Kuala Lumpur International Tattoo 2014

Tags

Perarakan pancaragam angkatan bersenjata Kuala Lumpur International Tattoo 2014 telah berlansung dengan jayanya di Stadium Merdeka pada 10-12 Oktober yang lalu. Ia merupakan salah satu acara yang penting dalam kalender pelancongan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Acara ini adalah anjuran bersama Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia manakala Radio Televisyen Malaysia TV2 sebagai penyiar utama. 15 buah pancaragam termasuk empat dari Malaysia telah membuat persembahan yang menarik dan menghiburkan pada ketiga-tiga hari tersebut.

Tatu atau "tattoo" sebenarnya telah dimulakan oleh pasukan tentera Belanda pada kurun ke-17. Frasa asalnya ialah doe den tap toe (turn off the tap). Dalam filem-filem Hollywood kan kita biasa tengok mereka ni aktiviti malamnya di kelab, berhibur dan minum arak sehingga mabuk. Macam takdo kojo lain khennn? Drummers atau trumpeters akan dihantar ke bandar yang dikawal oleh tentera tersebut pada setiap 9.30 malam untuk mengingatkan para tentera supaya pulang ke berek. Drummer ini akan melakukan kerjanya sehingga waktu perintah berkurung bermula jam 10 malam. Ishh awalnya kena kurung hihihiiii..

Dulunya tattoo hanya muzik tentera tetapi sekarang telah berkembang menjadi berbentuk teater dan persembahan muzik. Teringat aku di zaman kecil comel cute dulu...abah kami pasti tak missed membawa kami tiga beradik (ketika itu) ke sambutan hari tentera yang semestinya ada persembahan tattoo. Cepatnya masa berlalu....dah nak jadi warga emas dah aku ni.



Pasukan bagpipe ATM

Jujurnya inilah kali pertama aku ke Stadium Merdeka yang penuh sejarah ini. Trip yang dianjurkan oleh Fons ini membolehkan aku menjejakkan kaki di sini. Kalau nak diharapkan housemate aku bawa ke acara sebegini kirim salam yo lah hahahaaa... Pergi dengan Fons special, dapat duduk di grand stand tapi aku tak duduk lansung pun...kalau aku duduk situ sebesar kuman je lah askar askar ni dalam gambar. Guna kit lens je kali ni. Adik-adik yang cantik manis tu kalau belum berjodoh lagi lain kali pergi tengok tattoo ye but please make sure duduk kat grand stand hehehhe... yang area vip lah. Ramaiiii bakal-bakal jodoh berpangkat kapten di sini. Nasib baik akak dah kahwin muahahaaaa... Ko pilih yang tak boroilah, yang boroi selalunya dah berpunya. Mereka memang sengaja diboroikan supaya jatuh 'harga'.

 Paparan peristiwa bersejarah yang berlaku di Malaysia

Persembahan dimulakan pada pukul 6 petang dengan nyanyian, tarian dan persembahan akrobatik. Kemudian Army Red Warrior mengelilingi stadium dalam satu barisan motosikal. Hebatnya mereka ni boleh naik sebuah motor sampai 7 orang. Dan, yang lebih hebat lagi wirawatinya 'melayang' dengan motor scrambler Kawasaki merentasi pentas dan wira-wira yang berbaring. Mesti panjang doa ko masa berbaring tu kan bang? hahahhaa...


Penyanyi pujaan hatiku- Ning Baizura. Album dia yang kedua if i'm not mistaken dianggap killer album dan aku masih hafal lagu-lagunya sehingga sekarang.

 Dalam hujan pun stadium penuh you

Dengan pas khas dapatlah aku merayau ke mana aku suka di dalam bangunan ni. Barisan tentera yang berpakaian seragam lama ni sedang menunggu kedatangan vip dan vvip iaitu besan Dato' K - Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein beserta isteri.


Persembahan dihentikan selama 15 minit untuk bersolat maghrib. Tetiba aku ternampak askar ini solat di 'guard room' kat belakang tu. Kau berkatilah kehidupannya, tabahkanlah hatinya ketika bertugas dan murahkanlah rezekinya ya Allah. Bertuah mak ayahnya.

 Tim gimnastik Fearless Hawk daripada Tentera Udara Di Raja Malaysia. Sebulan saja berlatih dengarnya.

Persembahan pembukaan dari pasukan ATM ni memang fantastik! Rugi pulak tak menghayatinya betul betul. So energetic!

Sejak di pintu masuk lagi Pasukan TNI Bhineka Eka Bhakti dari Indonesia dah gempak. Show mereka pun sangat bagus dengan lagu lagu rancak dan persembahan yang bertenaga. Belum pernah lagi aku nampak drummer kita memukul drum atau gendang dalam keadaan terbalik macam tu.

 Joe Wings boleh gigit gitar, mereka gigit drum. Ko mampoooo? Dah tentu dihadiahkan tepukan gemuruh oleh penonton

 Yang ini pasukan Royal New Zealand Air Force Band. Masa ni tengah buat aksi orang asli Maori.

Persembahan Myanmar Army Drum Band Squad pun bagus. Nasib baik ada skrin besar tu dapatlah melihat formation yang dilakukan mereka.

 Yang paling HOT pastilah dari Thailand, ada penari berkemban gittewww.. Nyanyian dan tarian mereka memang bagus pun...seronok tengok. Yang tak tahannya jejans dok bagi komen lucah kat sebelah aku. Lepuk kang!

Persembahan dari Angkatan Tentera Malaysia lengkap dengan pesilat dan karate/tae kwan do. Bunyi muziknya kuat dan padu. Untuk show di stadium sebesar ini, paling kurang pun memerlukan 50 orang pemuzik yang menggunakan instrumen yang bersesuaian. Kalau tak kena gaya lomau jo bunyi muziknya.



Untung duduk di grand stand (walaupun aku berdiri dari mula lagi) sebab semua pasukan yang beraksi akan menghadap kita. Dah tentulah vip pun kat sini kan. Gambar ni betul betul di ruang vip. Akak pulis yang menjaga kawasan ni punyalah strict, payah betul nak mencelah kat sini. Tu lah bagus ambil perempuan bekerja, tak mengelat hahaaa...nampak aje dia bila aku menebeng kat sini.

 Dah meletop letop bunga api bermakna acara dah nak tamat

Pasukan The Band of Parachut Regiment dari United Kingdom pun mengagumkan dengan lagu tema James Bond, Diamonds are Forever dengan suara yang merdu. Mereka sangat British dalam persembahan pancaragam dan perarakan. Mereka juga sangat tradisional berbanding pasukan lain yang sentiasa mencuba perkara baru.

Korean Navy Band pun apa kurangnya dengan alunan seruling yang meremangkan bulu roma.

Senarai penuh band yang terlibat dalam Kuala Lumpur International Tattoo 2014 ialah:

 Brunei
Pancaragam Angkatan Bersenjata Brunei

Indonesia
The TNI "Bhineka Eka Bhakti" Drum Band

Myanmar
Myanmar Army Drum Band Squad

New Zealand
Royal New Zealand Air Force Band

Singapore
The Singapore Armed Forces Central Band, Silent Precision Drill Squad of the Singapore Armed Forces Military Command and the Singapore Armed Forces Music and Drama Company

South Africa
South African National Ceremonial

Republic of Korea
Korean Navy Band

Thailand
Royal Thai Armed Forces Band

Turkey
Turkish Armed Forces Army Band

United Arab Emirates
UAE Armed Forces Band

United Kingdom
The Band of the Parachute Regiment

Malaysia
Tentera Darat Malaysia- Red Army Warrior (Wira Merah)
Tentera Laut Diraja Malaysia- The Silent Drill (Kawad Senyap)
Tentera Udara Diraja Malaysia (TimGimnastik TUDM
Polis Diraja Malaysia- Central Band (Band Pusat)

Inilah acara tattoo yang terbesar semenjak dimulakan pada tahun 2007. Persona angkatan bersenjata yang segak bergaya dan berdisiplin ketat jarang dibayangkan boleh membuat persembahan kesenian dan kreatif. Susah sebenarnya nak melihat tentera membuat persembahan untuk umum kerana pasukan pancaragam ini hanya membuat persembahan di upacara negeri, majlis penutup kursus ketenteraan, sewaktu menyambut kedatangan tetamu antarabangsa dan upacara yang berkaitan dengan setiap kedutaan sahaja.

Untunglah siapa yang pergi...kan? Thank you Fons Tmns .




3 comments

As-Salam.
Saya dah berjaya settlekan masalah domain.

Dah boleh akses guna ruggedmom.com seperti biasa.

:)

Saya ada hantar email berkaitan login, dan dasboard untuk login.

Finally! alhamdulillah. Terima kasih banyak banyak tuan hasrulhassan.com

I don't even understand how I finished up here, however I believed this
submit used to be great. I don't recognise who you're but certainly you are going to
a well-known blogger for those who aren't already. Cheers!


Look into my web-site how to bowl cut

I appreciate your comment so let s say something
EmoticonEmoticon

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free