje kawasan ni walaupun di tengahari

Setiap hari kami makan di restoran yang berlainan kecuali sarapan. Walaupun hotel ada menyediakan breakfast tapi rasa was was pulak sebab dalam dalam buku room service to ada menu vavi. Dia kata no beef! no beef! Tak yakin iollss. Aku juga sempat menempah empat pasang baju kurung tapi sayangnya bila siap macam membalut nangka! Gila frust! Ukur beriya-iya…sudahnya anak aku yang pakai. Kain untuk lining dia kira 5 hengget jer…u see, sangat berbeza harga pelancong dengan local people kan?
 
Cik Kiah sangat puas hati dapat berjalan dan shoping hingga ke helaian ringgit dan Vietnam Dong yang terakhir. Kan aku dah kata mereka memang penipu! Habis limit luggage memasing. Nasib baik ramai bolehlah tumpang hand luggage orang lain.

Konklusinya:
Kak, jangan kelentonglah pergi Vietnam nak tengok tempat orang saja.

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free